CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7542|Reply: 51

Kawanku, seorang yg emo tak bertempat.....

[Copy link]
Post time 15-12-2011 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by oni313 at 15-12-2011 22:46

salam....biasanya aku jadi silent reader je board ni, kali ni mmg nk kongsi 1 masalah yg aku tak tau sentiasa, jarang2, atau tak pernah jadi dlam masyarakat malaysia ni...
first, aku final year dlam degree business kt 1 IPTA ni, umur awal 20-an, alkisahnya, flashback 3 tahun yg lalu, bila aku mula jejakkan kaki di IPTA, aku sorang2, takde kawan, coz aku lepasan STPM, so mmg aku antara yg bertuah dpat msuk IPTA, tp yg kurengnyer, aku sorang je, classmate aku yg lain sumer sekali 1 geng dpat U yg sama...

Kt U, ni, mmg aku sorg2 je la masa mula2 time orientasi, yg dah ada geng tu, biasanya dak2 lepasan matrik, coz diorg sebelum msuk U, mmg 1 matrik yg sama, ataupun dak2 pantai timur, klau dah dpat jumpa 'orang' diorg, automatic jd geng trus...

time by time, alhamdulilah, aku dpat adopt ngan situation kt U, kawan pun dah ada, member baik smpai skrg (Alhamdulilah). tp aku lain kelas kuliah ngan member aku baik aku ni. aku lak sorg2 kt kelas lain, tp aku berjaya gak memiliki kawan kt kelas aku tu...

ssampai la 1 saat, aku bertegur ngan sorg budak ni, aku namakan budak ni Z. Z ni kebetulan pnah 1 schoolmate ngan classmate aku time form 6 dlu, dan member form 6 aku tu smbung study kt MMU. dan sejak aku kenal dia, dia bnyak tolong aku, especially bab2 kewangan, coz masa first sem, PTPTN aku ditolak, prmohonan aku dibatalkan coz ada ralat dari segi pendapatan parents aku. so, sem 2 aku bru dpat PTPTN. dan Z ni gak, yg banyak bagi support kt aku time aku dilanda masalah keluarga (ayah aku kena heart attack time aku first sem and mak aku pun tak sihat kdg) dan benda ni yg merunsingkan fikiran aku. dan syukur, Z lah yg bnyak bagi support kt aku.

overall, sem 1 Z tak bnyak problem, start sem 2, brulah aku nmpak belang sebenar Z ni. Masa tu, bulan februari, 2010, Z ni tetibe je muka masam mencuka, org tegur skit, dia tengking balik org tu, termasuk la aku yg jadi mangsa skali. dtg lak member aku yg baik ni, aku namakan K, K bgtau, Z dlam mood yg tak baik sal budak perempuan yg Z suka, tengah bersembang dan rapat ngan dak lelaki yg lain, dan dak lelaki tu, tak la macho sngat, mat patah aka mat lembut. aku pun pelikla, bunga bukan sekuntum, yg rapat ngan dak perempuan yg dia suka tu, mat lembut, yg si Z ni nak marah2 pasal apa?....

tp lama kelamaan, Z ok, dah sejuk skit.....

lupakan sekejap kisah Z, aku nak story sal seorang budak perempuan ni, aku namakan dia, A. A ni classmate aku time form 6 dlu. dan dia ada couple ngan member sekalas kami. tapi, perhubungan diorg, putus ditengah jalan, bila BF dia, taknak kt dia dan smbung blajar kt uitm shah alam. Alasanyer, A bgtau kt aku, yg BF dia tu, nak 'barang' dia, means, nk buat benda tak senonoh kt A, so, A ni, bila dah putus ngan BF dia, dia macam gila meroyan skit, A tak dpat terima hubungan dia ngan BF dia putus ditngah jalan..... so, A ni slalu la mesej aku sal masalah yg dia hadapi dan betapa depressed dan trtekannya A trhadapat BF dia.... FYI, A ni pas STPM, dia tak dpat mana2 tawaran lanjutkan pelajaran, last2, dia amik diploma kt uitm....



Sem 3, disinilah permulaan segala masalah dan saat nilah yg aku kesal dan menyesal smpai sekarang, bila aku perkenalkan A ngan Z, dan disinilah, bermulanya pergaduhan dan masalah yg begitu rumit dan sukar tuk diselesaikan.......



Z ni, seorang yg boleh dikatakan alim la gak, tp takdelah smpai ketahap tabligh cmtu. A lak, seorang gadis muslimah. tudung pun, tudung labuh, bidang agama pun dia suka main2. so, aku fikir, elok la diorg ni berkenalan antara 1 sama lain. so, aku perkenalkan la diorg berdua.....dan disini la, tragedi berlaku....



kpd momod, dan pembaca sekalian, aku minta maaf, kisah ni insyallah, aku akan sambung esok hari, dan aku benar2 mintak pendapat dan nasihat dr forumer yg dikasihi sekalian, (ayat novel la pulak)......

bersambung....

another point, kpd momod, disebabkan intenet kolej aku lembab, aku trpost 2 thread, harap pihak momod deletekan post yg 1 lagi, mintak maaf sngat2, tak sengaja, huhuhuhu Last edited by oni313 on 19-3-2013 10:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 11:24 PM | Show all posts
...troolll ke ape nie
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:26 PM | Show all posts
Kalau dia bad mood ko buat tak paham aje. Kalau dia cakap ngan ko, bru ko cakap ngan dia. Especially kalau hangin pasal pompuan-pompuan.

Sarang tebuan jangan dijolok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by oni313 at 15-12-2011 23:54
Kalau dia bad mood ko buat tak paham aje. Kalau dia cakap ngan ko, bru ko cakap ngan dia. Especially ...
airwaves Post at 15-12-2011 23:26



    it's a very long story, bagaimana seorang lelaki, sanggup setia TAK bertempat smpai tinggal hal2 pershabatan dan jugak benda paling penting skali, tp Z amik remeh, hal ASIGNMENT... smpai asignment yg kami buat, sanggup dan sampai hati dia cedok tuk bantu kakak A yg tngah studi degree kt UPM...dah memang aku tak tegur dia dah, dah 2 bulan aku tak tegur, tambah lagi dia ni, roomate aku:@...esok, insyallah, aku akan cerita lebih detail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 11:52 PM | Show all posts
1 lagi, klau sbagai seorang lelaki, awek korg pesan suh beli KFC sal tringin nak makan, sanggup tak korg naik motor pukul 10 malam, pastu direct antar kt awek korg naik moto yg perjalanan nya lebih 10km? dpan hostel dak pompuan lak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 08:49 AM | Show all posts
nk wat cam drama bersiri la pulok..
cam adegan perogol bersiri pon ader..
wat suspenda jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2011 09:58 AM | Show all posts
la... nak sambung2 ni rasa nak tengking org jgk ni... ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 01:50 PM | Show all posts
tengking jer..
jgn x tengking..huhuuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2011 02:52 PM | Show all posts
la... nak sambung2 ni rasa nak tengking org jgk ni... ekekekeke
want2bhappy Post at 17-12-2011 09:58



   sambungan....msuk sem 3, aku perkenalkan Z dan A. Z ni belajar di uitm, so dekat jugakla ngan tempat nelajar aku ngan Z. aku pun citer la kisah dan latar belakang A kpd Z. Z ni, suka la jugak ngan A, coz Z ni, impian nya adalah untuk berkenalan ngan gadis yg berwatakan alim dan ikut sunnah gama mcam A. A ni mmg gaya muslimah. solat apa semua mmg jaga. tudung pun, tudung labuh. A aktif jugak ngan aktiviti keagamaan kt uitm. Z lak, mmg seorang yg ikut suruhan dan patuh agama. Z ni suka pergi kuliah agama kt merata2 surau dan masjid. so pada pandangan aku, mmg sesuai pertemukan diorg berdua.

sebelum ni, aku ngan  A mmg rapat, coz A selalu cerita mengenai hal2 dan masalah dia kt aku. sampai la 1 saat tu, aku pertemukan face to face A ngan Z. masa berjumpa tu, kami bertiga, tiga2 ni mmg tak bnyak bercakap masa berjumpa, coz malu2 kucing antara A ngan Z. takpe, aku faham.

times by times, A dan Z mula berhubungan dlam Facebook dan tepon. pertengahan sem3 tu, makin aktif diorg berhubung. ssampai A pun, dah tak sms dan contact aku dah,. yela, dah dpat teman baru yg lagi best, msti yg lama ditinggalkan kan?

aku pun tak kisah sngat la, trpulang la pd diorg. ujung sem 3 lak, aku tanya Z, samada Z ni couple ke ngan A? Z balas, dia ckap yg diorg ni tak couple, tapi berkawan rapat dr segi Islam. Z ckap, couple tu, HARAM, BERDOSA. aku secara automatiknya rasa sentap jugak, sal yela, ramai kawan2 aku yg couple, dan bila kawan2 aku yg couple ni tau Z ckap mcam tu, diorg pun terasa. pada pandangan aku ngan kawan2 aku, couple tu tak salah, tp jngan melebih2 mcam menyentuh antara bukan muhrim dan berzina tu, sal aku pun tau batas2 dan hukum agama.

Z ni, perangai dia, dia ni seorang yg tak ramai kawan rapat/teman baik, melainkan aku seorang je. punca? disebabkan sifat dia yg sikit2 nk marah dan cpat emo. dlam kelas, klau org bergurau skit dngan dia, mula lah dia sentap tak ingat dunia, smpai tak brcakap, dan itu menyebabkan ramai org jauhkan diri dr dia.

pnah skali tu, masa nk bukak puasa, Z joint skali ngan aku dan 2 org lagi kawan aku, mula tu, seorg kawan aku gurau sal rasa masakan makanan bazar ramadhan yg kami beli, kawan aku tu ckap, masakan ibu sendiri lg sedap compare ngan masakan bazar ramadhan ni, Z lak sebelum tu pd mulanya ckap, nasi briyani bazar ramadhan ni sedap. pas Z dngar ayat kawan aku tu, mula la diorg2 bergaduh skit2. last2 Z tinggi suara, ckap, YELA2, MAKAN JE LA APA YG ADA!, bayangkanla, time nk bukak puasa ckap mcam tu, tak rasa sia2 ke berpuasa sepanjang hari, pastu ckap mcam tu dpan rezeki?

masa sem 3 ni la, pas diorg rapat, korg bayangkanla, Z tak pnah lepas dr henpon dia, asyik2 ckap tepon ngan A, time sem 3 ni, aku dah 1 roomate ngan Z, sal ade pertukaran kolej masa tu, so aku tarik la Z jd roomate aku (NI LA BENDA YG AKU PALING MENYESAL DLAM HIDUP AKU BILA AKU Z JADI ROOMATE AKU). dlam bilik, Z ni slalu ckap tepon dpan2 aku, korg pun faham2 la bila laki dan perempuan ckap tepon kalau diorg rapat, macam2 ayat geli yg aku dngar, cam bucuk2 la, ayang2 la, dah mamam2 ker belum la, rasa nk muntah wei, seolah2 tak hormat perasaaan roomate.


si A ni lak, latarbelakang dia, dia ni mmg payah nk lupa kisah silam dia, coz hal dia ngan BF lama dia, sal dia tak dpat terima perpisahan hubungan dia ngan  BF lama dia, dan A ni lak, kebetulannya, selalu sakit2 sal mak A ni kena buatan orang. so, A pun skali terkena gak penyakit tu. disebabkan selalu sakit maca semput2 dan sesak nafas, A slalu call Z nk mintak support la kononyer. pastu A ni lak, kuat merajuk. bayangkanla, setiap 30 minit, A selalu call Z, even dah pukul 3 pagi pun, A sanggup call Z.

Z lak, layan la jugak si A ni, sanngup Z layan, sal ni la pertama kali Z kenal erti cinta dlam hidup dia. bila dah diorg ni cakap tepon antara 1 sama lain, dalam bilik, automatiknyer, Z ni mmg ganggu aku nk tdor, aku bukan jenis tidur lambat, dalam hati aku pendam gak la masalah ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 03:00 PM | Show all posts
sebelum ni, Z seorang yg ok gak la dlam pelajaran, dlam kelas ok, takde la ape2 masalah.

pas aku perkenalkan A dan Z ni, aku perhatikan, Z semakin kurang bagi tumpuan dlam kelas. sikit2, keluar jap gi tandas ckap tepon bila A call dia. tak prnah A klau call Z, Z tak jawab tepon. confirm Z angkat tepon, walaupun sedang berdengkur atas katil. seolah2, klau tepon tu berbunyi, Z ni mmg automatik bangkit trus, sal Z ni, sayangkan A ni, dan dah berangan2 nk kawin ngan A.

sem3 ditamatkan dengan dengan bermulannya perubahan sikap Z, lepas bertemu dngan A.... sem 4, lebih bnyak lagi masalah yg timbul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 03:12 PM | Show all posts
sebelum melangkah ke story sem 4, aku describekan sikit watak Z ni. Z ni seorang yg tak tau la nk ckap mcam mana. kuliah agama slalu pergi, (tp Z ni suka pergi kuliah agama org politik especially yg warna hijau bulat putih tu) aku peribadinya tak suka pergi kuliah agama yg ada influence org2 politik ni, tak kira la pihak kerajaan/pembangkang.

solat lak, tak pnah tinggal, tp yg membingungkan aku, Z ni lpas kenal ngan A, slalu nk marah2, even hal yg remeh2 pun nk marah. yg slalu jadi mangsa, aku la.

ade sorg dak perempuan kelas aku, ckap, yg aku ni penyabar orgnyer, sal aku je yg tahan ngan si Z. dak2 laki dan perempuan lain, mana tahan ngan Z, sal dlam kelas, Z ni tak boleh dibawak bergurau, ape2 gurauan je, msti dia marah dan emo tak bertempat. disebabkan perangai dia la, ramai org jauhkan diri dari Z.

perwatakan Z ni gak la, yg tak balance dari segi perangai dan rohaniah dia. pergi solat kt surau, berjubah siap ngan lebai kt kepala lagi tu. even nk solat maghrib dlam bilik pun, berlebai lilit segala bagai. kalau nk solat, takyah la nk berlebih2 an smpai cmtu, nanti org kata riak pulak. dan perwatakan Z ni la, yg jadi buah mulut member2 aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by chaintea at 17-12-2011 15:53

x paham sungguh daku..bebudak U skrg ni byk yg suka merungut ek..org ni x betul..org sana emo...org sana xmo BFF dgn kita//please la
grow up

org tu xmo bff dgn kita..lantakkan dia.
org tu emo..pedulikkan..kalo dia marah2 kt ko..siram air sejuk kt dia bg dia cool

rajin sungguh buat analisa perangai org nih..
ms i belajar dedolu..i lone ranger jah..dulikkn org..group assignment buat..assignmt siapkn...tutorial hadir..kelas hadir..kalo ponteng tanggung sendrik..berkawan x pilih bulu..dia cop muslimah sejati ke...stok imam muda yg nmpk pompuan pakat tunduk lantai belaka..mahupon social butterfly atau pon buaya darat..itu hidup mereka..kita jaga diri kita
b'kwn kena bijak
jgn biarkn org lain pengaruhi cara anda..
as long as x lupa diri n family
teruskn je hidup
masuk alam kerja nanti..mcm2 perangai org leh jumpa..
kt tpt belajar tuh cuma sikit jah perangai yg ditemui..bersedia je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 04:29 PM | Show all posts
x paham sungguh daku..bebudak U skrg ni byk yg suka merungut ek..org ni x betul..org sana emo...org  ...
chaintea Post at 17-12-2011 15:46



   assalamuailakum....chaintea, board ni pun, nama nya board kawan dan persahabatan, citer yg sy nk ceritakan ni blum lagi habis, sal bagi aku, harap2 citer yg aku kongsikan aku berniat tuk dpat jadi teladan kpd sumer, bukan nak menghukum seseorang...... terlalu awal lagi nk buat conclusion sal cerita yg aku nak kongsikan ni.... harap2 awak sabar dlu, citer ni agak panjang....  mungkin sal awak terlalu awal nk bagi conclusion, aku describekan diri aku, kt U ni, time kt U ni, aku seorang mmg happy go lucky, tak pnah ade masalah serius ngan member2., alhamdulilah, aku dikurniakan sifat penyabar, tak mudah sentap, tp ramai yg ambil kesempatan atas sifat aku ni, menjadikan aku tempat lepas marah dan tak puas hati. tapi aku sabar, aku tak balas dan marah kt diorg, cuma aku kesiankan kt diorg ni, macam mana la nk hadapi alam pekerjaan nanti klau diorg still stick up with their pathetic behavior.... mmg aku dah sedia maklum, kt U macam2 org yg akan kita jumpa, time praktikal dlu pun lagila haru biru org yg aku jumpa, tp dah board ni pun nama board kawan dan persahabatan, tak salah kalau nk kongsikan masalah dekat board ni, klau semua nk jadi lone ranger macam awak ckap td, baik mansuhkan saja board kawan dan persahabatan ni......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Pengalaman menarik....
Sambung lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 05:04 PM | Show all posts
Life skrg dah tak menarik sbb salah satunya dah ada handphone....
Dulu time ai belajor, guna surat je nak berkomunikasi dengan bf...Dah tentu ai tanak bf yang satu kampus...Ai tak leh bayangkan kalau masa tu ada hp, dah tentu my mum akan jadi mcm A call Z....kalau A call 30minit sekali, ai rasa my mum akan call setiap 10 minit-  tanya dah study ke belum?...belajor betul-betul...jangan ponteng class...  mak aiiii....tensionnya....

Masa tu ai rasa best je.....jangan harap lah ai nak karang surat, kat bf pun malas nak hantor surat, apa lagi kat mak.....  Nak call lagi le malas sbb malas nak beratur kat public phone...

U  all skrg rugi lah sbb setiap masa di "perhatikan"  bukan setakat parents je tapi bf/gf....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 05:09 PM | Show all posts
Life skrg dah tak menarik sbb salah satunya dah ada handphone....
Dulu time ai belajor, guna surat  ...
jazaa Post at 17-12-2011 17:04



   jazaa, lecturer sy pnah ckap, yg penciptaan henpon ni adalah 1 kesilapan katenyer, klau dlam kuliah tu, henpon berbunyi, sah2 1 kelas akan pandang kita, dan menganggu kuliah scara automatiknyer....
dulu2, sy rasa komunikasi scara surat tu adalah lebih bernilai, coz kita rasa usaha nk menulis dan mengeposnya, dan surat tu pun leh kita simpan smpai bila2, dan of course kita akan rasa betapa bernilainya surat tu....rasa nk hidup je di zaman awal 90-an, coz sy lahir dlam dekad 80-an, so mmg merasa zaman sebelum lahirnya teknologi yg hebat2 zaman skrg ni......

technology is getting better and improve, but we are getting lazy......, 100% depends totally on technology...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 16# oni313

dulu2, sy rasa komunikasi scara surat tu adalah lebih bernilai, coz kita rasa usaha nk menulis dan mengeposnya, dan surat tu pun leh kita simpan smpai bila2, dan of course kita akan rasa betapa bernilainya surat tu....


Tapi masa tu memang tak suka dengan cara bersurat ni...
Kalau kat asrama, cikgu baca dulu...terpaksalah bf menyamar guna nama pompuan....
Ada sekali tu entah apalah nasib baiknya....cikgu bagi je surat dengan tak berbukak lagi....mungkin sbb dah nak cuti sekolah, cikgu malas dah nak tapis-tapis....boleh mamat mengong tu tulis segala rindu bagai dalam tu.... kalau cikgu bukak, memang kena cuci toilet seminggu lah pak Ngah oi......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 06:38 PM | Show all posts
assalamuailakum....chaintea, board ni pun, nama nya board kawan dan persahabatan, citer yg  ...
oni313 Post at 17-12-2011 16:29


ok2..my badsori ek
ikut suka TT la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:00 PM | Show all posts
Sambung lagi, TT. Kawan TT tu bapak poyo gila. Couple haram tapi berenggang dengan henpon seminit pun tak boleh. Panggil 'kawan rapat' dia manja, ucuk etc.. ugh, tahik kucing hoccay?!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:17 PM | Show all posts
assalamuailakum....chaintea, board ni pun, nama nya board kawan dan persahabatan, citer yg  ...
oni313 Post at 17-12-2011 16:29



    La, si chaintea tu bg pendapat dr pengalaman dia ja, ni sapa yg emo neyh? Hang ka kwn hang? Rasa mcm hang pon dah nk jd cm kawan hang ter emo la puloks, okeh, sambung balik cita hang, toksh dok sekerat2 ja, tgh syok baca ada plak kena tgu tgu episod,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060377 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list