View: 139|Reply: 0
|
Mendalami al-Quran bina kekuatan kepercayaan terhadap agama
[Copy link]
|
|
MEMILIKI kekuatan kepercayaan terhadap Allah mampu membina asas kepatuhan tinggi dalam jiwa seseorang kepada pencipta seterusnya menjadikan dirinya terikat dengan sesuatu diyakini tepat dan benar. \rKeyakinan terhadap Islam sebagai agama, ikutan dan pegangan sebagai pilihan kerana ia dari Tuhan melalui perutusan rasulnya telah dibuktikan melalui penurunan ayat suci al-Quran yang dipenuhi kebenaran.\r\n\n\n\n\r Bukti kebenaran al-Quran diperkatakan di serata dunia. Mengambil beberapa contoh seperti teori bumi dan semua planet lain berputar mengelilingi matahari, fenomena air laut dan air sungai tidak bercampur, antara bukti kebenaran mengagumkan dalam al-Quran ditemui saintis hari ini. \r\r\n\n\n\n\n Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.” (Surah al-Rahman, ayat 37) \rSesetengahnya beriman kepada Allah kerana takjub kebenaran kandungan al-Quran dan sesetengahnya mencari hujah meremehkan dengan pelbagai alasan. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah (tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.” (Surah Yunus, ayat 5) \rHasil pembacaan dan pengkajian maksud al-Quran, sudah pasti melahirkan keinsafan, kekaguman yang akhirnya perlahan-lahan membentuk kekuatan kepercayaan terhadap Islam. Kesedaran seperti ini mampu melahirkan rasa penyerahan, ketaatan serta kepatuhan terhadap hukum agama.\r\n\n\n\rMembina asas kekuatan kepercayaan terhadap Islam, boleh dicapai melalui kefahaman mendalam ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW kerana setiap orang Islam dituntut mencari ilmu.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” (Hadis riwayat Abu ad-Darda) \rJusteru, kehidupan harian perlu diisi benih keilmuan yang sekarang ini boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti pembacaan buku ilmiah, laman blog dakwah yang diketahui umum penulisnya selain mengikuti siaran di televisyen yang kian bertambah dengan program berunsur agama. \rPerkembangan ini petanda baik ke arah menyebarluaskan kefahaman agama dan dakwah kepada masyarakat. Sistem pendidikan melalui sukatan mata pelajaran pendidikan Islam khususnya sekolah menengah wajar mengutamakan kesedaran pelajar mengenai kebenaran al-Quran disertakan bukti penemuan saintis.\rUsaha mendekatkan pelajar dengan kefahaman al-Quran bukan sekadar hanya boleh membaca al-Quran malah perlu lebih menjurus kepada pengkajian maksud al-Quran secara saintifik supaya kekuatan kepercayaan terhadap pencipta terbina kukuh.\rUmat Islam di negara ini sama ada remaja, muda dan pertengahan usia seperti mengabaikan keinginan mengetahui maksud ayat suci al-Quran apatah lagi bertindak mengkaji untuk mengambil iktibar, ilmu dan mencari kebenaran dalam kehidupan mencabar masa.\rJelas, banyak kemungkaran terserlah di serata pelosok negara seperti buang bayi, zina, jenayah rogol, maksiat, pendedahan aurat, pergaulan bebas sehinggalah rasuah, penyelewengan kuasa, bermula dari kurangnya keyakinan terhadap agama.\rMemisahkan diri dengan al-Quran ibarat memencilkan diri daripada berhubung dengan ilmu luas yang terkandung dalam kitab Allah itu. Jika kita menganggap mereka yang terkurung itu jumud, maka samalah dengan kita jika masih mengurungkan diri daripada al-Quran.\rSelebihnya, hidup dalam belenggu kejumudan akal sering terikat dengan perkara negatif dan tidak bermanfaat sedangkan masa berlalu begitu pantas. Lalu, bagaimanakah persediaan untuk menghadapi alam akhirat tanpa kekuatan kepercayaan kepada Allah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|