View: 135|Reply: 0
|
Dunia Buku: 'Ada beranikah?'
[Copy link]
|
|
Dunia Buku: \'Ada beranikah?\'Oleh Hafizah [email protected]/12/09\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nMinda Tertawan; Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa menyengatDALAM ruang politik Malaysia yang semakin terserlah sifat fanatiknya, bersikap munasabah dilihat sebagai sangat janggal. Sedangkan, berlaku rasional, seimbang dan berasaskan fakta adalah perkara terbaik. Justeru kelompok intelektual seperti penulis, budayawan dan ahli akademik sewajarnya berani tampil menjadi kelompok tidak memihak.\n\n\n\nSecara mudah itu yang boleh dirumuskan usai membaca Minda Tertawan; Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa karya Raja Ahmad Aminullah. Buku ini bernuansa politik, namun bukan buku politik bersifat emosi, sebaliknya pengarang mengajak pembaca memikirkan apakah perjuangan politik yang wajar menjadi pilihan.\n\n\n\n\nRaja Ahmad berlaku jujur ketika menyatakan pengkhianatan intelektual di Malaysia sangat kronik sehingga membelenggu pemikiran, lalu mengungkapkan kebenaran kepada pemerintah seakan-akan satu kesalahan besar. Pandangan kritikal ini sangat relevan. Ia berdasarkan Raja Ahmad bukan hanya menulis berdasarkan penyelidikan, tetapi berdasarkan pengalaman. Mengenali Raja Ahmad dan mengetahui latar belakangnya, sesiapa pun tidak upaya menafikan pengalaman itu mendewasakannya.Namun, tidak kira di kem mana sesiapa berada, keupayaan intelek itu sepatutnya berada di tangga teratas. Puji-memuji, ampu-mengampu dan menutup mulut atas kebenaran sebagai tanda ‘hormat’ kepada pemegang kuasa bukan tindakan yang bijak. Ini amat jelas dalam halaman 25 apabila Raja Ahmad dinasihatkan oleh rakannya yang ketika itu berkhidmat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersikap lebih memahami akan kesibukan tokoh itu, selain disarankan jangan menyusahkan ketua.\n\n\nSikap menunduk yang ditonjolkan sebahagian ahli akademik dan politik hari ini disifatkan Raja Ahmad sebagai tidak setanding dengan ilmu yang mereka miliki. Mungkin dalam keadaan itu, kenyataan kebanyakan ahli akademik hari ini sudah hilang idealisme sebaliknya bekerja makan gaji sehingga payah untuk disanggah.Sesuai dengan tajuknya, perjalanan buku ini banyak menjelaskan tentang kelemahan minda golongan intelek di Malaysia. Apatah lagi apabila material menjadi ukuran, tidak ramai yang berani tampil mengemukakan kebenaran. Keadaan ini sedikit berbeza dengan dunia barat. Dengan mengambil contoh pandangan pemikir barat, Edward Said lewat bukunya, The Representation of The Intellectual, pengarang itu menjelaskan tindakan menyerang Iraq adalah tindakan parti pemerintah dan tidak dilakukan atas nama rakyat.Meskipun mungkin itu satu contoh yang baik, tetapi rata-rata di dunia barat polisi ‘yes man’ itu masih berlaku. Misalnya ketika Amerika melancarkan serangan ke atas Iraq, kebanyakan ahli akademik yang tampil di media adalah golongan yang menyokong tindakan itu.Raja Ahmad melalui buku ini melihat keperluan kelompok intelektual bersifat tidak memihak. Dengan iklim politik semasa tidak mustahil ketiadaan kelompok ketiga akan menyebabkan kelesuan intelektual di Malaysia semakin hebat, manakala perjalanan politik di Malaysia bukanlah sepenuhnya mengikut aspirasi rakyat.Pengarang menulis dengan jujur dan berani. Namun, tidak pasti apakah pembaca boleh menerima cabarannya dengan berani juga. Ini kerana, meskipun karya Raja Ahmad itu menjurus kepada parti pemerintah, namun keadaan yang sama juga wujud dalam pembangkang. Malah, keadaan politik hari ini adalah perjuangan politik yang fanatik.Lalu, sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan, bersifat menongkah arus dengan menyatakan kebenaran itu adalah kejujuran yang paling tidak dapat diterima kecuali untuk pemimpin yang berjiwa besar!INFOTajuk: Minda Tertawan; Intelektual, Rausyanfikir dan KuasaPenulis: Raja Ahmad AminullahHalaman: 127Penerbit: Strategic Information and Research Development CentreHarga: RM23.00Bintang: ****Sentuhan seorang pemikirRAJA Ahmad Aminullah dilahirkan di Ipoh, Perak pada 1955. Menamatkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di Institut Teknologi Mara dan pengajian undang-undang di London pada akhir 1970-an. Pernah bertugas di The New Straits Times, Raja Ahmad juga pernah menulis untuk majalah Impact International ketika di London.Dalam bidang seni budaya, Raja Ahmad adalah antara pengasas Yayasan Kesenian Perak (YKP) selain kerap diundang sebagai penceramah seni halus dan kesusasteraan dalam dan luar negara. Ketika Raja Ahmad adalah pengarah galeri seni RA Fine Art. Selain Minda Tertawan, Raja Ahmad juga menghasilkan antologi puisi Menyarung Jiwa (2004) dan Kata-Kata Hati (2004). Menyarung Jiwa sudah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|