Post Last Edit by aizawa at 15-12-2011 12:04
Bab 2 3 tahun lalu..
Muzik pusat hiburan begitu menyeronokkan pendengaran para pengunjung yang datang. Kelihatan sekumpulan gadis yang baru menginjak usia remaja sedang menikmati alunan muzikyang begitu rancak. Lagu Sean Kingston yang berjudul “Beautiful Girl” menambahkan lagi keriuhan suasana.Kelihatan tiga botol minuman keras yang berharga ratusan ringgit sampai ke meja gadis-gadis itu.
“Excuse me mommy,we’re not ordering this” Mia menegur pengurus kelab tersebut dengan mesra.Pengurus tersebut sangat dikenali mereka kerana mereka merupakan pelanggan tetap tempat tersebut.
“Oh..sorry dear” Pengurus tersebut senyum lebar sambil melambai seorang pelayan lelaki yang bernama Jack yang juga merupakan kawan mereka. “They didn’t make this order,please checkback.” Dia berkata dengan bahasa English dalam slang ‘Tagalog’ yang sungguh ketara dan tegas. Jack tersenyum dan kenyit mata kepada Mia,dia sangat meminati gadis tersebut.
“Dear,please wait ya,don’t worry” Kata wanita berusia 40antersebut. Mereka senyum sambil melayan kembali muzik yang bingit sambil menari.Pandai wanita tersebut menjaga pelanggannya.
“Mia,ada orang belanja korang la.Dia belanja Sha” Jack kembali sambil berbisik di telinga Mia. Ketika itupengurus wanita tersebut memandang Jack dengan pandangan ingin tahu. “Mommy,Jason”
Kata Jack ringkas membuatkan mommy terus ketawasambil mencari-cari gerangan Jason.
“ You are so luck dear,he is big boss” Suara wanita itu dinyaringkansedikit sambil meneruskan ketawanya yang ditekan-tekan.Gembira sungguh diadengan perkara tersebut. Dia memandang Sha.
Sha terus menghampiri pengurus tersebut yang dikenali sebagai ‘’mak ayam’ dimana dia merupakan pengurus bagi pelacur-pelacur di dalam pusat hiburan tersebut. Dia terkejut danbertanya.
“ Mommy,who is jason..?” Dahi Shabekerut,jelas ada sinar kebimbangan di matanya. Dia begitu ingin tahu gerangan lelaki yang sungguh baik hati membelanjakan hampir ribuan ringgit itu.
“Jason anak buah bos dear” Pelat kata-kata mommy dalam bahasa Melayu. Sha menghampiri Mia,sepupu merangkap teman baiknya itu. Perasaan gusar mula bersarang di benaknya. “Mia,risau aku” Bisik Sha. Jelas riak mukanya sungguh risau. Mia tersenyum. Dia tahu sepupunya itu tidak suka dibayar tanpa mengetahui gerangan empunya badan.
“Sha,apasal...?Siapa yang belanja” Nita menghampiri Sha dan Mia. Mukanya juga dipenuhi tandatanya. “Ni ha..Peminat baru dia lagi kot” Mia mengusik Sha yang blur. Nita menarik sedikit bajunya yang terlondeh di bahagian dadanya. Aset terbesar yangsungguh di banggakan olehnya. Memang body nita sungguh mantap.
“Sha ni yang aku jeles...asyik-asyik ko je yang kena ngorat...nyampah!” Nita sengaja mencebikkan bibir kepada sahabat baiknya itu sambil menunjukkan lenggok tidakpuas hati.
“Haha..ko ni kan sempat lagi ko buli aku ek”Kata Sha,terus mereka semua ketawa dengan aksi yang disengajakan oleh Nita. Nita memang suka perhatian. Mereka tahu kawan mereka yang satu itu sungguh minat kepada lelaki yang kaya. Mula lah dia bergaya gedik untuk minta perhatian. Tapi mereka tahu Nita sangat tulus orangnya. Dia tidak pernah menipu dan menyembunyikan apa-apa rahsia daripada mereka.
“Eh apakorang ketawa-ketawa ni...?” Zila yang baru selesai dari tandas kehairanan. Zila yang ditemani tunangnya itu memandang Nita yang sudah mula berlakon. Dia tahumesti ada cerita yang menarik,mesti tentang lelaki.
“Ni ha..Sha kesayangan kita ni semakin tinggi market dia..” Kata-kata daripada Nita terus meyakinkan persoalan Zila sebentar tadi. Terus mereka semua ketawa. Mereka masak sangat dengan Nita. Dia suka menggoda dan digoda.
“Ala Nita,kita tengok dulu mamat tu,kalau tak ensem aku pass kat ko” Sha mengusikNita kembali. Mereka ketawa sekali lagi.
“Kalau Sha memang aku yakin mamat tu lekat,kat ko gerenti mamat tu cabut” Azlan bersuara. Zila ketawa sambil memeluk pinggang tunangnya itu.
“Hahaha...korang ni dah start la tu kenakan aku balik” Nita tidak sanggup bermain-main lagi. Dia gembira kerana kawan-kawannya sungguh memahami perangainya.
“Nah tengok mommy dah datang..wow mungkin tu Jason la Sha..” Nita pantas menagkap kelibat pengurus tersebut dengan diiringi seorang lelaki tinggi lampai. Mukanya sungguh tampan,kulitnya juga cerah.
“Mula lah tu..” Sha mengusik Nita. “ Ko ni jangan lah perasan,ntah-ntah tu orang lain kut”Mia menyampuk. Nita pula mula melenggokkan tubuhnya bersedia untuk menggoda.
“Dear he want to talk with you” mommy kenyit mata pada Sha. Sha senyum mcm kerang busuk.Terpaksa la tu.
“Its ok mommy,thank you” Kata Jason memberi isyarat mommy supaya beredar. Dia terus menghampiri Sha yang terpinga-pinga. Kelihatan gadis itu kurang selesa.
“Hi,selamat berkenalan. I’m Jason” Ringkas sj dia membisikkan di telinga Sha sambil menghulur tangan. Suasana bingit menyebabkan Sha merelakan sahaja Jason berbisik di telinganya. Dia merasa agak lega kerana dia takut-takut orang yang bayar minuman tersebut adalah lelaki separuh abad. Terbayang lelaki tua yang sudah punya anak dan hampir mempunyai cucu,itulah yang diafikirkan tadi. Ternyata telahannya silap.
“Ok, Sha”Ringkas sahaja dia berkata sambil menyambut salam perkenalan Jason. “Jason kenapa you susah-sudah bayar untuk kami ni,minuman dah ada la. Kitanak celebrate birthday party Mia,my cousin”Katanya lagi.
Nita mengangkat gelas whisky yang dituang Jack. “Lets start the party Jason,thanks for this and nice to meet you.”
Senyuman Nita mula menggoda sambil keningnya terangkat sedikit. Jason terus mengangkat gelas yang dihulur Mia dan melagakan gelas tersebut. Pandangannya tertumpu kepada Sha.Renungannya bermakna.Dia teruja ingin mengenali gadis itu. Wajahnya sungguh manis. Rambutnya lurus cantik terurai. Senyuman gadis itulah yang paling menambat hatinya semasa dia mula-mula terpandang gadis itu tadi.
Sha terus meneguk whisky di dalam gelasnya berulang kali. Sedikit demi sedikit. Biarpun rasa lemon mengurangkan rasa pahit whisky tersebut,dia semakin galak meneguk air haram tersebut. Semua kawan-kawan rapatnya tahu dia begitu ketagih dengan minuman beralkohol itu.Jason terus memerhatikan gadis itu dengan pelbagai persoalan.
|