CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11949|Reply: 38

Kurang bernafsu....

[Copy link]
Post time 28-12-2011 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Camne ek...nk naikkan blik nafsu kat hubby...bla berat badan mnurun..slalu lesu..mood nk 'bersama' pun kureeeng....kesian kat hubby slalu ditolak...dh try mcm2 produk ksihatan...sminggu 2 je ok...pastu down balik...bertambah stress bla breast mkin mngecil..dah rasa makin xmngamcam...pakai mcm2 produk kejap je montop...bla xpakai still balik mcm asal...sedeyyy wwoooo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 11:56 AM | Show all posts
hang salah post ni...


pi try tanya kt bod tanya wanita or petua
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 01:27 PM | Show all posts
sedihnye kat tt...gi la bercuti  kat mane2 berdua je...kat krabi ke...tgk mood naik mencanak2 mane la tahu...tt stress nie...kene gi realease dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 01:32 PM | Show all posts
aah,try la g becuti
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 03:21 PM | Show all posts
try amalkn pemakanan yg sihat dan aktiviti riadah yg sihat. mental pun sihat, jgn stress. keep everything natural. tak elok pakai byk jenis produk yg pelik2 dlm tv tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 04:21 PM | Show all posts
cuba la sll goda dia..peluk2 dia ke..mgkn ada perubahan nnt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2011 05:02 PM | Show all posts
Camne ek...nk naikkan blik nafsu kat hubby...bla berat badan mnurun..slalu lesu..mood nk 'bersama' p ...
Sayang_siqaseh Post at 28-12-2011 11:56



pergi le berurut....
buang angin2 dlm bdn tu....
betulkan peranakan....
makan jamu....
pergi spa manja kan diri....
pergi hanemon.....berdua..
hati mesti selalu tenang....
otak kosong tanpa memikirkan apa2....
baru itu rasa ade mari...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 07:35 PM | Show all posts
Hehehe, mayb hubby TT dah kurang menarik kot? Try suruh dia shape up semula n bergaya mcm masa mula2 kawen dulu... Lagi satu mayb TT ni stress kot? Lagi satu pemakanan pun kena jaga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 1# Sayang_siqaseh


    act saya pun lebih kurang macam awak jugak,saya pun kurang bertenaga sekarang,leps tu breast mengecil,segan kadang2 dengan asben kan.

awak kena kreaktif kan masa bersama tu,supaya awak tk bosan.contohnye dalam bilik air ke,kan sejuk tu mandi sama2 awak gosok dia,dia gosok awak,masa dalam bilik air tu awak akan rasa bertenaga,try la memang ok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:33 PM | Show all posts
..ni bukan iklan.. tp pengalaman sendiri.. Jamu Mak Dara banyak membantu.. cuba la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 05:10 PM | Show all posts
Reply 3# niezam_cs


   tu la..probs nya..kdg2 tu dah siap smggu nak plan p bcuti...bla esoknya nk p mlm tu dah bgtau kat mak nk tggalkan ank jap (sbb ank mak jaga) dlm 1-2 hari...alih2 mak n adik2 siap packing beg nak ikut kitaorg...hubby plak jenis xbyk ckp..so,dihangkutlah semua kaum kerabat yg ada...slama bkahwin xpnh lagi la p honeymoon berdua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 10# mieciput


   Betul ke...???ade effect lain x...???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 9# PitPot


   Hurm...xkan slalu nk mandi bsama kot...ank plak makin mbesar...segan plak kat ank...dlu pnh pakai breast cream,mmg ok..lpas stop dia still kecik blik...skrg ni xtau knapa berat badan makin menurun..kerempeng je...but,thanks for ur idea....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 05:23 PM | Show all posts
pergi le berurut....
buang angin2 dlm bdn tu....
betulkan peranakan....
makan jamu....
per ...
aliaa Post at 29/12/2011 17:02



   sbulan skali msti p ngurut..mmg xde probs...tp,tu la..'keinginan' tu xbrape nak ade la...slalu hubby je yg petik 'suis' dlu...kdg2 tu TT nak ngan xnak je 'tndakbalas'...adusss...berdosanya aku....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply 1# Sayang_siqaseh

Sharing Article (Kopipes)Credit to: pakarhowto.com




Kelmarin ada seorang pembaca setia blog pakar (nama dirahsiakan atas permintaan) meminta saya berkongsikan artikel di bawah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua, katanya. Bacalah yer

Petua Menggoda Suami di Usia 40
ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal – yang memang jelas ada bezanya – tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:20 PM | Show all posts
... sambungan (Sharing Article (Kopipes)Credit to: pakarhowto.com
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cun-melecun’ seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.


Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.


Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: “Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau: “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?”


Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Sekian, semoga bermanfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 09:59 PM | Show all posts
kena wat terapi aura kot. buang aura negatif dan kembalikan aura positif. jangan pandang rendah dengan rupa bentuk fizikal kita. kalau badan kita tak secantik supermodel pun, kalau kita sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri, pasti mood ceria akan kembali. kalau nak mengelakkan kelesuan badan tu, mungkin dengan sedikit aktiviti fizikal/riadah boleh membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:16 PM | Show all posts
Penat,stress bekerja kot...petua...rehat,tidur secukupnya.makan madu,habbatul sauda,garlic..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:39 AM | Show all posts
naper tetibe berat bdn ko turun? ko sakit kah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:07 AM | Show all posts
Reply 11# Sayang_siqaseh


    tt dh tahu sikap mak mcm 2 lain kali jgn nk rancang2 sgt...agak2 nk gi terus je....kalu bende nk rancang nie kdg2 ade yg spoil... pg la honeymoon...naikkn semangat bersama kembali...bgs utk perhubungan suami isteri...kenang blik sejarah mude2 bercinta dlu...musti best..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.524921 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list