CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Iran undi usir Duta Britain

[Copy link]
Post time 28-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Reaksi balas sekatan Barat berkait program nuklear negara ituTEHRAN: Parlimen Iran semalam mengundi untuk mengusir Duta Britain sebagai reaksi balas pelaksanaan sekatan terbaru Barat berhubung program nuklear negara itu.Majoriti 179 ahli parlimen mengundi menyokong usaha mengurangkan hubungan diplomatik dengan utusan bawahan dalam masa dua minggu dan menyeimbangkan hubungan ekonomi dengan Britain ke paras minimum, menurut siaran langsung menerusi radio.\n\n\n\nEmpat wakil mengundi menentang dan 11 lagi berkecuali.\n\n\n\n\nAhli parlimen  turut menimbang kemungkinan ‘menghukum’ negara lain yang mengambil pendirian seperti Britain.“Rang undang-undang ini cuma satu permulaan,” kata Speaker Parlimen, Ali Larijani.Rang undang-undang  itu  akan  dikemukakan kepada Majlis Pengawal Perlembagaan Iran untuk kelulusan sebelum dikuatkuasakan.Selepas rang undang-undang Parlimen itu diperkenalkan Rabu lalu, Britain berkata, ia kesal jika dutanya ke Tehran, Dominick Chilcott, yang baru menyandang jawatan bulan lalu  diusir.\n\n\n\nBritain, pada 14 November lalu berkata ia menamatkan semua hubungan sistem kewangannya dengan sistem kewangan Iran. Langkah berkenaan, yang diumumkan selari  sekatan diambil  Amerika Syarikat dan Kanada, dibuat seminggu selepas laporan pemantau kuasa atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dengan tegas Tehran sedang membuat penyelidikan senjata nuklear.Britain dan Kanada mempunyai kedutaan di Iran. Amerika menutup kedutaannya di negara itu selepas penuntut menjadikan diplomatnya sebagai tebusan dalam revolusi Iran 1979. Iran menyangkal laporan PBB itu dan menegaskan program nuklearnya untuk tujuan aman.“Kami percaya adalah penting  untuk mengekalkan wakil kanan komunikasi  terutama pada waktu seperti ini. Hanya menerusi dialog kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi,” kata jurucakap Pejabat Luar dan Komanwel Britain.Penulis rang itu, Allaeddin Boroujerdi, yang mengetuai keselamatan kebangsaan Parlimen dan suruhanjaya dasar luar,  berkata: “Jika Britain mengurangkan pendekatan seteru terhadap Iran, kami boleh menjalin hubungan sekali lagi.”  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041378 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list