CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 1

Penyakit jangkitan seksual merebak di selatan China

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GUANGZHOU: Penduduk Guangdong, kawasan paling padat di selatan China kini dilanda kebimbangan berikutan merebaknya penyakit jangkitan seksual sifilis di wilayah itu, lapor media tempatan.\rAkhbar harian, Southern Metropolis melaporkan semalam, sepanjang tahun ini saja, kira-kira 43,000 kes sifilis dikesan dikalangan penduduk tempatan,\r\n\n\n\n“Kedudukan ekonomi China yang semakin makmur, menyebabkan rakyatnya semakin berfikiran terbuka, menyanjung ‘hedonisme’ dan tidak lagi terkongkong dengan ajaran komunis. Tawaran khidmat seks semakin meningkat dan ini menjadi punca penyebaran penyakit kelamin,” lapor akhbar itu.\r\rAkhbar itu melaporkan, peningkatan kadar penyakit jangkitan seksual di Guangdong, dikesan semakin meningkat sejak lapan tahun kebelakangan ini.\r\n\n\n\n\n\rSebanyak 43,116 kes sudah dikenal pasti sebagai penyakit jangkitan seksual sepanjang tempoh Januari hingga Oktober lalu, jumlah yang hampir sama tahun lalu seramai 45,000 orang.\r“Kadar bilangan penghidap penyakit kelamin terus meningkat sejak 2003 dengan kadar antara 15 hingga 20 peratus setiap tahun.\rPekerja seks dan lelaki homoskes adalah mereka paling ramai dijangkitan penyakit ini,” kata Pengarah Pencegahan Penyakit Berjangkit di Guangdong, Yang Bin.\rBeliau berkata antara 25 hingga 30 peratus pekerja murahan di Guangdong dikesan menghidap sifilis.\r“Penyakit ini boleh diubati jika dikesan awal, tetapi ia boleh ‘bersembunyi’ di dalam tubuh penghidap tanpa menunjukkan sebarang gejala dan tanda, terutama jika lambat dikesan,” kata beliau yang juga seorang doktor.\rYang Bin berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan rawatan percuma untuk penyakit sifilis diklangan penduduk yang tidak berkemampuan.\r“Bagaimanapun, mereka yang mampu dikehendaki membayar 100 yuan (RM49.30), jika penyakit dikesan awal, tetapi bayaran lebih tinggi akan dikenakan jika penyakit sudah berada pada tahap kritikal,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 10:05 AM | Show all posts
nanti sedekahkan jugek utk pelanggan tegar doll..{:4_182:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.654474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list