|
PROGRAM \'Reach and Teach\' anjuran Yayasan Pembina Masyarakat (CBF) dan MIC memberi manfaat kepada 4,047 pelajar sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara.\rPengerusi CBF, Datuk G Palanivel, berkata program berkenaan bermula April lalu dan mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.\r\n\n\n\n\r Aktiviti berkenaan kata beliau, membabitkan 25 buah SJKT di semenanjung iaitu 16 sekolah kategori sekolah bandar manakala bakinya luar bandar.\r\r\n\n\n\n\n “Daripada jumlah 4,047 itu, seramai 2,050 pelajar adalah dari kelas pemulihan dan 1,997 lagi pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya ketika melancarkan program berkenaan di SJKT RRI, Sungai Buloh, baru-baru ini.\rBeliau yang juga Presiden MIC berkata, program berkenaan turut membabitkan 489 tenaga pengajar bagi menguruskan bengkel dan seminar kepada pelajar berkenaan.\rKatanya, CBF akan menyumbang sebahagian kos bagi mengendalikan program berkenaan.\r“Pelajar akan didedahkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Semua kelas ini diadakan dua kali seminggu, selama dua jam setiap sesi. Ia akan bermula selepas waktu persekolahan sebenar tamat.\r\n\n\n\r“Setiap pelajar dikehendaki menghadiri 15 sesi kelas dengan 15 set modul yang disediakan kementerian. CBF turut membekalkan alat tulis dan modul latihan kepada peserta,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|