CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

UniKL terajui teknologi komputer 3D, PLM

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) muncul sebagai peneraju teknologi komputer tiga dimensi 3D dan Produk Pengurusan Kitaran Hidup (PLM) di negara ini menerusi kerjasama syarikat terkemuka di Eropah.\rUsaha itu diterjemahkan dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Dassault Systemes SA (Dassault), syarikat global yang berpangkalan di Velizy-Villacoublay, Perancis bagi menawarkan latihan profesional di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r  Pengerusi UniKL, Datuk Dr Adham Baba, berkata Dassault akan membekalkan kurikulum, tenaga pengajar dan teknologi kepada UniKL bagi program latihan selama 10 bulan.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, universiti itu turut menawarkan latihan dan kelas profesional yang mengandungi 10 modul.\r“Kelas akan diadakan pada hujung minggu di Kampus Kota UniKL, Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur, kerana kami mensasarkan program untuk golongan bekerja terutama graduan teknologi komunikasi maklumat.\r“Lulusan program ini akan menerima sijil profesional yang diiktiraf di seluruh dunia dan mereka boleh bekerja di syarikat terkemuka,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rPresiden UniKL, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri dan Naib Presiden Eksekutif Dassault, Bruno Latchague menandatangani MoU itu mewakili institusi masing-masing.\r\n\n\n\rHadir sama Atase Pendidikan Tinggi dan Sains Kedutaan Perancis ke Malaysia, Dr Mathieu Guerin.\rSementara itu, Latchague berkata, Dassault menawarkan teknologi 3D dan PLM terkini untuk kegunaan latihan kejuruteraan serta projek profesional bidang terbabit.\rKatanya, teknologi berkenaan penting bagi memudahkan tugas jurutera dan memberi kefahaman kepada kumpulan profesional lain yang terbabit dalam sesuatu projek kejuruteraan.\r“Teknologi ini menyumbang kepada rangkaian kerja kejuruteraan dan penting untuk perkembangan masa depan latihan tenaga kerja dalam bidang berkaitan.\r“Dassault berharap dapat membantu Malaysia melahirkan sumber manusia bertaraf global menerusi latihan profesional ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.269922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list