CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Azam patut seimbang usaha cari reda Ilahi

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KITA sekali lagi diberi peluang melangkah kaki ke tahun baru Masihi 2012. Sama ada  sedar atau tidak, kedatangan tahun baru   menandakan usia  meningkat dan kita kian menghampiri saat kematian.\rSudah menjadi tradisi, apabila tiba tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat baru, diari baru dan segalanya baru. Sebenarnya dalam Islam tiada istilah tahun baru atau  lama kerana kita sentiasa dituntut    taat kepada Allah  setiap masa, dari awal tahun hingga akhir tahun, daripada umur baligh hingga ke liang lahad. \r\n\n\n\n\rFirman Allah SWT dalam Surah al-Hijr, ayat: 99 yang bermaksud “...dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepada kamu kematian...”. Tidak menjadi kesalahan apabila   budaya menyambut tahun baru ini kita selarikan dengan kehendak dan tuntutan syarak. Justeru, kita sepatutnya lebih mengutamakan kebaikan, menjauhi kejahatan,  amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam  gerak kerja.\r\r\n\n\n\n\nKita wajar sentiasa bermuhasabah   setiap masa agar menepati saranan dituntut Allah SWT supaya  menjadi hamba yang taat kerana ini asas  yang perlu dibina dalam mencari tujuan hidup sebenar iaitu beribadat kepada Allah SWT bukan  mencari keseronokan duniawi semata-mata. Firman Allah SWT dalam surah azd-Dzariyaat, ayat 56 yang bermaksud: “dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”\rSetahun berlalu  pasti melakarkan catatan penting yang boleh dijadikan   iktibar. Jika  tahun lalu, banyak kepincangan dalam hidup kita   secara disengajakan atau tidak, maka  tahun ini kita berazam  tidak mengulangi  kepincangan  sama. \rJika  tahun lalu kita menempa  kejayaan, maka  tahun ini biar kita mencipta kejayaan  lebih baik    kerana seseorang Muslim  sentiasa mengarahkan diri  ke arah  lebih baik, seperti kata Saidina Umar: “Celakalah bagi  Muslim yang hari ini lebih buruk daripada semalam dan esok lebih buruk daripada hari ini.”\rSesuatu  yang  lumrah, tahun baru  sering dikaitkan dengan soalan, apakah azam dan cita-cita tahun baru? Golongan artis  pasti  memasang azam  lebih cemerlang dalam lagunya   dan menghasilkan filem atau album  lebih meletup.\r\n\n\n\rAhli perniagaan pula  bercita-cita  mengembangkan  perniagaan  agar mendapat keuntungan  berlipat  ganda, manakala ahli sukan menggandakan lagi usaha menempa nama negara di mata dunia.\rAmat jarang  kita dengar, orang menyuarakan cita-cita  menjadi hamba Allah  lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara syumul.\rTidak salah  menanam azam tetapi biar seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha bersungguh-sungguh perlu disusuli supaya  azam  menjadi realiti. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud: “Maka apabila engkau berazam,  bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”\rPerkara lain yang perlu diberi perhatian serius  ialah pengisian sambutan tahun baru. Kita   bimbang dan sedih apabila  melihat sambutan tahun baru sering dicemari dengan upacara   penuh unsur maksiat yang jelas menyalahi hukum dan menyimpang daripada adat dan budaya  Melayu.\rAda   pihak menganjurkan sambutan   dengan acara nyanyian yang melalaikan, minum arak dan pergaulan bebas. \rPenganjuran seumpama ini membuka satu lagi ruang bagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Maka sudah   muda-mudi yang  dahagakan hiburan akan terpikat dengan program  ini. Maka terlena dan hanyutlah mereka sehingga ada yang tenggelam dalam maksiat. \rSepatutnya tahun baru disambut  penuh rasa syukur kepada Allah dengan berdoa atau menganjurkan majlis ilmu yang boleh membina   minda untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita  jadikan tahun baru ini  titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW \rDiharapkan juga  tahun baru ini  menjadi tahun kegembiraan. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu  selari kerana kejayaan tidak  datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.\rPenulis ialah  guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.102948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list