View: 184|Reply: 0
|
Penghargaan 12 Bintang Paling Popular
[Copy link]
|
|
SELARAS dengan sambutan Jubli Perak ke-25 tahun ABPBH 2011, anugerah khas, dinamakan Anugerah Seri Perak diperkenalkan yang akan menjadi rebutan kepada 12 artis yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepanjang 1990 hingga 2010. \rKategori Seri Perak yang turut ditentukan menerusi undian peminat dan pembaca akhbar Berita Harian itu bagi mengiktiraf artis sebagai \'mega popular\'.\r\n\n\n\n\rDaripada 560 nama artis yang dipilih, hanya 320 calon membabitkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dicalonkan untuk berada dalam senarai awal 15 kategori yang dipertandingkan. \r\r\n\n\n\n\nSenarai calon berserta borang pencalonan awal kempen undian ABPBH 2011 akan mula disiarkan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula hari ini hingga 29 Disember depan untuk membolehkan peminat serta pembaca memilih lima finalis bagi setiap kategori.\rLebih menarik lagi, sistem undian turut dilebarkan menerusi online bermula Januari depan, iaitu Anugerah Muat Turun Mobile, Artis Wanita Paling Popular Online, Artis Lelaki Paling Popular Online, Pakaian Selebriti Terbaik Sepanjang 25 Tahun ABPBH dan Artis/Selebriti Asia Popular Online.\rTahun ini juga menyaksikan kategori Artis Nasyid Popular digugurkan. Kempen pusingan awal majlis bertemakan Big, Bolder & Silver (Besar, Gah & Perak) membabitkan saingan perfileman, muzik dan penyiaran itu dijangka mendapat sokongan padu pembaca hingga malam kemuncak di Genting Highlands.\rMajlis sidang media terbabit turut gamat dengan gelagat Nabil, Johan dan Zizan yang memeriahkan majlis dengan aksi jenaka mereka yang meniru karektor bekas Bintang Paling Popular ketika menerima anugerah.\r\n\n\n\n\rTurut memeriahkan majlis itu, Najwa Latiff dan Asfan yang membuat persembahan secara unplug dengan menyampaikan dua lagu, Rindu Bayangan dan Seribu Impian disamping persembahan penuh bertenaga daripada Azlan & The Typewriter dan Hazama.\rSeperti tahun sebelumnya, penerima gelaran Bintang Paling Popular bakal membawa pulang hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Teana 2.5, manakala pemenang kategori pembaca menerima Nissan X Gear tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCMSB).\rTurut menjadi penaja ABPBH2011 ialah Hotel Holiday Villa & Suites Subang, Genting Resort World, Rafflesia Mandalay serta Euro Moda daripada Gulatis, manakala TV3 dan HotFM sebagai penyiar rasmi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|