CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

PROTON sahkan rundingan dengan General Motors Corp

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN pengurusan Proton Holdings Bhd (PROTON) mengesahkan ia sedang berunding dengan General Motors Corp (GM), namun begitu ia masih pada peringkat awal dan tidak mendedahkan  butiran lanjut.\rDalam  makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pengeluar kereta nasional itu berkata, pihaknya akan membuat pengumuman seterusnya jika ada  perkembangan lanjut mengenainya. \r\n\n\n\n\r  Pendedahan itu dibuat PROTON susulan laporan media baru-baru ini mengaitkan bahawa ia kini sedang mengadakan rundingan dengan gergasi automotif yang berpangkalan di Detroit, Amerika Syarikat itu mengenai kemungkinan menjual peratusan kepentingan pemilikannya dalam kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, Perak.\r\r\n\n\n\n\n  Sementara itu, PROTON turut mengesahkan  Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sudah menghantar bidaan kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk mengambil alih ekuiti milik sayap pelaburan kerajaan itu dalam syarikat kereta nasional berkenaan.\rSyarikat itu menjelaskan, Mohd Nadzmi hanya bertindak atas kapasiti peribadinya sebagai  individu ketika membida ekuiti milik Khazanah di dalam PROTON.\rKatanya, Mohd Nadmi juga sebelum ini turut  memaklumkan kepada Lembaga Pengarah berhubung niatnya untuk membuat tawaran belian 42.7 peratus saham milik Khazanah dalam PROTON.\r“Datuk Seri Mohd Nadzmi ingin menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah melahirkan kebimbangan mengenai khabar angin yang berterusan yang boleh menghalang hala tuju strategik syarikat, khususnya kumpulan yang terbabit dalam mewujudkan kerjasama berpotensi dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) antarabangsa.\r\n\n\n\r“Seperti  dinyatakan sebelum ini, keputusan  mengemukakan tawaran itu dibuat sepenuhnya atas kapasiti peribadi beliau sebagai seorang individu. \r“Penggunaan perkataan ‘pengambilalihan oleh kumpulan pengurusan’ (MBO) adalah benar dalam erti kata merujuk kepada niat Datuk Seri Mohd Nadzmi untuk mengekalkan kebanyakan pasukan pengurusan sedia ada jika usahanya berjaya,” jelas PROTON.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194972 Replies : 4522
IKAN PALING CANTIK DI DUNIA
zasrfikriIKAN PALING CANTIK DI DUNIA
Views : 12674 Replies : 2
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16443 Replies : 49
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30484 Replies : 162
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10758 Replies : 56
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30157 Replies : 182
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113095 Replies : 486
patung singa
ainacutepatung singa
Views : 3958 Replies : 34
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6887 Replies : 48
Hipokrit zaman sekarang
chaconHipokrit zaman sekarang
Views : 4379 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052905 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list