Aku nak pendapat korang pasal kes aku ni. Aku janda, anak ada 3. Satu ari aku dapat mesej drp guru anak aku bertanyakan tentang anak. Aku pun jawap dan pas pd tu, tiap2 ari dia antar mesej. Pas sbln dia ajak kuar, aku masa tu tak de niat apa2 sb dia kata nak berkawan dan nak bantu aku mana yg patut. Aku mmg tak siasat latar belakang dia sb aku pikir takkan dia nak tipu aku, lagipun apa yg dia nak drp aku. Dalam pikiran aku kalau dia dah kawin tak kan dia ajak aku kuar so aku ingat dia masih bujang lagi. Akhirnya kami makin akrab, byk kali jugalah aku tanya takutlah kalau aku keluar dgn suami org. Tapi dia siap mesej kata kalau dia dah ada yang punya tak kan lah dia kuar dgn aku. Aku ngaku lama kelamaan aku makin suka dia, dia pun cam respon je. Sb bila aku nak stop, x nak jumpa dia lagi dia siap kata cam dia je sorang yg bertepuk sebelah tangan. Mungkin aku tersuka kat dia sb masa tu aku kesepian, dia je yg rajin sms aku. Aku pulak x de best friend. Masa tu aku rasa bahagia sgt rasa cam aku dah jumpa dgn org yg boleh bahagiakan aku yg boleh menyayangi aku. Tapi aku pelik gak sb bila kitaorg kuar dia selalu nak cepat balik pas tu kalau kuar dgn aku dia cam sms seseorg. Aku ada tanya siapa yg dia sms, katanya adik dia. Pas adik dia accident (dia katalah x tau tipu @ betul) dia kurang jumpa aku. Kadang2 rindu gak tp aku tahan je. Ada tu bila janji nak jumpa tiba2 dia kensel. Aku jadi cam tak keruan tp apalah daya aku. Dia ada gak gurau ajak aku kawin tp aku suruh dia kawin dulu. Dia kata, dia masih belum mampu kawin selagi tak cukup semuanya dia tak kan kawin sb dia nak isteri dia nanti hidup senang pas kawin dgn dia. Aku sedar siapalah aku, aku rasa tak layak utk dia. Walaupun aku suka dia, aku tak de niat nak kawin dgn dia. Tak tau lah apa yg aku nak, aku suka dia tapi cam hati aku dah serik tapi aku jugak rasa tak sanggup kehilangan dia. Satu ari aku tergerak hati masuk dlm satu kedai. Siap borak panjang dgn salesgirl tu. Dlm borak tu tetiba aku tanya dia suami keje kat mana jawap salesgirl tu laki dia keje kat ………. Aku pun tanya dia sapa nama suami dia. Dia jawap ………. Bagai nak pengsan aku sb suami dia tu lah sidia yg selalu kuar dgn aku. Tapi aku tak cite pe2 kat pompuan tu, dia tak bersalah. Tapi aku pulak yg rasa bersalah sb dia tgh peggy 6 bln. Aku tak nak rosakkan rmhtangga org. Sejak pada tu hubungan aku dan dia terputus. Dia pun tak contact aku lg pas tu, aku pun tak tau knp. Tapi yg menghairankan aku knp dia kata dia masih single selama dia kuar dgn aku. Adakah dia sengaja nak ambil kesempatan pada aku? Kalau dia ikhlas berkwn dgn aku knp tipu aku? Kenapa tetiba dia senyap? Aku cuba lupakan dia dan teruskan kehidupan aku tp cam ada yg kurang dlm hidup aku. Aku masih tak dapat lupakan dia. Apa yg patut aku buat? Mungkin org boleh mudah suruh aku lupakan dia. Tapi aku tak boleh terima cara dia menipu aku, aku rasa dipermainkan. |