View: 53558|Reply: 351
|
Mimpi Pelik Bertemu Wali
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amirezu at 14-1-2012 13:19
Assalamualaikum forumer sekalian. Dah lama sebenarnya peram cerita mimpi aneh ni. Dua tiga kali fikir nak tanya/kongsi kat sini ataupun tak. Lepas bincang dengan sorang kawan yang juga forumer kat sini, dia kata cuba je bukak cerita, boleh dengar pendapat orang lain. Jadi dengan rasa rendah diri tanpa sebarang niat bangga, saya nak kongsi / mintak pendapat tentang mimpi aneh yang saya alami sejak tingkatan 5 dulu.
Mimpi aneh ni sebenarnya berlaku 3 kali tapi bukan mimpi yang sama. Saya cerita mimpi yang pertama dulu.
Mimpi Pertama
Masa saya tingkatan 5 dulu saya pernah bermimpi berada di satu kawasan lapang dan berkabus. Ada peristiwa awal dalam mimpi tu tapi saya dah lupa. Yang saya ingat, saya didatangi seorang pakcik dengan pakaian jubah putih dan berjanggut putih. Wajahnya biasa2 je. Kalau nak dikira umur mungkin sekitar 60 tahun.
Pakcik tu bercakap dengan saya, "Carilah Abdullah Tehrani..." Lepas tu saya terus tersedar. Merewang2 fikiran saya memikirkan siapa Abdullah Tehrani? Kalau Faizal Tehrani tu kenallah.
Ada siapa2 kat sini yang kenal Abdullah Tehrani? Saya tak ada idea maksud mimpi tu. Sama ada ianya betul2 satu petunjuk atau sekadar mainan tidur. Masa tu saya anggap cuma mainan tidur jadi mimpi tu saya abaikan....hinggalah saya bermimpi aneh sekali lagi pada 8 & 9 September 2011 yang lepas. Dua mimpi ni la yang buatkan saya jadi nak tahu apa makna mimpi ni sebenarnya. InsyaAllah saya akan cerita nanti dua mimpi ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by neory at 8-1-2012 03:25
cuba ko search kat google. tak pun kat Facebook Abdullah Tehrani.
kalau dapat harta pusaka dari Abdullah Tehrani, jangan lupa bagi 2. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi tt nih... nak cerita tapi sekerat jalan............
kalo nak cerita... abiskan la...... kalo tak lapang...tunggu la kelapangan baru crita
|
|
|
|
|
|
|
|
mimpi tu blaku TT dlm keadaan besih? tmpt tdo dan pakaian? |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya ada maksud tersirat dlm mimpi tu..
hehe..mcm dlm cerita 3 abdul plakk.. pegi la cari sulaiman akhlaken.. dia seorang peguam pembela.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# anniez08
hakak anniez potong stim ahhh
tengok orang dah gelak, baru nak serem-serem tegak bulus |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# neory
dah search tahun lepas...takde result. kat facebook tak search lagi. macam kelakar lak nak search kat facebook tapi why not try kan hehe. terima kasih bagi idea |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# perembes
hehe. sabar. mimpi ni ada 3, kena la cerita satu per satu. mimpi pertama ni tak berkait sangat dengan mimpi lagi dua. insyaAllah malam karang saya update mimpi yang kedua. baru balik ni, badan bau masham mandi dolu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# ariapersanta
tak berapa ingat. kalau tak silap, mimpi tu datang semasa saya tido petang lepas balik sekolah. sama ada dah solat Zohor atau belum. mungkin belum kot zaman budak2 dulu jahil sket hehe |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya ada maksud tersirat dlm mimpi tu..
anniez08 Post at 8-1-2012 12:47
harapnya ada yang pandai tafsir mimpi ni. manalah tau kot2 betul ada yg tersirat |
|
|
|
|
|
|
|
Tanyalah kat Feisal Tehrani....
Manalah tau Abdullah Tehrani tu abang sulung beliau ke....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# jazaa
haha. terlintas gak hari tu mungkin saudara dia. tapi seganlah nak kontek dia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amirezu at 9-1-2012 01:43
Mimpi Kedua
Ok saya sambung kisah mimpi aneh saya. Mimpi ni berlaku pada malam 8 September 2011.
Saya berada di satu kawasan asing. Mula2 macam takde orang...bila saya teruskan berjalan akhirnya saya sampai perkampungan orang siam atau pattani. Saya tanya arah nak ke suatu tempat. Orang kampung tu tunjuk satu jalan antara dua. Saya ikut jalan yg dia tunjuk.
Masa jalan tu saya sampai satu bangunan. Kat bangunan tu ada banyak pintu. Setiap pintu ada orang tengah buat sex. Macam rumah pelacuran. Sorang pelacur ajak saya free tapi saya tolak...terus ikut langkah kaki.
Dipendekkan cerita, saya ziarah makam seorang wali tapi tak tau namanya. Kemudian ke satu lagi makam wali yg biasanya ditutup tapi hari tu saya dapat masuk dengan senang. takde buat apa pun, sekadar ziarah. yg bawak saya ziarah tu sorang remaja pelajar tahfiz. Lepas tu saya tersedar.
Mimpi tersebut saya tak ambik kisah sangat sebenarnya sampailah saya mimpi pada 9hb esoknya lepas saya ke Danau Tok Uban dengan sorang member. Mimpi ketiga ni lagi jelas, pun mimpi wali tapi dia bagi satu mesej kat saya. Nanti saya sambung mimpi ketiga ni. Penat weh taip guna hp ni huhu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cepat update TT.. tak sabau lak nak dengar mimpi ke-3 tu..
kadang2 sesetengah mimpi ni memang ada maksud tersirat kot.. aku tak pernah mengalaminya tapi my hubby pernah.. dia mimpi sorang ustaz.. ustaz tu suruh dia tanya aku, sama ada nak bagitau dia apa2 tak.. masa dia cerita pasal mimpi tu, aku memang terkejut gile sebab memang aku ada something important nak bagitau dia tapi tak berani dan ragu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amirezu at 9-1-2012 21:17
Fuh, penat sampai takleh nak tido sebab badan berpeluh tengah2 malam cenggini. Bertarung nak tidokan anak umo setahun tadi. Biasanya tak banyak songeh macam ni. Ni nak duk dalam kereta pukul 12 tengah malam apa cite huhu.
Ingat nak sambung esok tapi alang2 dah takleh tido ni saya update awal pagi ni jugak.
Mimpi Ketiga
9 September 2011 saya dengan sorang kawan ke Danau Tok Uban yang dikatakan satu tempat yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Ada thread panjang lebar pasal ni kat forum ni. Lepas khatam baca thread tu la saya decide nak ke Danau Tok Uban. Betul kata orang, tempat tu tenang tapi rasa macam diperhatikan.
Kitorang balik dalam pukul 6:30 petang sebab cuaca dah mendung sesangat. Elok je keluar dari kawasan masjid Tok Uban tu (masjid Brunei Darussalam) angin punyalah kuat. cuaca pun dah macam malam dah. Risau ada pokok yg tumbang kat tengah jalan. Dah la jalan Kg. Chenok tu muat 1 kereta je, redah hutan lagi. Tapi alhamdulillah dapat keluar dalam keadaan hujan yg sangat lebat.
Ni baru masuk pasal mimpi. Mimpi ni la yg buatkan saya betul2 ambik serius dengan mimpi ni. Betul2 nak tau apa makna mimpi ni sebenarnya.
Malam tu saya bermimpi berada di satu bilik atau ruang yang sangat gelap. Tak nampak apa pun kecuali tempat duduk saya yang disinari cahaya dari atas. Kat depan saya ada sebuah meja kecik. Atas meja tu ada senaskah al-Quran. Saya duduk je sambil tenung al-Quran tu.
Tiba-tiba muncul satu cahaya yang sangat terang tapi tak menyilaukan mata datang dari arah belakang saya. Cahaya tu putih kebiruan, sangatlah cantik. Kemudian muncul seorang lelaki yang tampan dengan janggut putih yang kemas, wajahnya bersih dan putih, pakaiannya serba putih dari serban hinggalah ke jubahnya. Umurnya nak kata tua tak tua, muda pun tak muda. Tenang je wajah dia. Pendek kata, sesiapa yang melihat wajahnya pasti akan tertarik termasuklah lelaki.
Lelaki tampan tu datang menghampiri saya. Saat dia dekat dengan saya kedengaran satu suara menyebut namanya tapi saya lupa nama dia. Yang saya ingat cuma disebut Wali pada pangkal namanya.
Lelaki itu datang lalu berdiri di depan saya yang masih lagi duduk di atas sofa berwarna cokelat gelap. "Bacalah ayat ke-150 dari al-Quran" katanya kepada saya. Dengan terketar2 tangan saya menyelak helaian al-Quran helai demi helai untuk mencari ayat yg ke-150 tapi tak jumpa...tak tahu sebenarnya. Lalu saya tersedar untuk tunaikan solat Subuh.
jadi tujuan saya cerita berkenaan dengan mimpi saya ni nak mintak pendapat daripada rakan-rakan forum yg mungkin boleh terangkan apa makna tersirat daripada mimpi ni. saya dah cuba tanya sorang ulamak muda dalam bulan 10 lepas tapi dia tak bagi jawapan secara direct. dia suruh saya merasainya. sampai sekarang saya tak dapat lagi jawapan.
insyaAllah petang nanti saya akan share apa penemuan saya dengan ayat 150 dari al-Quran ni.
terima kasih sudi membaca... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
smbung lgi TT...x sabo nak tau kisah tt ni......
mane ahkak2 yg terar scan x mncul2 lgi8 neh...
nak jgk dngr pendapt yg berpengalamn gak |
|
|
|
|
|
|
|
menarik ..nak tahu kisah seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh menarik ni . TT sila sambung cepat |
|
|
|
|
|
|
|
isskk suspen jek....
setia menanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|