|
Tinjauan syarikat farmaseutikal Pfizer babit 10 negara AsiaJAKARTA: Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan.\r“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu.\r\n\n\n\n\r Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan. \r\r\n\n\n\n\nPenemuan tinjauan itu didedahkan di sebuah hotel di Bangkok semalam. Tinjauan itu membabitkan 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.\rSemua responden berusia antara 31 dan 74 tahun dan melakukan hubungan seksual sejak 12 bulan lalu.\rBagi responden perempuan, wanita India dilaporkan mencatat kekerapan tertinggi hubungan seks 8.7 kali sebulan secara purata. Ia diikuti wanita Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya melakukan hubungan seks 6.8 kali sebulan.\rTinjauan itu menyatakan wanita Thai melakukan hubungan seks hanya 5.7 kali sebulan.\r\n\n\n\n\rPerunding Pakar Bedah Urologi Universiti Monash Kuala Lumpur Prof Madya Dr George Lee, berkata tinjauan itu mendapati ketegangan zakar kekal menjadi faktor utama kepuasan dalam hubungan seks di kalangan rakyat Asia.\r“Sebagai contoh, sehingga 90 peratus lelaki Malaysia menyenaraikan faktor ini sebagai penting,” katanya.\rBeliau berkata hanya satu pertiga responden merasakan tempoh hubungan seksual sebagai faktor penting apabila dikaitkan dengan kepuasan.\rPakar kesihatan terkenal dan pakar sakit puan di Thailand, Prof Madya Dr Pansak Sugkraroek, berkata dianggarkan kira-kira 2.7 juta lelaki Thai mengalami masalah mati pucuk (ED).\r“Hanya 27,000 lelaki datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.\rPansak berkata selain ubatan, perubahan gaya hidup mungkin membantu mengatasi ED. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|