CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19664|Reply: 48

KASARNYA CINTA - Cerpen Pendek

[Copy link]
Post time 29-11-2011 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Salam utk teman. Cerita ini datang dari idea tiba-tiba. Kena marah dengan hubby dalam kereta terus sya tertanya. Bagaimana agaknya lelaki yang tidak romantik melahirkan cinta dan kasihnya? Sama-samalah kita renungkan dan cari jawapanya. Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa tau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2011 11:35 AM | Show all posts
Tajuk : KASARNYA CINTA
Kategori : Cerpen Pendek.
Tarikh: 28hb Nov 2011 (11.43 pagi)


“Betul kali ni?” Tangan dibelai pipi ku.Tidak pernah berputus asa memujuk.

“Betul mak, kali ni Ain sungguh-sungguh.” Janji seorang anak kepada seorang ibu.

“Ni masuk kali kedua tau. Jangan angan-angan taik ayam.” Usik mak sambil mengenggam tangan ku kejap. Banyak masalah yang telah aku berikan pada mak tetapi wajah itu tetap tersenyum bila menghadapinya.

“Tak!Ain janji kali ini Ain berubah.Maaf mak sebab susahkan hati mak.

“Mak sayang Ain, mana pula Ain susahkan hati mak. Ain hadir dalam hidup mak dan abah sebagai penyeri rumahtangga kami. Itu yang buat mak bangga. Siapa pun diri Ain, Ain tetap anak mak dan abah.” Kata-kata  mak buat hati aku sejuk. Aku berharap apa yang aku janjikan kali ini tetap menjadi pegangan hati ku.

“Dah masuk Universiti ni dah tak boleh pakai baju lelaki lagi.Dah tak boleh pakai jeans besar-besar. Cap pun tak boleh pakai. Tak boleh potong rambut. Kena pakai baju kurung. Motor pun tak boleh bawa lagi. Ain kena tinggalkan semua itu kalau betul nak berubah.” Mak tersenyum bila aku buat muka bengang.Tapi apakan daya terpaksa kerana aku dah berjanji untuk berubah menjadi seorang gadis pada erti kata sebenar. Sudah acap kali mak menasihatkan aku supaya berubah cara penampilan. Abang dan ayah dah tak boleh cakap apa-apa. Sejak dulu abang dan abah membantah tetapi mak membela dengan menyatakan biarlah aku berubah dengan sendiri dan bukan kerana orang lain.

“Dah satu lagi, kayu hoki dah tak boleh pegang iya.” Sekali lagi mengusik.Mungkin terlalu bahagia kerana doanya termakbul.

“Alamak!Takkan hoki tak boleh main?” Hati dah berbolak balik bila mak dah menyatakan hoki permainan kesukaaan itu terpaksa ku tinggalkan juga.

“Kalau nak berubah biarlah segala-galanya.” Hanya itu mak cakap sebelum meninggalkan aku yang termangu dalam bilik tidur.Aku bangun dan mencapai kayu hoki yang aku sandarkan dikepala katil. Kayu hoki berwarna biru gelap itu banyak memberi kenangan manis pada aku sejak mula menceburi sukan itu. Sejak darjah enam aku dah mula kenal dengan kayu hoki dan bolanya. Satu pasangan yang sesuai. Kayu yang keras dan bola yang macam besi. Sudah acap kali buku lali dan lutut aku tercedera. Itu tidak mematahkan semangat aku. Kerna cinta aku dengan hoki tetap tersemadi dilubuk hati ini. Walaupun kasar tetapi kenikmatan bila menjaringkan gol amat bermakna.

“Kalau aku berpisah dengan kau, maka pincanglah dunia aku ini. Dahlah bola jaring aku tak boleh sentuh lagi.” Bagaikan kehilangan tangan bila hoki pun terpaksa aku korbankan demi satu perubahan. Dulu bola jaring ada juga menjadi salah satu permainan kesukaan ku tetapi atas nasihat doctor bahawa kaki aku yang sering terseliuh akan menjadikan aku cacat satu hari nanti. Iyalah asyik melompat dan membaling. Aku capai beg yang menyimpan sebatang lagi kayu hoki yang aku gunakan sejak dari darjah enam. Kemudian masuk ke tingkatan tiga, abang hadiahkan kayu hoki sekarang bila aku terpilih menjadi salah seorang pemain daerah Zon Tengah. Walaupun tidak menyetujui cara pewatakan aku tetapi dalam bab sukan ini abang menberi sokongan penuh kerana abang sendiri mewakili pasukan ragbi tempatnya berkerja. Pernah juga aku cuba berubah masa masuk tingkatan satu tetapi itu hanya sementara. Bertahan hanya sebulan dan aku kembali dengan cara pemakaian aku yang macam budak lelaki ini.

“Selamat tinggal kayu hoki. Aku sayang kau seperti nyawa ku juga.Doakan aku dengan penghijrahan ini.” Beg tersebut aku simpan kembali dan ditolak jauh bawah katil. Tinggallah kau disitu. Aku bangun dan keluar mencari mak.

“Mak!Ain nak gi jumpa Cita dan Syud yeh!”Mak tersenyum lantas mengangguk.

“Jangan balik lambat. Nanti ayah bising.” Sempat mak berpesan.

“Sekejap aje, sebelum lima petang Ain balik.” Janji dengan mak.

Aku capai motor Yamaha LC135 kesayangan aku yang berwarna oren hitam itu. Motor yang abang belikan sejak setahun lalu. Itupun dah puas merenggek bila alasan nak pergi sekolah dan tidak mahu menyusahkan ayah menghantar. Duit bulanan abang juga yang bayar. Ayah cuma berpesan supaya berhati-hati.Mak hanya tertawa bila melihat muka kelat ayah ketika abang bawa balik motor tersebut.

“Cita!” aku menjerit bagaikan nak keluar anak tekak bila mak Cita memberitahu yang anak gadis itu masih bergulung dengan selimut tebalnya. Apa punya anak dara ni.Tahulah semalam tengok bola MU lawan Asenal.Takkan tak boleh bangun dulu, mandi dan tidur
balik.

“Cita!!!!!Jerit aku di telinga anak gadis yang sedap berdengkur ini.

“Oiiiiii!!!” Aku dah ketawa bagaikan nak pecah perut bila cara Cita terkejut itu. Siap bersilat bagai.

“Kau kacaulah.” Cita kembali terbaring dan menarik selimut.

“Bangunlah, aku nak ajak kau gi jumpa member-member kita. Ada hal aku nak bagitahulah.
“Hal apa?”Mata Cita terus tercelik bila aku berkata demikian.

“Aku tunggu kau kat tempat biasa.” Terus aku bangun dan Cita menjerit menyuruh aku menunggunya pula.

............

“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni?” Zarina pandang aku. Syud juga pandang aku. Tika, Yut, Cita dan Miki ikut pandang aku sama.

“Yup! Mak aku pun dah banyak kali cakap.Kali ini biarlah aku senangkan hati keluarga aku pula. Selalunya mereka yang senangkan hati aku.” Walaupun berat aku terpaksa harungi.

“Iyerlah, kau bahagiakan hati family kau.”Yut menepuk bahu aku.

“Hoki pun aku tak boleh main lagi.” Dengan berat hati aku lafazkan apa yang berat dikepala otak ini.”

“Hah!!!” serentak telinga ku pekak dengan sergahan kawan-kawan baik aku itu. Padang yang luas itu bergema dengan suara mereka.

“Aku nak berubah untuk segala-galanya.” Aku akur dengan semua kehendak mak.

“Hoki tukan perkara yang paling kau sayang sekali. Takkan kau nak tinggalkan.” Kali ini Miki yang membentak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 11:37 AM | Show all posts
“Aku dah tekad.” Sekuat hati cuba aku keraskan.

“Tapi kita akan selalu berkawankan?” Tika dah nak gugur airmata.

“Aku tetap kawan kalian dunia dan akhirat.Lagipun kita satu U.” aku peluk kawan-kawan dengan perasaan yang berat.

“Memang kita satu U tapi kita tak dapat berjumpa selalukan?” Cita dah mula aksi drama swastanya.

“Tapi kita boleh jumpa kat sini selalukan?” aku pula menjawab.

“Errrmmm….betul!” jawab Cita dan dia membalas pelukan aku semula.

.................

Dunia belajar di tempat yang mencabar lagi sesak aku rasa. Bayangkan terpaksa berkejar kesana kemari dengan tugasan yang diberi.Terpaksa pula berdepan dengan senior-senior yang sengaja membuli. Pantang silap sikit pasti ada yang kena tengking dan kena denda. Hampir empat bulan aku mencuba identiti baru ini. Banyak pancaroba yang terpaksa aku lalui. Pernah sekali aku hampir naik tangan bila seorang senior ini memaki aku depan semua orang. Salahnya sikit saja, cuma tertinggal pen yang berwarna merah untuk digunakan menanda ayat yang salah.Takkanlah senior ini tidak boleh keluarkan pen merahnya dan pinjamkan pada kami sekejap. Berlagak betul. Nasib baik aku teringat janji aku dengan mak. Kalau tidak pasti aku dah bertumbuk dengan senior ini. Namanya Badrul sedap bila orang mneyebut tapi satu aku tak suka perangainya. Ingat dia popular disini jadi nak berlagak. Baru saja pegang jawatan Ketua Pelajar berlagaknya bagaikan Perdana Menteri. Sentiasa mencari kesalahan aku. Tetapi aku tidak melayan panas barannya. Kalau dia menengking-nengking, aku buat muka selamba dan menjawab dengan cara yang lembut. Malas nak membalas. Kalau geng aku tengok pasti tak percaya yang aku sungguh berusaha untuk menjadi seorang gadis sejati.  Seperti yang aku janjikan, perubahan ini tidak seorang pun tahu melainkan kawan sepasukan hoki aku dulu. Janji untuk bersama mereka ditempat yang sama terpaksa aku engkar kerana masa mencemburi kami. Lagipun dengan berbaju kurung dan rambut terikat agak susah hendak bersama dengan mereka. Menaiki motor kehulu hilir. Bergerak dalam kumpulan yang sama. Tidak mengendahkan pandangan orang sekeliling. Memang kasar sejak dulu. Kerana kekasaran itulah buat mak derita dalam diam.

“Dah habis berangan?” tanpa sedar aku jauh menjangkau.

“Maaf abang Badrul.”Dalam gagap aku tertunduk bila tersedar dimana aku sekarang.

Duduk di meja berangkai enam kerusi.Abang Zul dah tersenyum, salah seorang lagi senior dalam kumpulan kami.

“Kalau rasa nak berangan dan bermimpi, jangan join pasukan saya.” Pedas bila kena sembur. Asyik nak sembur orang saja.Datang bulan agaknya.

“Maaf bang.” Sekali lagi aku menjawab.

“Sudah! Ambil balik nota Erni, buat semula. Jangan lambat. Aku nak benda ini lusa.” Abang Badrul terus berlalu dan meninggalkan kami berempat. Abang Zul masih tersenyum dan mengangkat beg sandangnya.

“Abang Badrul kau tu banyak masalah nak fikir. Jangan ambil hati iya Ain. Siapkan tugasan yang diberikan. Lusa kita jumpa balik okey.” Abang Zul dah kenyit mata pada kami semua.Erni dah geleng kepala.

“Menyampah betul aku dengan abang Badrul ni.Nasib baiklah kita wajib buat benda ni semua, kalau tidak upah aku seribu pun jangan harap aku nak mengadap muka dia. Entah kenapalah kita dapat panglima tu sebagai kepala kat sini.”Erni dah tarik muka. Aku hanya tersenyum.Fatimah dan Yati pun mengomel tetapi gomelan Erni yang menarik untuk aku mendengar lagi.

“Patutlah tak ada orang nak dia. Bengis macam penyangak. Penyangak pun tak bengis macam ini.”Bentak Erni lagi.

“Dahlah! jom balik bilik. Aku nak siapkan benda ni. Nanti tak pasal-pasal kena marah lagi.

Kau ada soft copy kan?” Aku malas nak memikirkan perangai abang Badrul.

“Maafkan aku Ain. Tak pasal-pasal kau yang kena.” Erni dah genggam tangan aku.

“Salah aku juga, berangan tak kena tempat.” Luah ku dan aku turut bangun bersama kawan-kawan.

“Nak makan tak?”Erni mengajak kami bila menghampiri food court.

“Aku nak beli Maggie sajalah.”Aku terus ke kedai mini yang menjual barangan keperluaan pelajar disini.

“Makan Maggie aje?” Fatimah menyampuk.

“Teringinlah.” Sepatah aku menjawab dan mengeluarkan wang dari dompet.

Ketika meninggalkan tempat tersebut, aku sempat bertemu pandang dengan Abang Badrul yang sedang makan. Abang Zul sempat menghulurkan senyuman tetapi abang Badrul masih berat untuk menyedekahkan senyuman mahalnya. Jelingan adalah tetapi kenapa ada debaran setiap kali ada jelingan dari jejaka itu.

“Kedekut!” ingat muka handsome dah glamor lah tu.

.............

“Ain! Aku dah jerang air panas tu. Nanti kau masukkan dalam Maggie kau tu.” Jerit Erni sebelum meninggalkan aku. Entah katanya tadi nak beli air. Terlupalah tu.
“Thanks!”  Jawab ku dan mengantung tuala yang lembab itu di tingkap berhampiran dengan air yang terjerang.Sekejap saja air dari Jug Kettle itu siap berasap.Dah masak. Ketika aku mengambil Jug kettle tersebut, muncungnya tersangkut dengan tuala tersidai tadi.Aku letak kembali Jug tersebut dan menyentap tuala tadi. Entah macam mana jug itu terjatuh dan sepontan aku menadah dengan tangan kanan.

“Aduhhh!!!” aku menjerit bagai orang gila.Panas dan pijau ditelapak tangan dan jari jemari
kanan aku.Air mata dah mula turun bila pijaunya menjalar hingga ke lengan. Aku cuba capai apa yang ada untuk membalut rasa panas yang dah memerah ditangan kanan aku. Kesakitannya cuba aku tahan.

“Ain!!!Apa kau buat ni?” jerit Erni. Aku dah mula teresak-esak bila mendengar suara Erni yang masuk baru membuka pintu bilik. Erni dah tak tentu arah dan menarik aku duduk dikatil. Dia berlari keluar dan sekejap tiga orang kawan-kawan aku masuk. Kak Dina senior kami pun ada.

“Macam mana boleh kena ni Ain.” Bebel Kak Dina. Aku dah terkata.Air mata dah kaburkan pandangan aku.

“Nanti jap.”Erni keluar lagi dan masuk semula. Kali ini bersama colgate di tangan. Habis seluruh tangan dan jari jemari aku dilumuri dengan ubat gigi itu.Rasa sejuk sekejap.

“Kak Dina, kita bawa Ain klinik lah.” Fatimah dah mula risau bila melihat aku masih menangis. Pedih!

“Iyalah!Jom!” akur Kak Din.

“Tak yahlah Kak, sikit aje.” Dalam tangisan aku cuba membangkang. Aku tidak mahu menyusahkan orang.

“Sikit kau kata. Tengok ni, tangan kanan kau habis semua. Macam mana nak menulis nanti.” Bentak Erni. Semakin tangisan aku bergema. Betul kata Erni.Bagaimana aku hendak menulis tugasan aku ini.

“Dah! Dah! Jom pergi klinik.”Erni dah bangun dan menarik lengan aku bangun juga dan semua yang ada disitu turut bangun.

“Kad kau mana?” sempat Erni bertanya.

“Dalam beg sandang.” Ujar ku dan Erni mengambil dengan begnya sekali.

..............

Doktor bagi ubat sapu dan menasihatkan aku supaya  menjaga agar kulit yang melepur itu tidak terkena air. Biar kering betul-betul.Aduh siksanya. Dalam pada itu aku cuba menyiapkan tugasan yang telah dijanjikan dengan abang Badrul tetapi amat payah. Tangan kanan aku langsung tidak mahu berkerjasama.Tangan kiri tidak selincah tangan kanan. Aku ajukan pada Erni dan dengan marah Erni berkata biarkan saja tugasan itu.Tangan aku lebih penting dari segalanya. Sehinggalah perjumpaan lusanya tugasan itu masih tidak siap. Aku dah susah hati. Kerja sekolah tak siap.Aku datang juga ke perjumpaan itu dengan hati yang berdebar walau sudah beberapa kali Erni suruh aku berehat.Doktor pun dah bagi MC satu minggu.Bagi aku tangan yang tidak boleh bergerak tetapi otak masih boleh pakai.

“Mana fail yang saya suruh siapkan?” abang Badrul terus bertanya sebaik lelaki itu duduk berhadapan dengan aku.Abang Zul masih tidak nampak kelibatnya.Hanya kami berlima saja.

“Belum siap.”Aku menjawab perlahan.Fatimah dan Yati dah kecut. Melihat muka abang Badrul yang macam tak percaya dengan apa yang didengarinya. Aku renung tangan kanan di paha ku.

“Apa!” tengking abang Badrul. Mata-mata yang berhampiran dah pandang kumpulan kami semacam.

“Bang! Ain tak boleh nak buat…” Erni cuba membela aku tetapi secepat dipintas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 11:40 AM | Show all posts
“Kamu diam! Dahlah kerja yang senang ini kamu tak boleh settle. Suruh pulak pada budak ini dan dia pun sama saja. Pemalas.Datang sini nak melawa saja.”Jergah abang Badrul.Aku dah menunduk.Malu.

“Bukan macam itu.” Dalam takut-takut aku menjawab.

“Sudahlah budak-budak baru ni semuanya sama. Datang sini nak melawa, cari balak.Konon-konon pakai baju kurung, rambut ikal terikat dan cakap sopan santun semata-mata nak pikat lelaki-lelaki kat sini.Biar senang dah keluar nanti ada orang yang dah berkarier menunggu. Mak bapak hantar belajar tapi lain yang nak diorang belajar. Nak bercinta. Jangan ingat aku heran dengan sopan santun korang ini.” Marah abang Badrul lagi.Airmata turun lagi. Malu dengan sekeliling.Erni, Fatimah dan Yati terus terdiam.

“Ain!Aku suruh kau siapkan kerja. Bukan suruh kau berangan.Susah sangat ke?Bukan semua ini untuk aku tahu.Untuk kau orang yang baru kenal dunia kampus ini tau. Jangan ingat dengan sikap lemah lembut dan mengoda kau itu boleh buat kau terkecuali dari semua ini.”Abang Badrul masih marah.Suaranya macam nak pecah gegendang telinga aku.Pipi aku bagaikan ditampar. Malu sesungguhnya. Salahkah aku bercakap dengan sopan satun, salahkah aku berbaju kurung. Salahkah aku berubah menjadi seorang gadis.
Salahkah aku!!!!!!

“Saya minta maaf!” luah ku dan mencapai beg sandang dengan tangan kiri. Dengan bersusah payah aku buka zip dengan tangan kiri dan memasukkan kertas-kertas yang bersepah atas meja itu. Tangan kanan langsung tidak boleh berkerjasama kerana pedih bila memegang sesuatu.

“Kenapa dengan tangan Ain ni?” abang Badrul dah risau bila ternampak tangan kanan aku.

“Saya minta maaf sebab dah susahkan abang.” Terus aku berlalu meninggalkan kawasan itu.Tak sanggup aku berlama disitu.

“Kenapa dengan tangan Ain tu?” abang Badrul dah serba salah.

“Itulah lain kali tanya. Abang jangan nak marah sahaja.Untuk pengetahuan abang, tangan kanan dia kena air panas dan doctor tak bagi lasak sangat. Abang tahu tak, Ain nak taip juga benda yang abang hendak tu tapi saya tak bagi sebab dia menangis setiap kali tangan kanannya sentuh papan kekunci.Tolong faham sikit masalah orang abang, jangan ingat abang seorang saja ada masalah. Kita sama saja bang. Manusia!” setelah membahasakan abang Badrul, Erni dan kawan-kawannya meninggalkan meja untuk mencari Ain.

..............

Hampir seminggu aku dirumah. Balik sahaja ke bilik aku terus telefon abang suruh ambil aku di kampus.Bila mendengar aku terkena air panas sekejap saja abang sampai.Risau giler.

Dirumah pula membebel.Banyak ditanyanya.Macam mana boleh kena? Kenapa baru hari itu nak balik, tidak masa mula-mula doctor bagi MC. Aku hanya terdiam saja.

“Mak!Ain nak cakap sesuatu boleh?” aku dah fikir semasak-masaknya.

“Ain nak cakap apa?” mak duduk disebelah aku.

“Mak jangan marah iya.” Bersungguh aku memujuk.

“Mak tak pernah marah Ainkan. Ada apa ni sayang?” mak mengusap bahu ku dengan senyuman. Mak memamg ayu dan lembut.

“Mak!Ain nak main hoki. Ain nak bawa motor.Ain nak potong rambut. Ain nak pakai jeans dan tshirt budak lelaki. Ain nak pakai cap.” Aku meluahkan semula kata-kata yang pernah aku menidakkan dulu.

“Kenapa sampai macam ini Ain?Apa yang buat Ain gagal kali ini?” mak memujuk dengan kata-kata lembutnya. Tidak menengking sama sekali.

“Kali ini Ain kalah dengan sikap orang mak. Kali ini Ain nak buat yang last. Bukan masa ini Ain kena pakai baju kurung dan ikat rambut.” Adu ku dan mak menarik aku dalam pelukkannya.

“Mak harap ini kali terakhirnya iya?” pinta mak sambil mengucup dahi aku.

“Insyallah!” janji ku.

..................

Yut, Zarina, Miki, Citra dan Syud bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku katakan itu. Berbagai soalan yang dilontarkan dan aku hanya mampu menjawab dengan satu ayat saja.Belum masanya.

“Kau pasti dengan apa yang kau buat ini?”Yut tepuk bahu aku perlahan.

“Aku pasti dah tak mahu fikir lagi.”

“Baiklah, suka hati kau. Kami sentiasa dengan kau.” Pujuk Cita.

“Jom!” ajak aku.

“Kemana pulak.”Miki dah tarik aku.

“Kedai kak Suzana.” Jawab ku.

“Tak sayang dengan rambut kau ke?” Miki dah belai pula rambut aku yang terikat elok.

“Leceh nak main hoki nanti.” Lancar aku menjawab dan ia membuat semua terlopong. Aku dah start motor. Yang lain kelam kabut bangun.

“Kau nak main hoki balik?” jerit Zarina dan Syud serentak.

“Yup!” sepatah aku menjawab dan ia merubah suasana.

“Yehooooo!!!!!” jerit mereka beramai-ramai dan enam biji motor Yamaha LC135 meinggalkan padang yang mengandungi seribu makna.

Aku balik dengan senyuman. Hati menjadi tenang. Abang dan ayah dah sampai rumah dulu dari aku.Masuk saja aku terdengar suara abang yang bertingkah ketawa dengan ayah. Pasti ada yang mencuit perasaan mereka.

“Ahh..sudah!” abang dah terpegun bila melihat aku masuk. Ayah dah mula masam. Mak hanya tersenyum menyambut kepulangan aku.

“Mak!!!” abang dah tak duduk diam bila melihat kelibat aku dengan seluar jeans dan tshirt besar. Semakin besar mata abang bila melihat rambut aku yang dipotong pendek.

“Biarlah abang, asalkan hati Ain tenang. Jangan paksa adik tu.” Selamba mak menjawab dan ayah memandang mak. Entah apa bahasa interaksi antara mak dan ayah, mak hanya mengangguk dan ayah juga akhirnya.

Pagi itu aku sampai jam lapan pagi. Setelah seminggu di rumah, alhamdullilah tangan aku dah baik walau belum sepenuhnya. Kayu hoki biru tersandang dibelakang aku. Dah berjanji dengan kawan-kawan aku yang aku akan turun padang berlatih dengan mereka. Lama sudah aku meninggalkan permainan ini. Hampir lima bulan. Helmet dicabut dan aku kepit ditangan kiri.Tangan kanan membimbit kayu hoki yang aku keluarkan tadi. Rambut aku betulkan. Kemek dah. Penat saja pakai jeli tadi.

Semua mata memandang aku bila aku melintas di food court untuk ke bilik aku. Bagai ternampak Alien agaknya. Pasti mereka hairankan. Aku berjalan tanpa memandang sekeliling. Jika bertembung dengan sesiapa aku hanya tersenyum. Ada yang pandang berulang kali.

“Asalamualaikum!” aku tolak pintu bilik dan meletakkan helmet atas katil. Kasut aku buka dan zip jaket aku buka sekali.

“Arrrrhhhhhh…” terkejut aku bila Erni menjerit. Dengan tuala berbalut macam kat salon pula.

“Kau kenapa?” marah ku sambil berdiri membuka almari.

“Ain!!!!!....kau ke?” Erni macam tak percaya dengan aku depan matanya.

“Iyalah! Kau ingat siapa.” Aku pula marah padanya.

“Kenapa kau jadi macam ini?”Erni masih tidak puas hati.

“Aku jadi apa?” sengaja aku buat tak tahu dengan pertanyaan Erni.

“Kau berubah Ain.” Erni dah tarik aku duduk.

“Aku tak berubahlah.Pakaian je.”Malas aku hendak sentuh benda ini semua.

“Kau berubah sebab abang Badrul kan?” teka Erni.

“Salah! Aku berubah sebab aku dan untuk pengetahuan kau, inilah aku sebenarnya.” Terang aku.

“Habis kenapa berubah dulu?”Erni masih tidak puas hati.

“Sebab mak aku.” Aku renung helmet yang baru aku letak atas almari itu.

“Habis kenapa kau berubah sekarang.” Sekali lagi Erni menembak.

“Arrrhhh…aku dah nak kekelas. Jumpa kat sana.” Aku terus capai beg sandang aku.

“Aku tahu kau berubah sebab abang Badrul Ain. Sebab Abang Badrul!!.” Jerit Erni sebelum aku menutup pintu.

....................

Sejak hari itu aku menjadi beku dengan alam sekeliling. Kawan-kawan aku hanyalah pasukan hoki dan kawan perbincangan.Walau ada kala berhadapan dengan Abang Badrul, hati dan perasaan aku mati segalanya. Sejak apa yang dikatakan pada aku dulu, tersemat setiap nafas aku atas segala penghinaanya. Ada juga Abang Badrul menyuruh menunggu aku dan mahu berjumpa empat mata saja tapi aku tidak endahkan.Siap dengan kayu hoki aku bawa. Alasan untuk ke padang membuat abang Badrul mati akal. Aku tidak sanggup berhadapan dengan orang yang pernah mencerca aku.

“Ain!Petang ini ikut abang pergi tengok pameran lukisan di Balai Seni lukisan. Kita bawa kamera dan ambil gambar-gambar suasana disana.” Abang Badrul memberi tugasan baru untuk aku.

“Maaf bang, Ain ada lawan hoki hari ini. Abang cari orang lainlah.” Aku buat muka tak tahu saja.Abang Badrul dah pandang aku semacam. Abang Zul, Fatimah, Erni dah tersenyum.
Mungkin selama ini aku menjadi penurut tetapi tidak kali ini.Aku berani membantah.

“Tak boleh ke tinggalkan kayu hoki tu.” Bentak Abang Badrul. Pandanganya jatuh pada kayu hoki aku yang setia bersama aku.

“Tak!” aku melawan cakap abang Badrul. Lelaki itu dah meraup rambutnya berulang kali. Menahan sabar agaknya.

“Esok ikut abang.” Sekali lagi abang Badrul memberi arahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 11:42 AM | Show all posts
“Esok ada latihan.” Terus aku menjawab.

“Habis bila boleh senang.” Sergah Abang Badrul.

“Ain tak senang sekarang. Abang ajaklah Erni ke, Fatimah atau Yati ni.” Selamba aku menjawab.

“Erhhhh…kami pulak.”Erni menjawab.

“Diorang ada kerja lain. Ain yang tak ada kerja sekarang. Kenapa degil sangat.?” Abang Badrul dah angin.

“Ain pun ada kerja. Abang pergilah seorang. Abang Zul pun ada ni. Ajaklah dia.” Aku tunjuk abang Zul yang hanya memerhati saja.

“Aku ikut kau sajalah.” Abang Zul cuba meredakan suasana.

“Kalau kau ikut aku, habis siapa nak bawa budak bertiga ini pergi Arkib Negara?” abang Zul dah kena marah pula.

“Abang nak Ain ikut abang esok. Tak boleh tidak.” Abang Badrul dah mula menekan suara.

“Ain tak nak.” Aku terus bangun dan mencapai beg dan kayu hoki aku. Terus aku berlalu setelah memberi salam.

..............

Aku terus ke padang, walaupun Yut dan Zarina belum sampai. Hari ini ada latihan sebenarnya.Sengaja aku menipu abang Badrul. Entah mimpi apa ajak aku ikut dia. Ramai juga yang ada dipadang ini.Ada yang nak beri sokongan dan ada yang saja melihat-lihat.

“Awal!” terkejut bila bahu aku ditepuk kuat.Miki dah tersenyum.Kawan-kawan lain ada dibelakangnya.

“Seramlah! Lama tak beraksi.” Aku luahkan debaran dihati.

“Elehhhh…baru hari ini aku dengar kau cakap begini. Selalunya hentak tak ingat.” Usik Cita.

“Entahlah, kali ini semacam.” Aku masih meluahkan.

“Iyalah, kau lama dah berehatkan.”Syud menyampuk.

“Dahlah, jom salin baju.” Ajak Zarina dan menarik aku bangun.Kami berjalan kearah bilik persalinan.

Setelah berjabat tangan, kami terus ambil posisi masing-masing. Bila wisel ditiupkan, maka perjuangan pun bermula.Aku sedaya upaya untuk membantu menjaringkan gol tetapi banteng pasukan lawan amat kukuh. Berbagai cara aku, Cita dan Syud cuba merempat tetapi cepat ditahan. Akhinya entah dimana silapnya, ketika aku sudah dapat melepas benteng lawan dan bola dihujung kayu hoki ku, tiba-tiba satu pukulan tepat mengenai buku lali ku.Aku terduduk. Sakit sangat. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya. Sakit mengiler. Syud dan Cita berlari datang kearah aku yang sedang mengadui. Pasti ada yang tak kena dengan kaki aku kali ini.

“Ain!Kau okey?” jerit Syud tak tentu arah.Aku tak dapat menjawab.Sakit segala urat nadi aku.

“Bawa pengusung masuk!!!” pengadil dah memberi arahan.

“Ain!!!!” Zarina dan Yut menjerit bila melihat aku telentang dalam pengusung.Zarina yang menjadi golly tak boleh meninggalkan tempatnya.

“Are you okey girl?” seorang lecture bertanya. Aku dah nak menangis bila kaki aku diangkat.

“Sakit!” jawab ku.

“Kena bawa dia pergi hospital ni.” Lecture yang berbangsa Cina itu berkata sambil membelek kaki aku.

“Saya bawa dia.” Dari celahan ramai itu suara menyahut.

“Awak bawa dia?” lecture itu masih bertanya.

“Iya, sebab saya ketua pelajar disini.”Abang Badrul muncul disebelah aku.

“Baiklah, ada kenderaan? Lecture dengan senang hati memberi persetujuan.

“Ada, saya bawa kereta saya. Erni jom!” belum aku cakap apa-apa, abang Badrul terus mengangkat aku dan berjalan menuju ke parking kereta. Erni mengikut dari belakang.

“Apa abang buat ni. Turunkan Ainlah.” Marah ku.Malu dengan semua orang.Banyak mata memandang dan berbisik sendiri.

Abang Badrul buat tak tahu.Terus pintu kereta dibuka oleh Erni dan abang Badrul meletakkan aku perlahan-lahan.Aku benci tengok muka abang Badrul yang sempat merenung aku.Tajam.

“Bang!Erni tak pergilah. Erni nak cari beg Ain. Abang pergi dulu yeh. Nanti Erni datang dengan abang Zul” Terus Erni berlalu sebelum sempat aku berkata apa-apa.

“Iyerlah.” Abang Badrul terus masuk kesebelah pemandu .Kereta Personanya terus memecut meninggalkan perkarangan kampus.

“Ain boleh pakai sendirilah.” Marah ku bila tangan kiri abang Badrul cuba menarik tali pinggang aku.

“Degil!Cakap sikit tak nak dengar. Ni baru kena tegur sikit dah potong sana sini. Belum lagi abang marah main hoki nanti kaki pulak Ain potong.” Sergah abang Badrul.

“Ain punya pasallah.” Jawab aku. Sakit kaki dah berdenyut-denyut. Kepala pun ikut berdenyut bila bertekak begini.

“Pasal Ain saja yang Ain tahu, pasal abang ada ambik tahu ke?” sekali lagi aku disergah.

“Pasal abang kenapa Ain nak ambil tahu. Bukan Ain punya pasal.”Aku mencebik muka.

“Habis kalau abang ni bukan Ain punya pasal, kenapa bila abang marah Ain berubah terus.”Abang Badrul menengking. Bergegar kereta. Sakit telinga aku.

Aku dah terdiam.Abang Badrul juga. Kereta dah berhenti di perkarangan hospital.
Tangan aku ditarik dan satu cincin dipakaikan.Aku dah terkejut.Apa ke jadah??

“Ini cincin abang. Ini cincin, Ain abang punya.Jangan nak tanggalkan. Habis belajar Ain ikut abang.” Abang Badrul terus berkata tanpa sempat aku bertanya.Aku telan air liur berkali-kali.

“Apa abang buat ni? Giler ke?” aku marah balik.

“Abang marah dan gila bila Ain jadi macam ini. Tak boleh tegur sikit.” Abang Badrul marah aku balik.

“Abang ada masalah mental ke?” aku benar-benar marah walau dalam hati bertandang rasa hairan.

“Abang nak Ain pakai balik baju kurung. Bela rambut panjang balik. Jangan nak naik motor lagi. Kayu hoki buat kayu api. Jangan nak mengada-gada buat benda ni semua. Abang tak suka.” Abang Badrul marah aku lagi.Aku dah garu kepala. Hari itu lelaki ini yang beriya-iya
mencabar aku.Sekarang dah terbalik.

“Abang siapa dengan Ain ni?” hati aku dah membara.

“Abang masa depan Ain.” Ayat tadi buat aku terdiam. Betul ke abang Badrul masa depan aku atau lebih tepat maknanya yang akan memimpin aku nanti. Pandai-pandai nak meramal masa depan aku.

“Mak bapak Ain suruh datang sini untuk belajar bukan nak mengoda orang.” Aku pulang semula paku buah keras pada abang Badrul.

“Memang tak mengoda orang dan itu lebih bagus. Simpan godaan itu untuk abang.”Aku nak ketawa bila ego lelaki itu direndahkan.

“Ain tak nak!” bentak aku dan pintu kereta segera aku buka. Sebaik kaki aku labuhkan sakit kembali menyerang. Abang Badrul terus keluar dan mendapatkan aku.

“Abang pijak kaki ini kalau Ain tak nak.” Ugut Abang Badrul.

“Giler!” ujar ku geram.Abang Badrul renung aku dan lelaki itu terus mencangkung. Aku dah takut. Takkan kaki aku hendak diketuknya. Perlahan-lahan kaki aku dialihkan keluar lantas tubuh aku digendong.Aku pandang abang Badrul dan lelaki tu buat mula selamba.

“Turunkan Ainlah. TAk malu ke gendong orang ni.” Marah ku masih belum surut.

“Jawab lagi, nanti abang campak Ain dalam longkang tu.” Ugut Abang Badrul.

“Campaklah.” Aku menjawab dan tanpa disangka abang Badrul mengacah untuk mencampak aku.Terus tangan aku memeluk lehernya sekuat hati. Abang Badrul dah tersenyum.

“Ain dah goda abang, ingat! Jangan nak goda orang lain.” Abang Badrul berkata dan aku menjeling.Tak dapat nak buat apa-apa sebenarnya.

Doktor mengatakan buku lali aku ada keretakkan sedikit dan perlu disimen. Aku cuba membantah.

“Doktor, kalau perlu simen satu kaki dia sekali. Biar padan muka.” Abang Badrul pula dah berubah jadi doctor.

“Buatlah kalau berani, dengan abang sekali kena dengan Ain.” Marah ku. Tak habis-habis nak naikkan darah aku.

“Perangai tu macam jantan.” Abang Badrul dah marah.

“Nasiblah.” Aku menjawab.Abang Badrul datang dekat aku dan menarik telinga.

“Degilkan.” Marahnya dan aku menjeling.

“Ingat! Rambut ni abang tahu kalau Ain potong lagi abang botakkan kepala Ain.” Ugut Abang Badrul. Asyik-asyik benda yang sama saja.

“Pandai-pandai nak arah orang.” Aku menjawab dan tanpa isyarat hidung aku pula menjadi mangsa.

“Sakitlah!” jerit aku bengang.Nasib baik doctor keluar sekejap.

“Buat lagi?” tanya abang Badrul.

“Tak!” akhirnya aku mengalah.

“Ingat! Jangan nak goda orang lain.” Aduhh..ayat itu lagi. Entah siapa nak jadi awek dia agaknya.

“Ingat ni!” tanya abang Badrul

“Ingatlah!” aku dah malas nak bersoal jawab.

“Bagus! Cincin jangan tanggal.” Ingatkan dah habis.

“Tau!” jawab ku masam muka.

Sejak hari ini abang Badrul dah jadi sebahagian dari hidup aku. Kasar! Hanya itu aku boleh jawab bila orang bertanya cara abang Badrul melahirkan cintanya. Tiada ungkapan lembut dan berbisik. Sebaiknya ingatan diberikan selalu. Motor dah tak boleh bawa, kayu hoki sekali lagi kena campak bawa katil. Rambut dah sampai siku. Cap dah lama kena bakar. Dari cerita Erni, memang begitu sikap abang Badrul bila menunjukkan kasihnya.Tiada kad, tiada bunga hanya ambil beratnya dan sikap pelindung yang membahagiakan aku. Sudah lama cinta disimpan untuk aku dan diluahkan melalui kata-kata kasarnya. Bila bicaranya aku tidak boleh terima dan kembali semula cara penampilan aku dulu, abang Badrul semakin mendalam cintanya pada ku. Kerna baginya kalau dia bukan sesiapa dengan aku kenapa aku harus berubah dan berperang dengan antara hati  dan identiti. Itulah KASARNYA CINTA BADRUL BAKRI  pada ku. Tetapi AKU SUKA!!!!
TAMAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 12:41 PM | Show all posts
wahhh..besh cite nie..dlm kasar ada romantiknya...ehehhee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2011 12:41 PM | Show all posts
best cerpen nie kak dilla
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 02:06 PM | Show all posts
best n terus berkarya ya ya ya ya...{:4_181:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 04:19 PM | Show all posts
bestnye.....

kak adilla, wana dah jatuh cinte ngn nukilan akak lor...isk isk isk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 04:53 PM | Show all posts
WAHHHH..besttttnye cite nih...tapi pendek sajok...jadi la janji puassss...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 06:46 PM | Show all posts
Bestnye!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 11:01 PM | Show all posts
shuweet
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:09 AM | Show all posts
awwwww.... sweet nye hua hua hua... suka
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 04:42 PM | Show all posts
suka suka suka

kalu di jadikan novel mesti byk adegan2 yg best2 kan kan kan

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:44 PM | Show all posts
suker citer ni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 09:06 AM | Show all posts
memang best...
tip top...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 03:12 PM | Show all posts
bestnya hehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 08:01 AM | Show all posts
NICE ONEE
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 12:25 PM | Show all posts
BRAVO!..suke..suke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 12:59 PM | Show all posts
bestttnyyee citer ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.879709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list