CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 1

Sasar 1,000 jurutera setahun

[Copy link]
Post time 1-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tiga pihak jalin kerjasama tangani masalah kekurangan tenaga mahirTALENT Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) menjalinkan kerjasama bagi menangani masalah kekurangan jurutera mahir dalam beberapa sektor ekonomi utama negara ini.\n\n\n\n  Di bawah kerjasama itu, ketiga-tiga organisasi akan melaksanakan tiga program kejuruteraan perantis dan peningkatan kemahiran dengan sasaran melahirkan kira-kira 1,000 jurutera mahir setahun.\n\n\n\n\n\n  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masalah kekurangan jurutera di negara ini tidak begitu serius dan mampu ditangani kecuali dalam bidang berkemahiran tinggi dan khusus.“Masalah berkenaan adalah terkawal kerana institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berjaya melahirkan graduan dalam bidang kejuruteraan tetapi ia mungkin tidak menepati keperluan dalam bidang berkemahiran tinggi.“Justeru, bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik untuk pelabur, kerajaan akan terus melabur untuk melahirkan kumpulan bakat berkemahiran tinggi yang mapan bagi beberapa sektor ekonomi utama negara,” katanya selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama itu di Kuala Lumpur, semalam.Di bawah MoU itu, kira-kira 1,000 jurutera mahir akan dilahirkan setahun melalui tiga program kejuruteraan perantisan dan peningkatan kemahiran iaitu pakar teknologi dalam kepakaran domain khusus (TeSSDE), komposit hijau termaju (AGC) dan bakat berpendapatan tinggi-jurutera saintis penyelidikan (HIT-RSE) dengan menjalani latihan di lebih 70 syarikat tempatan dan asing.\n\n\n\nMustapa berkata, industri berkaitan kejuruteraan juga boleh memanfaatkan empat inisiatif yang diterajui TalentCorp untuk mendapatkan bekalan bakat jurutera yang lebih luas bagi memenuhi keperluan mereka.Katanya, inisiatif berkenaan ialah program latihan berstruktur (SIP) yang menggalakkan syarikat membekalkan pengalaman latihan berkualiti untuk pelajar pengajian tinggi serta biasiswa bagi menarik dan mengekalkan bakat (STAR) yang membolehkan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkhidmat di syarikat besar di negara ini.“Satu lagi inisiatif ialah program kepulangan pakar (REP) yang membawa balik jurutera mahir Malaysia di luar negara serta pengambilan graduan asing terbaik kejuruteraan untuk berkhidmat di sektor swasta dalam bidang yang kekurangan tenaga mahir,” katanya.Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif MIGHT, Mohd Yusoff Sulaiman, berkata pihaknya menawarkan program latihan komposit hijau bagi meningkatkan lagi pembangunan industri komposit untuk kegunaan aeroangkasa.“Bagi menangani kekurangan pekerja berkemahiran tinggi dalam industri, MIGHT menjayakan program perantis dan peningkatan kemahiran bagi mengeluarkan jurutera khusus industri. Graduan akan disesuaikan untuk memenuhi kehendak industri,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 12:04 PM | Show all posts
adeh punya la bnyk u yg produce grad engineering masih x cukup2 gak..

mesti ada sesuatu nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063059 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list