|
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, mengalami serangan angin ahmar yang membuatkan rawatannya di hospital di Dubai terpaksa dipanjangkan, kata pembantu rapat pemimpin itu, semalam.\rKunjungan Zardari ke Dubai minggu lalu membawa kepada spekulasi yang beliau akan kehilangan kuasa tetapi dinafikan kerajaan. \r\n\n\n\n\rRakan presiden itu berkata, Zardari, 56, akan diletakkan dalam pemerhatian di hospital kira-kira dua minggu sebelum dibenarkan kembali.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, tidak timbul persoalan Zardari terlalu lemah untuk kembali ke pejabat. \rRakan Zardari yang enggan dikenali itu berkata, diagnosis ke atas keadaan presiden itu dilakukan oleh dua doktor.\rTerdahulu, pegawai berkata, kunjungan Zardari adalah untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan rutin. \rMereka berkata, beliau mendapatkan rawatan berkaitan keadaan jantung. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|