CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5326|Reply: 53

Kerana Serik, Remy Enggan Layan Kontroversi..

[Copy link]
Post time 5-1-2012 08:43 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak,30, bertekad untuk tidak melayan apa juga perkara yang boleh menimbulkan kontroversi pada tahun 2012 kerana sudah serik dengan pelbagai kisah sensasi seperti yang berlaku sebelum ini.

Remy berkata selama ini dia telah melakukan kesilapan apabila terlalu melayan cerita-cerita tersebut sehingga memburukkan namanya sendiri.

“Pada tahun 2012 saya berjanji kepada diri saya untuk tidak lagi memperkatakan sesuatu yang boleh mengundang kontroversi. Saya nak fokus kepada kerjaya saya sahaja. Saya tak mahu lagi melalui peristiwa-peristiwa seperti dahulu,” jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.



Antara kontroversi yang pernah melanda Remy apabila dia dikatakan mula besar kepala, sudah pandai “demand”, pergaduhannya dengan Ummi Nazeera, perselisihan faham dengan wartawan serta percintaannya dengan Tiz Zaqyah.

Remy berkata, kadangkala ada pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi sehingga membuatkannya “panas hati” atas tujuan untuk menghangatkan suasana.

Atas pengalaman itu ujar Remy dia mengambil pendekatan untuk melakukan perubahan terhadap hidupnya supaya perkara-perkara negatif tidak lagi terjadi dalam dirinya pada masa akan datang.

“Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu. Kadang-kadang sesuatu perkara yang tidak patut kita fikirkan, kita tak perlu memikirkan hal itu,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Remy sibuk dengan penggambaran filem aksi berjudul TyIcKooUnS (disebut taikun) di Negeri Sembilan bersama beberapa pelakon lain antaranya Bront Palare, Arman Graseka, Usop Wilcha dan Aaron Aziz.

Filem yang mengisahkan aktiviti rasuah dan pembunuhan ini banyak menggunakan aksi ngeri yang dilakonkan sendiri oleh Remy.

“Banyak adegan aksi yang diberikan. Saya tidak gunakan pelakon lagak ngeri. Saya lebih selesa melakonkannya sendiri,” jelasnya.

Kekasih kepada Tiz Zaqyah ini berkata, dia bersyukur sepanjang tahun ini rezekinya dalam bidang seni datang mencurah-curah sehinggalah beberapa tawaran drama untuknya terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual penggambaran filem.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 08:45 AM | Show all posts
bagus lah bukan boleh layan tu semua ...kalau aku sekali pun apa org kata aku biar mereka kata aje last terkena muka sendiri bila benda tu tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:56 AM | Show all posts
mungkin die nak berubah setelah raser ramai yang "hilang" dari hidupnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:00 AM | Show all posts
mungkin die nak berubah setelah raser ramai yang "hilang" dari hidupnyer...
samshik Post at 5-1-2012 08:56


'hilang' ape mksd mek sam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:01 AM | Show all posts
hensemnya remy dlm gambo tuh.....dah masuk 30 umo heols.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:03 AM | Show all posts
bagus larr dah xnk layan gosip2 yg mengarut tuhh
fokus pada kerjaya jek keyh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 09:06 AM | Show all posts
'hilang' ape mksd mek sam....
lonso Post at 5-1-2012 09:00



    kadang2 sebab busy .. kiter akan ilang kawan, ilang praibesi ilang masa utk lepak and gelak2 berjemaah.. nampakla die cuba utk kembalikan diri die yang dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:07 AM | Show all posts
good luck for 2012............
dan semoga cepat kawen..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:07 AM | Show all posts
tpkn nape aku rs remy lg sesuai dgn maya karin yer dr tiz....
hehehe....juz an opinion....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:11 AM | Show all posts
Selain itu, kalau boleh .. buang la perangai "berangin" tu sama .. Orang lain pun penat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:11 AM | Show all posts
kadang2 sebab busy .. kiter akan ilang kawan, ilang praibesi ilang masa utk lepak and gela ...
samshik Post at 5-1-2012 09:06



phm meks sam. apa2 hal iols menyokong abg remi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:13 AM | Show all posts
Selain itu, kalau boleh .. buang la perangai "berangin" tu sama .. Orang lain pun penat jugak
haiku Post at 5-1-2012 09:11



    harapnyer mcam tu la .. tu yang die delete twitter katernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:13 AM | Show all posts
phm meks sam. apa2 hal iols menyokong abg remi
lonso Post at 5-1-2012 09:11



    mek pun sama... sebab die la mek kat sini jugak .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:20 AM | Show all posts
bagusla.....kawen cepat pun takpe....dah buhsan baca citer ngko...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:21 AM | Show all posts
mek pun sama... sebab die la mek kat sini jugak .. hehe
samshik Post at 5-1-2012 09:13


ishk..ishkk..mek..tak paham..nape plak pasal remy mek kat sini??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:26 AM | Show all posts
ishk..ishkk..mek..tak paham..nape plak pasal remy mek kat sini??
beatgirlX Post at 5-1-2012 09:21



    kan dulu mek gegila pollow CUN sebab abe remy arr... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:56 AM | Show all posts
kdg2 die ni aku tgk cam bangla la plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:01 AM | Show all posts
Reply 17# rimau_belang

Aku pun rasa camtue juga kdg2...tapi aku suka dia..hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:21 AM | Show all posts
rasanya dia pun mcm dah sendu skrg
tahun ni tahun utk Beto & Johan Asari
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:33 AM | Show all posts
Reply 19# immortallez

Tapi byk nokss filem die release tahun nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.074270 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list