CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 1

Scomi tambah 12 set tren KL Monorel

[Copy link]
Post time 1-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SCOMI Rail Bhd, anak syarikat Scomi Engineering Bhd, akan menyediakan 12 set tren empat gerabak baru bagi laluan KL Monorel sedia ada.\rKetua Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain, berkata set pertama akan  mula beroperasi pada November tahun depan.\r\n\n\n\n\r  \"Set tren baru itu akan meningkatkan jumlah penumpang bagi satu tren daripada 98 kepada 128 orang. \r\r\n\n\n\n\n  \"Ini  anggaran kenaikan  40 peratus dalam bilangan penumpang bagi satu tren,\" katanya pada sidang media  mengenai projek pengembangan armada KL Monorel di Kuala Lumpur, semalam.\rShah Hakim berkata, menerusi kontrak bernilai RM494 juta dengan Syarikat Prasarana Negara Bhd  itu, Scomi juga akan menaik taraf stesen monorel dan sistem elektrik dan mekanikal, serta membina depot baru.\r“Projek itu dijangka selesai pada Julai 2013,” katanya.\rSementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar, berkata tren dua gerabak sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya apabila tren empat gerabak baru itu diterima. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 01:48 PM | Show all posts
ader keje kosong tak....?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067658 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list