CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Malam Genta Puisi

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gabungan persembahan penyair veteran dan muda meriahkan majlis\rMALAM Genta Puisi membuka ruang kepada peserta Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) III merehatkan minda dan menghayati keindahan bait serta lagu puisi yang dideklamasi di pentas selepas seharian berdiskusi mengenai isu masa depan mereka dalam dalam dunia kepengarangan tanah air.\r\n\n\n\n\rAcara anjuran bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur, bersempena PPMN) III yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember lalu  menggabungkan penyair hebat dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.\r\r\n\n\n\n\nPenyair kelahiran Pahang, Marsli NO, tampil dengan suara lantangnya menyampaikan puisinya, Selebriti dengan aksi beraksi selain puisinya, Selamat Malam Telefon, berkisar pada gangguan yang kerap dihadapi empunya alat perhubungan moden itu ketika mereka sedang lena dibuai mimpi, menyebabkan khalayak tersenyum sendiri.\rSelamat malam, telefon\raku tidak lagi mahu berkongsi \rnombor dan alamat denganmu.\rBiarkan aku sendiri\r\n\n\nkerana denganmu\raku tidak mahu lagi terpedaya\roleh bisik dan deringmu\ryang selalu memberikan bujuk\rdan janji angin.\rSejajar dengan PPMN yang menyerlah gagasan anak muda, Pelajar Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA, Nurul Nadiah Mohd Zaini, mendeklamasikan puisi, Lagu Anak Revolusi, karya Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 1993, Allahyarham Dharmawijaya (Dr Kamaruzaman Abdul Kadir) yang mengenengahkan suara generasi muda.\rAtas nama anak revolusi\ryang bertaut cita dan cinta yang gigih dan berani\rtelah gemuruh sumpah dari satu angkatan\runtuk melimpah tuah dipinta sejarah kehidupan.\rYa, lagu anak revolusi\rsederap memecah tembok tradisi dan tragedi\rlagu anak revolusi\rberlalu hari telah sedia memberi bakti.\rPenulis kelahiran Sabah yang berwajah lembut dan mencuri pandangan, Dayangku Mastura Pengiran Ismail, tampil mendeklamasikan puisi Sasterawan Negara (SN) Ke-6, Prof Dr Muhammad Salleh, berjudul Terima Kasih yang ringkas, tetapi penuh makna tersirat mengajak masyarakat mensyukuri nikmat Allah SWT.\rTerima kasih\rwahai pencipta ruang\ryang mengelap langit dan udara.\rTerima kasih\rwahai pendandan\ryang melukiskan saujana.\rTerima kasih \rwahai cahaya \ryang melorek bayang dan \rmemberi wajah pada rupa.\rUsai persembahan Dayang, Setiausaha Agung, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang juga penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2011, SM Zakir, bercerita mengenai pengalamannya di Sabah menerusi puisinya, Membakut, yang ditulis pada Februari lalu ketika mengadakan lawatan ke daerah itu, Januari lalu.\rKita tidak pernah tahu bahawa antara laut dan pantai\rsebenarnya tidak pernah ada sempadan\rbuih-buih ombak masih tertinggal di pasir basah\rketika kita mencari-cari kerinduan\rdari benak yang ngilu tertusuk duri.\rKedinginan malam itu terus dirasai dengan alunan puisi oleh Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ariff Mohamad, dengan penuh gaya dramatik, membuai khalayak menerusi karyanya, Berpuisi Dalam Hujan, mengusik nubari setiap cuping yang mendengarnya.\rHujan bagai cetusan ironi, menggores\ryang terkoyak bukan cuma hati malah alur fikir\ryang menjerit hanya batin, tetapi mulut terkunci\ryang terlimpah danau sabar\rmenuju empangan kerinduan bererti.\rKemuncak persembahan menjadi milik Kelab Deklamator Malaysia yang dianggotai Lin Haslinaz, Norazimah Abu Bakar, Amran Ibrahim Rashidi dan Haryani Haron, mencuri perhatian dengan persembahan puisi, Raja Haji, karya Ahmad Sarju; Mencari Wira (Dr Mohamad Saleeh Rahamad) dan Aku Seorang Cucu Datuk Merah (Wan Ahmad Wan Ismail), sambil diiringi tiupan seruling dan gesekan biola yang mengasyikkan.\rAngin bagai menyusur aspal\rmenyusup di jendela\rdan singgah di hati\rdi sini kehidupan keras\rarus peradaban deras\rkita berlari bagai pemburu lelah\rmengejar hari\rmemintas waktu\rpenentu berdiri atau rebah.\rAcara turut diserikan dengan persembahan penyanyi lagu puisi yang pernah beraksi dengan Orkestra Filharmonik, Taheera Rosheena Mohamed, yang melagukan puisi  Rindu Ibu dan Khazanah karya Sasterawan Negara Ke-4, Datuk (Dr) A Samad Said serta Arif Fadilah dengan kumpulannya, Kumpulan Kawan yang mewakili Institut Pendidikan Guru (IPG).\rSuara merdu anak Sarawak, Mohamad Faizal Jamil dari Kumpulan AKIRA (Aku Kembarakan Irama Rasa Akarku) dan juga ahli Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA), melagukan Sekuntum Mawar Biru, mendapat sambutan hangat daripada khalayak.\rTidak ketinggalan majlis turut diserikan dengan persembahan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh; Pengarah PPMN  2011, Muhammad Lutfi Ishak dan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2010, Zaen Kasturi.\rPenyair wanita dari Sabah, Ony Latifah Osman dan Rita Robert Rawantas; Pensyarah Fakulti Penulisan ASWARA, Mohd Ridzuan Harun, selain gadis cilik dari Jepun yang sedang mengikuti Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Yukari Noguchi, turut memeriahkan majlis.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.527792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list