CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

Pegawai cukai minta rasuah dapat ular

[Copy link]
Post time 1-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.\rMereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.\r\n\n\n\n\r  Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.\r\r\n\n\n\n\n Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.\r“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh,  Ramsukh Sharma.\rTiada siapa yang  cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.240255 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list