View: 196|Reply: 0
|
Mutu kajian perlu dikaji
[Copy link]
|
|
EMPAT tahun selepas penganjurannya, Akademi Sastera 2011 dilihat masih gagal melahirkan kritikan kesusasteraan yang benar-benar mantap dan mendalam. \rKetua panel hakim Akademi Sastera 2011, Abdul Rahman Yusuf, ketika membacakan laporan panel hakim meluahkan rasa ralat mereka kerana hanya tiga teori yang mendominasi pertandingan akhir Akademi Sastera kali ini, meskipun banyak teori dalam ilmu kesusasteraan.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan peserta memilih Teori Feminisme, Teori Sosiologi dan Teori Psikologi sedangkan ada banyak teori lain, misalnya pasca kolonial. Saya berharap untuk tahun hadapan, pilihan teori lebih rencam,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nPeserta pada kali ini juga dilihat banyak memaparkan kelemahan ketika membentangkan hujah masing-masing berdasarkan teori pilihan mereka sehingga ada karya yang dipilih tidak sesuai dengan teori yang diutarakan. \r“Ia memperlihatkan mereka tidak memahami teori atau bacaan tentang teori terhad kepada sumber sekunder. Misalnya Teori Feminisme atau Teori Psikoanalisis mereka dibuat hanya pada sekilas saja menunjukkan peserta tidak faham konteks,” katanya.\rAbdul Rahman menekankan pentingnya peserta mengulas karya berasaskan satu teori dengan memperincikan dan menjadikan kritikan itu menyeluruh.\r“Terjadi juga pemilihan teks tidak selari dengan teori, misalnya teks drama, Wangi Jadi Saksi lebih elok ditinjau daripada aspek feminisme bukan psikoteknik,” tegasnya.\r\n\n\n\rAkademi Sastera yang dimulakan sejak 2008 dibina dengan konsep ala rancangan realiti televisyen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pengajian Tinggi dan pertandingan kali ini ia membabitkan 16 peserta institut pengajian tinggi awam.\rKonsep pertandingan menampilkan mentor, anak didik, pengkritik dan juri profesional dan lapan peserta bertanding pada peringkat akhir dengan masing-masing perlu mengkritik karya yang disenaraikan DBP mengikut teori pilihan\rAntara teks yang disenaraikan untuk pertandingan kali ini ialah Kusebut Namamu Selalu karya Muhd Mansur Abdullah, Daerah Beta (Azizi Hj Abdullah), Wangi Jadi Saksi (U-Wei Haji Saari), Daun (Maaim Ghazali), Mawar Magenta (Beb Sabariah), Memori Abadi (Poul Nanggang), Laila Majnun (Othman Hj Zainuddin) dan Kerana Kidjang (Radzemah).\rJohan Akademi Sastera 2011 dimenangi Hasmawani Muhammad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membentangkan konflik intrapersonal dan iterpersonal watak dalam Daun, naib johan dimenangi Syahidatul Munirah Badrul Munir dari Akademi Seni dan Budaya Kebangsaan ASWARA (Wanita dalam Daerah Beta: Menafikan Teori Ekofeminisme ), mnakala ketiga Khaidir Hanafi dari Universiti Malaya (Memori Abadi: Sorotan Psikologi Watak dan Pengarang).\rJuara membawa pulang wang RM3,000, kedua RM2,500, ketiga RM1,500 dan mereka semua turut menerima sijil penyertaan dan buku.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|