CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Kemelut buku kanak-kanak

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jalan keluar terletak di tangan semua ahli masyarakat dan bukan penerbit saja\rKANCIL Menipu Buaya, Kisah Kura-kura dan Arnab serta Kisah Anjing dengan Bayang-bayang adalah antara buku sastera kanak-kanak yang suatu ketika dulu digemari dan meniti di bibir anak kecil terutama pada era 70 hingga 90-an. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, kecanggihan teknologi dan arus pemodenan semasa mempengaruhi corak bacaan kanak-kanak yang bukan saja lumpuh minat membacanya, malahan mengubah cita rasa dan gaya pembacaan mereka. \r\r\n\n\n\n\nBegitulah dilema yang terpaksa dihadapi syarikat pengeluar dan penerbit buku kanak-kanak yang menyifatkan genre buku bercorak lama dengan kisah dongeng, cerita rakyat dan sarat nilai pengajaran serta budaya Melayu tidak lagi mendapat tempat di hati pembeli dan pembaca.\rEkoran minat pembaca yang menurun untuk genre sedemikian, syarikat penerbitan berdepan dengan masalah jualan buku yang begitu perlahan sehingga mengundang kerugian berlipat ganda pada mereka.\rPermasalahan ini dibangkitkan tiga panel pada Forum Kanak-kanak dan Buku anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung di Dewan Seminar DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rDekan Kolej Pembelajaran Terbuka, University of Management and Technology (UMTECH), Dr Bustami Kamri berkata, dakwaan penerbit enggan bersungguh dalam penerbitan buku genre kanak-kanak adalah tidak benar.\r\n\n\n\n\r“Bukan penerbit enggan menerbitkan buku dalam genre sedemikian, tetapi ia disebabkan golongan sasar bahan bacaan sedemikian tidak lagi menunjukkan minat untuk membeli, apatah lagi membacanya menyebabkan bahan sastera kanak-kanak hilang taring. \r“Sekitar 1980-an, kita ada pengkarya dan pelukis animasi hebat seperti Allahyarham Salleh Daud, Yusof Gajah dan Ibrahim Mohd Said yang bijak menyelitkan unsur drama, animasi menarik serta penceritaan berkesan lagi sarat pengajaran,” katanya yang pernah aktif menghasilkan karya sastera kanak-kanak sekitar awal 80-an dan antara karyanya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah Buaya dan siri Tidurlah Intan.\rBeliau yang memegang Ijazah Doktor Falsafah Dalam Pendidikan mencadangkan penghasilan buku kanak-kanak perlu mengikut klasifikasi umur yang sudah digariskan untuk sastera awal kanak-kanak iaitu bermula dari lahir sehingga empat tahun dan juga berumur empat tahun ke atas.\rEditor Kanan PTS One Sdn Bhd, Rafiza Abdul Rahman, pula yakin bahawa produk terbitan PTS bukan sekadar tangkap muat, tetapi masih menekankan pemilihan karya bermutu dan ilustrasi menarik di samping menjaga tema serta menyelitkan unsur nilai murni bagi kanak-kanak.\r“Isunya, kanak-kanak kini terdedah dengan pelbagai media lain termasuklah penggunaan internet yang meluas, lambakan program televisyen dan permainan video sehingga menyebabkan pembacaan buku terutama bercorak lama tidak lagi relevan pada mereka.\r“Fenomena ini menjurus kepada jualan yang perlahan bagi penerbitan buku sastera awal kanak-kanak dan syarikat penerbitan seperti kami terpaksa menanggung kos kerugian yang berlipat ganda,” katanya  yang juga aktif menulis buku kanak-kanak termasuk Diari Si Ratu Air Mata, Sekolah Agama? dan siri Kisah Si Puteri dengan menggunakan nama pena Natasha Effyzal.\rRafiza mendedahkan, majikannya pernah cuba membawa buku kanak-kanak dalam genre lama untuk jualan di pesta buku, malangnya sambutannya terlalu dingin memaksa PTS One menyelitkan unsur moden yang lebih diterima golongan berkenaan.\rKetua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Mahaya Mohd Yassin, pula mengingatkan penulis dan penerbit tempatan agar tidak mengorbankan prinsip dalam memartabatkan sastera kanak-kanak demi mengejar keuntungan semata-mata.\r“Sebagai penulis, cabaran yang dihadapi sememangnya besar terutama bagi memenuhi kehendak penerbit dan pasaran semasa sehingga saya pernah terfikir untuk menerbitkan buku karya sendiri kerana tidak suka tulisan saya disunting editor mengikut kemahuan mereka,” katanya berpengalaman 30 tahun dalam bidang penulisan dan aktif menghasilkan cerita mahupun puisi kanak-kanak serta pernah memenangi Hadiah Buku Terbaik Sekolah Rendah sempena Tahun Antarabangsa Kanak-kanak pada tahun 1979 menerus karyanya Kucing dengan Tupai.\rMahaya berpegang pada pendirian bahawa karya sastera awal kanak-kanak perlu sarat dengan nilai murni, menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tepat dan menggambarkan nilai santun masyarakat Melayu selain menonjolkan semangat jati diri yang teguh dalam penceritaan.\rTidak ketinggalan, Pengerusi forum yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsuddin Othman, turut mengemukakan pandangan bagi mengelakkan karya sastera awal kanak-kanak daripada terus berkubur.\r“Penulis, penerbit buku, ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan karya bermutu dan sarat ilmu serta nilai kesusasteraan Melayu kembali menjadi rujukan utama kanak-kanak di Malaysia,” katanya.\rForum yang menjadi sebahagian daripada pengisian program Kawanku Buku anjuran DBP dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 dan Hari kanak-Kanak Sedunia dihadiri lebih  60 peserta.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.872570 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list