View: 216|Reply: 0
|
Serah penganjuran kepada FINAS
[Copy link]
|
|
GAFIM sudah perjelas kemenangan tanpa wang tunai kepada Sidek Hussin\rPENGANJURAN Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 mungkin boleh dikategorikan antara paling hebat diperkatakan sehingga kini. Bermula dengan masalah dalaman di kalangan anggota Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), hinggalah kepada kontroversi kemenangan Presidennya, Jurey Latiff Rosli, sebagai Pengarah Harapan pada 20 November lalu.\r\n\n\n\n\rIbarat rumah siap pahat masih berbunyi, itulah yang berlaku pada anugerah yang julung kali dianjurkan GAFIM itu. Selain isu kemenangan yang menjadi pertikaian, timbul satu lagi cerita kurang sedap didengar apabila pelakon veteran, Sidek Hussin, melahirkan kekecewaannya. Pelakon yang memenangi Anugerah Khas Juri - Bintang Wayang 2011, tidak gembira apabila sekadar memenangi trofi, bukan wang tunai seperti pemenang lain.\r\r\n\n\n\n\nJurey yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Induk FFM24, berkata perkara itu sudah pun dijelaskan Setiausaha Kehormat GAFIM, Yusof Kelana, kepada Sidek dan pelakon veteran itu sendiri sudah pun memahami situasi sebenar.\rMenurut Jurey, sejak dulu lagi Anugerah Khas Juri memang tidak pernah menjanjikan wang tunai. Apa yang dilakukan GAFIM hanyalah mengikut amalan turun temurun FINAS.\r“Saya memahami kekecewaan Sidek, tetapi kami di GAFIM tidak mampu berbuat apa-apa. Soal wang kemenangan bukan tanggungjawab kami, sebaliknya ia tanggungjawab FINAS sepenuhnya.\r“Seperti pernah kami maklumkan sejak awal lagi, FINAS memberikan kami RM650,000 wang penganjuran, manakala mereka memegang RM350,000 lagi yang diperuntukkan untuk trofi dan wang tunai.\r\n\n\n\r“Soal mengeluarkan cek semuanya terletak di tangan FINAS. GAFIM hanya menyediakan senarai nama pemenang untuk tujuan pengeluaran cek. GAFIM tidak pegang satu sen pun duit pemenang. Justeru, saya berharap kenyataan saya cukup jelas dan tidak ada lagi pihak yang akan mempertikaikan hal itu,” kata Jurey ketika dihubungi.\rTambah Jurey lagi, bukan hanya Sidek seorang yang membawa pulang trofi tanpa hadiah wang tunai, tetapi empat lagi penerima Anugerah Khas lain iaitu Datuk Michelle Yeoh, Tan Sri Jins Shamsudin, Allahyarham Zami Ismail dan penerbit filem Libas juga tidak mendapat habuan terbabit.\rSementara itu ditanya mengenai ura-ura mengatakan GAFIM sudah serik dan tidak lagi mahu menjadi penganjur anugerah berkenaan berikutan pelbagai kontroversi yang timbul, Jurey mengaku perkara itu.\r“Kami sudah pun menyiapkan laporan bedah siasat hasil daripada penganjuran FFM tempoh hari. Bagaimanapun kami belum lagi berkesempatan untuk bertemu dengan FINAS.\r“Selepas melalui pengalaman sebagai penganjur, kami tahu setakat mana kemampuan GAFIM. Kami berpendapat adalah lebih baik tugas itu diserahkan kembali kepada FINAS.\r“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tanggungjawab menganjurkan majlis anugerah amat rumit. Kami terpaksa berkorban banyak masa dan juga tenaga. Saya sudah berbincang dengan semua ahli jawatankuasa, semua bersetuju dengan keputusan untuk menyerahkan semula tugas ini kepada FINAS. Kami yakin sekiranya FINAS sendiri yang menganjurkan, pasti tiada sebarang kontroversi berlaku. \rBagaimanapun, sekiranya selepas ini kami berhajat semula untuk menjadi penganjur, setidak-tidaknya kami tahu apa yang boleh dan tidak patut dilakukan,” kata Jurey.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|