CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Sindiket dadah aktif di Asia

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aktiviti pengedar dari Afrika, Iran dikesan meningkat  sejak 1990-an\rBANGKOK: Kumpulan dadah antarabangsa dari Afrika dan Iran semakin aktif dalam pengedaran methamphetamine yang semakin rancak di Asia Tenggara hingga ke Asia Timur, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.\r\n\n\n\n\rPil rangsangan (ATS) termasuk ‘amphetamine’ dan methamphetamine atau syabu menjadi dadah pilihan di kebanyakan bahagian di Asia Tenggara dan Asia Timur sejak 1990-an, menggantikan dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, candu dan ganja.\r\r\n\n\n\n\nIa mudah dibuat   di mana saja dan memberi keuntungan lumayan dengan  sedikit pelaburan. Peningkatan penggunaan dadah itu dilaporkan oleh kebanyakan negara di rantau berkenaan pada 2010.\rPenghasilan dadah terlarang semakin memuncak sekalipun pihak berkuasa memusnahkan 442 kemudahan pengeluaran dan hampir 136 juta pil.\rPenjenayah Afrika yang   terbabit dalam jual beli kokain dan heroin  beralih kepada penyeludupan ATS, manakala kumpulan Iran dikenal pasti sebagai ancaman besar penyeludupan dadah di rantau ini. \r“Sindiket Afrika terbabit dalam penyeludupan pil perangsang, ecstasy dan heroin ke Indonesia dan menggunakan Kemboja sebagai pusat transaksi kewangan dan pengedaran dadah ke Indonesia.\r\n\n\n\n\r“Di Jepun,  syabu  yang dirampas ke negara itu dari Afrika meningkat 7.4 peratus pada 2009 kepada 36 peratus pada separuh pertama 2010,” menurut laporan.\rDi Malaysia,  penyeludup Afrika yang ditahan bertambah hampir sekali ganda tahun lalu kepada 65, termasuk 50 warga Nigeria.\r“Bagi mengelak dikesan,  penyeludup dadah Afrika mempelbagaikan kaedah termasuk menggunakan orang tengah dari Asia Barat, Eropah Timur dan Asia selain mempelbagaikan destinasi penghantaran,” menurut laporan itu sambil menambah kumpulan Iran turut terbabit.\rMalaysia menahan 228 penyeludup Iran pada 2009 hingga 2010 kerana menyeludup methamphetamine. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057991 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list