CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Penyerang tampar menteri India

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Seorang penunjuk perasan menampar pipi Menteri Pertanian India, Sharad Pawar yang juga Presiden Majlis Kriket Antarabangsa semalam dalam protes terhadap rasuah. \rPenyerang yang dikenali sebagai Harvinder Singh, menampar pipi Pawar sebelum ditarik  kakitangan keselamatan. Dia kemudian mengacu sebilah pisau kecil sambil memaki menteri  itu yang tidak mengalami kecederaan.\r\n\n\n\n \r  “Kamu semua penyeleweng, rakyat sudah tidak tahan,” kata Harvinder yang menambah Kerajaan India perlu melaksanakan undang-undang tegas terhadap amalan rasuah yang masih dipertimbangkan penggubal undang-undang.\r\r\n\n\n\n\nHarvinder sebelum itu memberitahu wartawan bahawa dia cuba menumbuk bekas menteri telekom, Sukh Ram yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 1996 dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.\rPawar bagaimanapun menganggap kejadian itu sebagai ‘perkara kecil’.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.181277 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list