View: 209|Reply: 0
|
Kem Bijak TaHa 2011 terus dapat sokongan
[Copy link]
|
|
PROGRAM pembangunan modal insan anjuran Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menerusi Kelab TaHa mendapat kepercayaan ibu bapa untuk terus menghantar anak mereka menyertainya.\rKepercayaan itu turut disokong pihak penaja menerusi pelbagai sumbangan bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertainya.\r\n\n\n\n\r Usaha murni Tabung Haji itu mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, menerusi persetujuan untuk terus menyalurkan dana bagi menjayakan Kem Bijak TaHa 2012.\r\r\n\n\n\n\n Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkata, persetujuan bersandarkan kepada kejayaan program berkenaan yang dapat membimbing peserta ke arah kecemerlangan sahsiah.\rTahun depan, katanya dia akan memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi menaja penyertaan 160 pelajar sekitar Titiwangsa terutama yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.\r“Saya akan mendapatkan maklumat pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Perumahan Awam Seri Perlis 2 Dato Keramat, PPR Cocraine Perkasa serta Penduduk Desa Pandan Blok A dan B untuk menaja mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Kem Bijak TaHa 2011 Wilayah Tengah di pejabatnya, baru-baru ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|