CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Hulk Hogan terpaksa bayar bekas isteri

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Bekas Isteri  ahli gusti  Hulk Hogan, Linda Bollea akhirnya mencapai kata sepakat dalam penyelesaian  kewangan, empat tahun selepas  memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya.\rHogan atau nama sebenarnya Terry Bollea, bersetuju menyerahkan 40 peratus daripada pegangan dalam beberapa syarikatnya selain 70 peratus aset mereka.\r\n\n\n\nAkhbar Florida  The St Petersburg Times, melaporkan Linda juga menerima  AS$3 juta (RM9.5 juta) dalam penyelesaian hartanah,\r \r  Akhbar Daily Mail pula menyatakan  ibu kepada dua orang anak itu menerima kira-kira   AS$7.44 juta (RM23.6 juta) daripada wang  berjumlah AS$10.41 juta (RM33 juta) kepunyaan pasangan itu yang tersimpan dalam bank. \r\n\n\n\n\n\rRekod mahkamah menunjukkan Hogan tidak membayar sebarang saraan terhadap isterinya. \rJuara World Wrestling Entertainment (WWE) dan pelakon itu bercakap mengenai keadaan kewangannya dalam siaran Good Morning America sehari selepas mendedahkan beliau terpaksa memotong harga rumahnya bagi membolehkan ia dijual dengan segera. \rHogan dan Linda berpisah pada 2007 selepas dakwaan timbul yang Hogan mempunyai hubungan sulit dengan Christiane Plante. \rSelepas memfailkan perceraian, Linda mula berpacaran dengan Charlie Hill, yang ketika itu berusia 19 tahun. Pada 2008 Hogan mula berpacaran dengan Jennifer McDaniel dan mereka berkahwin pada  Disember 2010. \rSeptember lalu Hogan mendedahkan bagaimana beliau menghabiskan jutaan dolar untuk membiayai gaya hidup mewah ketika zaman kegemilangannya.\rBeliau yang berusia 58 tahun  mengaku kini tinggal di rumah sewa selepas  mengurangkan harga rumah agamnya di Florida sebanyak AS$16 juta (RM50.8 juta) bagi membolehkan ia dijual.  –  Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.046364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list