CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 73414|Reply: 58

Apa itu Root Android - Kelebihan dan Kekurangannya..

[Copy link]
Post time 12-12-2011 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kumbangdesa at 8-3-2012 11:54

Ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..apa tu?..so kat sini aku share sedikit info mengenai Root..apa kelebihan dan kekurangannya..

Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. -  Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.  

Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.

CARA DAN APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS ROOT sila rujuk post #6..

Sharing is caring..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 01:46 PM | Show all posts
good info .............
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 01:47 PM | Show all posts
perkara/alasan  yg sama gak kenapa produk apple ditegah drpd di jailbreak kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 02:44 PM | Show all posts
TQ bro medangmru..
just share info utk makluman semua..
yap..lebih kurang sama Jailbreak utk produk apple..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:15 AM | Show all posts
Bagus,
info ni berguna untuk semua yang rajin modified Android
kumbangdesa bukak la blog, lebih manageable, baru meriah sikit blog bahasa melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 11:18 AM | Show all posts

CARA DAN APA PERLU DILAKUKAN SELEPAS ROOT

Post Last Edit by kumbangdesa at 8-3-2012 11:56

Tentu semua dah baca thread aku kat atas tu mengenai root dan mungkin ada dikalangan kita teringin utk lakukan proses tersebut..

So kat sini aku share link lakukan sendiri proses tersebut dgn cara terkini yang paling mudah..x sampai 5 minit pun..

Tapi pertama sekali korang check dulu model henpon masing-masing ada x dalam list ni..(model dalam list ni boleh root dengan kaedah ni dan telah terbukti berfungsi dengan baik)..kalau model korang x termasuk dalam list aku nasihatkan jangan guna kaedah ni..

http://forum.xda-developers.com/showthread.php?p=18805560#post18805560

Kalau model korang termasuk dalam list ni boleh la teruskan link di bawah ini untuk lakukan proses root.. walau bagai mana pun aku nasihatkan baca secara teliti thread tersebut untuk mengelakkan berlaku brick kepada telefon masing2 semasa proses root..

http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1321582

* Download Tool ini dalam thread di atas untuk Root : DooMLoRD_v4_zergRush-busybox-su.zip

Credit To DooMLoRD for creating this beautiful Tool..


SELEPAS PROSES ROOT (ASAS)
Bagi mereka yang telah root (selepas nampak icon Superuser kat dlm hp tu) dan x tau apa yg perlu dilakukan seterusnya kat sini aku bagi cadangan..

1. Install Titanium Backup - untuk back up semua aplikasi dan sistem.. (selepas install pastikan terus jalankan proses back-up)
2. Install Root Explorer - untuk ubahsuai aplikasi dan sistem dlm hp kita..
3. Install CWM Auto-Installer (recovery) (bagi Sony Ericsson Xperia 2011) - i. untuk buat Nandroid back-up (overall back-up/restore) sebelum kita nak ubahsuai theme, mod dan sebagainya. (ii) untuk memasukkan sebarang ROM (bagi unlocked bootloader sahaja) atau theme, mod dan lain-lain (bagi lock dan unlocked bootloader)

(3 Aplikasi ini adalah aplikasi asas yang penting sebelum sebarang modifikasi dilakukan ke atas aplikasi dan sistem hp anda.)



"Selamat MengeROOT "..

PERINGATAN : LAKUKAN PROSES INI DENGAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2011 11:22 AM | Show all posts
Bagus,
info ni berguna untuk semua yang rajin modified Android
kumbangdesa bukak la blog ...
Droid Post at 14-12-2011 11:15



tQ mr droid..
ilmu andriod x cukup banyak utk bukak blog..cuma share mana yang tau je..mungkin mr droid boleh share ilmu yang lebih lagi pada semua..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:42 AM | Show all posts
ishh, sikit2 pun berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 03:42 PM | Show all posts
ada plak W dalam list tu...bleh ke nak root hp baru ni? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 04:06 PM | Show all posts
alamak samsung galaxy s I9003DXKB2 tak de dalam list la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2011 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by kumbangdesa at 18-12-2011 02:22

Kalau ikut dia punya step mmg xde masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 03:19 PM | Show all posts
yess...berjaye upgrade samsung galaxy 5 ke android 2.2 froyo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:46 AM | Show all posts
root wajib bagi aku sebab aku guna proxydroid, ftpdroid, rootexplorer, adfree dsb nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 12:55 PM | Show all posts
kalau kita update firmware perlu root ker? hilang waranti tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 01:22 PM | Show all posts
baru sahaja guna tab android...
buat masa ni masih berpuas hati dgn standard punya, tgklah beberapa bulan akan dtg
cina yg jual henpon tu nak tolong rootkan tab aku rm180, nasib baik aku teringat kt forum ada org dah tepek caranya...selamat rm180 aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 02:41 PM | Show all posts
kalau kita update firmware perlu root ker? hilang waranti tak?
matabelalang Post at 15-1-2012 12:55



    kalau nak update sistem android yg dibekalkan oleh contohnya dari android 2.3.3 kepada 2.3.4 x perlu root..dan x hilang warranti..tapi kalau nak update firmware perlu root..tapi warranti boleh hilang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 02:43 PM | Show all posts
baru sahaja guna tab android...
buat masa ni masih berpuas hati dgn standard punya, tgklah beberapa ...
mijot Post at 15-1-2012 13:22



    root ni boleh buat sendiri..kena rajin servey cara2 nak buat..kalau ikut step dia mmg xde masalah..kalau kat kedai mau kena cas mahal..untung mcm tu je cina tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 02:29 PM | Show all posts
Ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..a ...
kumbangdesa Post at 12-12-2011 12:50


kenapa root menghilangkan warranty? bukan kah kita bole "mengrestorekn" ia semula jika tidak berpuashati dgn prestasi selepas proses tersebut dijalan dgn syarat "membackup" aturan kilang dahulu sebelum memulakan proses "pengerootan"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply 19# Hassan.Dragon


   ya betul..kita boleh kembalikan semula setting asal setelah unroot semula proses tersebut..yang menjadi masalahnya adalah sekiranya proses root tersebut gagal dan hp kita telah brick..ketika itu kita x dapat nak berbuat apa2 untuk restore semula setting asal..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 12:24 AM | Show all posts
kalau yang x de dalam list seperti link dibagi di atas tu kira tak leh buat la ye??? kalau degil buat gak kompom brick atau belum tentu jadi.. mungkin ok dan mungkin tidak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.415075 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list