View: 236|Reply: 0
|
Penguatkuasaan syariah untuk membendung gejala sosial
[Copy link]
|
|
Tindakan lebih ke arah pencegahan ikut kehendak Islam\rMASALAH gejala sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Jenayah itu seperti sumpahan apabila tabiat kejam tidak berperikemanusiaan ini semakin popular dalam kalangan remaja.\r\n\n\n\n\r Malah bagi tempoh empat bulan pertama 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata lain, wujud tiga pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.\r\r\n\n\n\n\n Persoalannya, apakah punca utama masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? Adakah peruntukan undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih longgar menyebabkan pelaku semakin berani.\rAtau adakah institusi kekeluargaan kini sudah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga? \rSelain usaha menerapkan nilai agama dalam masyarakat khususnya institusi keluarga, tindakan penguatkuasaan terhadap jenayah buang bayi juga perlu ditingkatkan memandangkan gejala ini dilihat semakin menjadi-jadi. \rBagi tindakan penguatkuasaan syariah, ia lebih kepada pencegahan kerana peruntukan kesalahan buang bayi atau menyembunyikan kelahiran tidak diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. \r\n\n\n\rNamun tindakan pencegahan menjadi perkara penting kerana membabitkan penguatkuasaan terhadap kesalahan khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, hamil luar nikah, persetubuhan luar nikah dan lain-lain kesalahan berkaitan.\rBagaimanapun, masyarakat sering kali mempersoal tindakan penguatkuasaan syariah yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa agama (PPA). Segala macam tohmahan dilempar kepada PPA yang kononnya hanya ingin ‘menjaga tepi kain orang’.\rApabila kes berjaya disabitkan dan hukuman dijatuhkan, timbul pula tohmahan bahawa hukuman itu bersifat menghina, kolot, menghalang kebebasan individu dan menjatuhkan maruah wanita khasnya bagi hukuman sebat syariah.\rFalsafah hukuman jenayah dalam Islam dan matlamat hukuman mengikut Enakmen Jenayah Syariah ialah untuk pencegahan, pembalasan terhadap perbuatan salah, ganti rugi dan pemulihan. Aspek pencegahan adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. \rPencegahan akan berhasil apabila timbul rasa takut dalam kalangan masyarakat terhadap hukuman dikenakan. Pencegahan seperti ini terdapat pada semua hukuman ditetapkan oleh undang-undang Islam. \rBagi aspek pembalasan pula dinyatakan dengan tegas oleh Allah dalam firman yang bermaksud: “Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka telah lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 38) \rHukuman yang berbentuk ganti rugi pula adalah hukuman yang yang dikenali sebagai hukuman diyat. Secara jelasnya ia terdapat dalam kes-kes pencerobohan yang dilakukan terhadap kepentingan orang lain. \rAda juga hukuman yang diperuntukkan bertujuan sebagai pemulihan bagi pesalah jenayah syariah. Pelaksanaan hukuman terhadap pesalah diharap dapat mengembalikan pesalah ke jalan kebenaran dan menjauhkannya dari kemaksiatan. \rAkta/Enakmen/Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah negeri terdapat peruntukan bertujuan membanteras kegiatan jenayah pada peringkat awal lagi. Contohnya peruntukan kesalahan khalwat kerana jika diteliti khalwat adalah faktor utama membawa kepada perzinaan yang akhirnya membawa kepada gejala hamil luar nikah dan buang bayi.\rMaka di sinilah peranan penguatkuasaan syariah yang harus ‘menjaga tepi kain orang’ bagi membendung gejala sosial daripada terus berleluasa. Tindakan ‘menjaga tepi kain orang’ ini tidak menjadi kesalahan dalam usaha membasmi gejala sosial, bahkan sangat dituntut oleh Islam. \rIbu bapa atau penjaga juga perlu memainkan peranan mendidik anak dengan didikan agama bermula dari peringkat awal lagi kerana fitrah manusia khususnya remaja cepat terpengaruh oleh anasir luar yang merosakkan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|