|
Hari Kokurikulum SMK Taman Tun Dr Ismail dedah semangat 1Malaysia\rPENGANJURAN Hari Kokurikulum bertepatan dengan usaha melahirkan pelajar seimbang cemerlang akademik dan pembangunan sahsiah.\r\n\n\n\n\r Program yang dapat mencungkil bakat selain akademik dalam kalangan pelajar itu menjadi platform terbaik melatih mereka bekerja dalam pasukan.\r\r\n\n\n\n\n Menyedari pentingnya inisiatif penganjuran itu, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur mengendalikan program berkenaan baru-baru ini.\rProgram tahunan memberi peluang pelajar mempamerkan bakat masing-masing, selain mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti memupuk semangat yakin diri dan kerja berpasukan.\rPengetuanya, Datin Hasmah Abu, berkata aktiviti berjaya memupuk semangat 1Malaysia dalam kalangan pelajarnya serta menjadi landasan menonjolkan bakat sukan, seni persembahan dan keusahawan menerusi pelbagai aktiviti.\rBeliau berkata, ia juga memperlihatkan persaingan sihat peserta dapat mempamerkan kemahiran dalam beberapa pertandingan antaranya gubahan bunga, memasak, pertunjukan fesyen dan futsal.\r\n\n\n\n\r“Semua warga sekolah memberikan komitmen bagi menjayakan program ini dan masing-masing dapat menjalankan tugas dengan penuh bersemangat sejak awal persiapan.\r“Aktiviti lain termasuk promosi daripada syarikat perbankan koperasi Bank Rakyat, pameran mata pelajaran, pendidikan khas, alam sekitar, jualan amal, cabutan bertuah dan persembahan kebudayaan pelajar.\r“Selain dapat merapatkan hubungan antara warga SMK Taman Tun Dr Ismail, program ini mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap kecemerlangan pelajar serta guru dalam kokurikulum,” katanya pada program itu baru-baru ini. \rProgram itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani.\rHasmah berkata, selain pertandingan, pelajar juga menunjukkan kemahiran keusahawanan mereka dengan membuka gerai jualan makanan, minuman serta kraftangan.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|