CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9744|Reply: 24

Mimaland 1971

[Copy link]
Post time 27-11-2011 12:12 AM | Show all posts |Read mode


Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filemtempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampandan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakanpada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.



  



1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.






1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak).






1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.






1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama.


DULU....








SEKARANG...














              












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 01:19 AM | Show all posts
pic xde laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 01:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 09:52 AM | Show all posts
alamak..yeke..sori xperasan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:45 AM | Show all posts
awat pix bertanda x x x ....

gambo gambo x rated suma kerrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:57 AM | Show all posts

Mimaland 1971

Mimaland..!lama x dgr word tu tp aneh..i x pernah pergi pun sbb bila ditutup 1993,i masih sek di kg.so kat mana lak pernah dgr perkataan mimaland tu??hmmmm...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2011 12:14 AM | Show all posts
alamak..yeke..sori xperasan...
carteblanchet Post at 27-11-2011 09:52


sayang leh x edit blk gmbar2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 12:15 AM | Show all posts
sosi akan merge after TT edit balik gmbr2 dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2011 01:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by carteblanchet at 28-11-2011 01:25

guide skit bole?klu pic de lappy,mmg kn gn imageshack yer?huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 04:54 PM | Show all posts
mane gamba.. xcited nk tengok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 05:13 PM | Show all posts
Boleh merge thread ni..topik mimaland ni dah ada...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 08:41 PM | Show all posts
tred ni pernah ada, sapa ada gambar boleh tepek
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 09:44 PM | Show all posts
aku agak TT copy & paste dari blog ni atau mungkin jugak blog ni. ayat pun sama sebijik2..
antara sebahagian gambar yang dimuatkan..kebanyakan gambar dah pun ada dlm thread yg satu lagi..:
















Kredit to: Blog ArkibNegara

Harap mana2 pembuka thread letak le credit kepada blog asal jika artikel berkenaan korang Ctrl+C & Ctrl+V
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 09:54 PM | Show all posts
Mimaland mengingatkan aku zaman kanak2 aku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:15 PM | Show all posts
thread pasal mimaland ni memang dah bukak lama dah kat board lagenda mitos sejarah....kalau rajin pi sana boleh rempit ratus ratus page...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:58 PM | Show all posts
mcm best jer Mimaland nie..ada sapa ke tau napa tutup plak erk..dulu kemain femes tempat nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 02:22 AM | Show all posts
Eh...bukan dah ada ke thread ni? Replicate ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 08:12 AM | Show all posts
x sempat nak pergi dah tutup isk2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 08:12 AM | Show all posts
Diharap mod dpt merge kan thread ni dgn yg 1 lagi..info sama jer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:04 PM | Show all posts
hmmm....aku pun pernah terbaca kisah MIMALAND ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072145 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list