CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3722|Reply: 32

Sharifah Shahira Kecewa Asyik Pegang Watak Komedi..

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:35 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira memberitahu dia ingin kembali melakonkan watak serius dan bukannya tertumpu kepada peranan sebagai pelakon komedi semata-mata.

Shira berkata, dia sudah lama memasang hasrat untuk kembali mempelbagaikan wataknya dalam dunia lakonan tetapi kecewa kerana tidak lagi ditawarkan oleh pihak penerbit.



"Sekarang orang lebih nampak saya sebagai seorang pelakon komedi walaupun pada asasnya saya bermula dengan watak-watak lebih serius.

"Mungkin sebab itu pihak penerbit tidak lagi mahu menawarkan watak yang lebih serius kepada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Shira bagaimanapun berkata, dia tetap bersyukur dengan segala tawaran diberikan kerana itu adalah sumber pendapatannya dan dia tidak boleh terlalu memilih.

Pelakon berusia 37 tahun ini pernah popular dengan siri Mat Despatch selain pernah membintangi filem Femina dan Cinta Kita di samping pelakon Datin Sofia Jane dan Arman Graseka pada awal 1990-an.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru dirinya, Shira berkata, dia bakal sibuk dengan beberapa penggambaran drama dan telefilem selain akan menjalani latihan untuk pementasan teaterikal Bila Hati Digeletek di Istana Budaya pada September depan.

Shira berkata, dia teruja dengan persembahan tersebut kerana ia menggandingkan ramai nama besar dalam industri komedi negara ini di atas satu pentas sama.

"Pertama kali ramai pelawak terkenal tanah air akan bergabung dan berpadu tenaga untuk satu persembahan hebat di Panggung Sari, Istana Budaya dan saya cukup teruja dengan persembahan itu nanti," ujarnya.

Terdahulu, Shira mengesahkan akan meninggalkan Suria FM kerana kontraknya bersama stesen itu akan berakhir pada 24 Januari ini.

Shira berkata, selain soal kontrak, keputusan untuk meninggalkan stesen itu adalah kerana dia mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seninya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 11:32 AM | Show all posts
suke die kalo mengacare..kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:48 AM | Show all posts
teringat dia berlakon serius dulu2 ngan rambut kerinting masa anak dara...yela kan penat dia melawak kat drama/jadi pengacara tapi yang menang ttp norkhiriyah (mana tah yang kelakarnya)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:07 PM | Show all posts
bagi aku dia ni garang la...kalau dia buat lawak pun lawak yang garang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:31 PM | Show all posts
x sangka pulak dia ni boleh bwa watak siyes... tp mek suka kalo dia belakon komedi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:45 PM | Show all posts
rindu nak tgk mengacara....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 12:46 PM | Show all posts
aku suka tgk dia mengacara mangkuk tingkat kt tv9. ada jemput artis/selebriti masak utk peminat dorg. pd aku rancangan ni dan pengacara dia waaayyy better than ketuk2 ramadan yg suka2 terjah org dan ada unsur2 paksa plak tu pastu bahasa sheila rusly kekdg mcm merendah2kan artis/selebriti yg diterjahnya.

klu boleh aku nk sgt shira mengacara NONA plak tahun 2013 ganti fafau dan neelofa. ada la unsur2 humor skit takde la nk control ayu je rancangan tu. bosan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:00 PM | Show all posts
cantik shira ni..walaupun mcm garang sket...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 01:18 PM | Show all posts

Sharifah Shahira Kecewa Asyik Pegang Watak Komedi..

kerje DJ short working hours.. tapi bila kontrak tak di renew terpaksa la cari haluan baru..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:28 PM | Show all posts
suka sh shahira time dia mgacara
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:29 PM | Show all posts
ok la jgk die ni brlakon...tp lg suke kakak dia si lin brlakon...sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 02:27 PM | Show all posts
iols suka dia mengacara dari jadi dj.tahape2 tah.pair pulok dgn HO.lagi nan hadoo
baguslah beliyau tak renew contract.leh fokus mokus belakon pulak lepas nihh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 02:30 PM | Show all posts
bajet kalo belakon siyes, bleh hebat cam ND la tu.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:15 PM | Show all posts
alah, kira orait la tu org amik gak ko berlakon...daripada takde langsung??
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:19 PM | Show all posts
aku pon minat gak... sompoi je cra dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:06 PM | Show all posts
x pernah tengok dia bawa watak serius ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 05:13 PM | Show all posts
dia bermula dengan mat despatch... berlakon dengan raja azura, ijoi laki dia tu.., rusdi ramli.. masa tu.. watak bukanla watak komedi.. tapi skrip dia bersahaja... antara drama bersiri yang top la dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:26 PM | Show all posts
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira memberitahu dia ingin kembali m ...
freekey Post at 4-1-2012 09:35



dah dapat offer tu pun dah cukup baik. ko bukannya muda bergetah lagi nak dpt offer jadi  budak skolah baru nak blajar bercinta terkejar2 naik basikal atau budak u anak orang kaya bercinta ngan anak penoreh getah.

nak berlakon jadi mak2 pun jenuh gak mekap retis nak solek jadi tua. so sementara blom betul2 tua dan dpt watak nenek2, bersabar ajalah ngan watak komedi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:39 PM | Show all posts
Bersyukurla noks sbb org suka u blakon komedi
Kalo blakon serious org xminat watpe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 06:39 PM | Show all posts
Reply 1# freekey

tu la..sape suh asik beranak jah (ttiba)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085857 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list