View: 8315|Reply: 22
|
Artikel menarik mengenai harga kenderaan di Malaysia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by neotoxin at 13-1-2012 08:11
Sumber artikel ni adalah funtastickodesign
-----------------------------------------------------------------
Cara Pengiraan Cukai bagi kereta CBU & CKD
Ini mengenai pengiraan cukai. Kalau nak tau struktur cukai, boleh rujuk maa.org.my. Pasal pengiraan, ada pada PDF di bawah beserta harga CBU docket price Kastam.
Secara ringkas pengiraan adalah seperti berikut :
Cara Pengiraan untuk CBU & CKD bukan bawah ASEAN CEPT bagi 1800cc ke bawah (kereta) Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM) (Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM) (Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM) Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan) Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price)
Cara Pengiraan bagi CBU,CKD ASEAN CEPT dan Tempatan bawah 1800cc(kereta) Nilai (tempatan tanpa CIF, CBU & CKD dengan CIF, *sila rujuk harga doket Kastam) x Duti Eksais(75%) = Duti Eksais (RM) (Nilai+Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Cukai Jualan (RM)
Cara pengiraan selepas itu, sama macam CBU & CKD di atas untuk mendapatkan OTR Price.
NAP telah dilaksanakan sejak 2005 & sejak 2009, rebate 50% pada Duti Eksaiss kereta tempatan telah dihapuskan(dipanggil Non Tariff Barier ketika itu). Sejak 2009, mana-mana kenderaan CBU atau CKD yang datangnya dari negara ASEAN, Duti Import telah dihapuskan(yg dipanggil Tariff Barrier) dan sejak 2010, Malaysia dah AFTA sepenuhnya bagi kenderaan. Cuma untuk CBU & CKD bukan negara ASEAN, malaysia masih lagi mengenakan Tariff Barier, tapi telah berkurang kepada 30% CBU & 10% CKD dan masih tidak mengikuti kehendak WTO yang kereta CBU & CKD bukan negara ASEAN untuk di hapuskan Tariff Barier.
Kereta PROTON pasaran Thailand dikenakan 20% Duti Import oleh kerajaan Thailand kerana Malaysia tak ikut AFTA, tapi sejak 2009@2010 ke atas, ia telah dihapuskan kerana kerajaan Thailand telah berpuas hati dengan akuran Malaysia terhadap AFTA. Boleh rujuk akhbar-akhbar lama kat arkib.
Untuk pengetahuan semua, Hyundai Sonata 2.0 dengan cukai hanyalah dalam RM75,000 sahaja, tetapi harga jualan bukan atas jalan dalam RM131,000 kerana profit dealer.
Di Langkawi, hanya Duti Import (Duti Import & Duti Eksais Import) dan Cukai Jualan dihapuskan. Boleh semak harga docket kastam dengan harga jualan kat Langkawi kalau nak tahu berapa profit mereka ambil. Manakala kenderaan tempatan yang dieksport dari Semenanjung masih lagi dikenakan Duti Eksais Tempatan, hanya dikecualikan Cukai Jualan. Ada dalam Akta Kastam 1967 & 1976 dalam laman web Kastam & MITI.
Walaupun kadar Duti Eksais Import dan Tempatan sama, tetapi kena perhatikan terma yang digunakan, wujudnya perkataan import pada Duti Eksais kereta Import. Terma dalam undang-undang memang “complicated” unttk difahami kecuali anda pernah belajar undang-undang, akan paham betapa kompleksnya penggunaan istilah itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by neotoxin at 13-1-2012 08:09
Artikel dari bro Mat DUTIES & TAXES ON MOTOR VEHICLES | | | A) Motor Cars (Including Station Wagons, Sports Cars and Racing Cars) | | IMPORT DUTY | LOCAL TAXES | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine
Capacity (cc) | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | Excise
Duties | Sales Tax | < 1,800 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 80% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% |
| |
B) Four Wheel Drive Vehicles | | IMPORT DUTY | LOCAL TAXES | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine
Capacity (cc) | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | Excise
Duties | Sales Tax | < 1,800 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 65% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% |
| |
C) Others (MPV & VAN) | | IMPORT DUTY | LOCAL TAXES | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Engine
Capacity (cc) | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | Excise
Duties | Sales Tax | < 1,500 | 30% | 0% | NIL | 0% | NIL | n.a | 60% | 10% | 1,500 – 1,799 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 65% | 10% | 1,800 – 1,999 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 75% | 10% | 2,000 – 2,499 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 90% | 10% | Above 2,500 | 30% | 0% | 10% | 0% | 10% | n.a | 105% | 10% |
| |
D) Commercial Vehicles | | IMPORT DUTY | LOCAL TAXES | CBU | CKD | MSP | CBU & CKD | Class | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | MFN | ASEAN
CEPT | Excise
Duties | Sales Tax | All | 30% | 0% | NIL | 0% | NIL | n.a | NIL | 10% |
| |
Notes : | MFN = Most Favoured Nation
MSP = multi-sourcing parts
n.a = not applicable. |
|
Fail-fail PDF sebagai rujukan :
download_4 gazet_CBU_import-pindaan2009 PERINTAH KASTAM (NILAI-NILAI KENDERAAN MOTOR PASANG SIAP YANG DIIMPORT ) (TERPAKAI) 2010 pricelist |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teman dah tahu agak lama pasal cara pengiraan ini. Memang menyakitkan hati. Cuba komer perhatikan cara pengiraan cukai seperti dlm post no 1 abe Neo. Jelas pengiraan cukai dikira atas cukai dan atas cukai. Maksudnya berlaku pengiraan 3 kali dalam cukai yang perlu dibayar.
Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)
(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)
(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM)
Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai
Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan)
Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price)
Sepatutnya ketiga2 cukai dikira atas Nilai CIF aje, itu belum ambil kira bagaimana mereka manipulasi Nilai CIF. Kunun nak liberalisasi, maka kurangkan duti import, tapi dimasa yang sama tingkatkan Nilai CIF (harga doket). Kesannya, walaupun duti import turun, cukai yang dikenakan lebih banyak lagi sebelum liberalisasi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu yg co luar maleh nk bawa masuk model2 baru kat m'sia...... x nak ambil risiko tak laku sebab harga kete jadi mahal...... tunggu la 3,4 tahun pas masuk indon, siam atau s'pore baru market kat m'sia, silap2 x masuk langsung...... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cuba satu contoh mcm rega CIF dari PDF yg disertakan untuk Honda Jazz (yg ni CKD Asean kot)
rege CIF = 42,652
Duti Eksais = 42,652 x 75% = 29,856.40
Cukai Jualan = (42,652 + 29,856.40) x 10% = 7250.84
----------------------------------------------------------------------------------------
Rege keta lepas cukai = 42,652 + 29,856.40 + 7250.84 = RM79,759.24
tapi kalau tengok rege Jazz kat semenenanjung Malaysia di website http://www.honda.com.my/jazz/detail/ = RM106,418.50
jadi... beza RM106,418.50 - RM79,759.24 = RM26,659.26 ni dealer yg dapat ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Teman dah tahu agak lama pasal cara pengiraan ini. Memang menyakitkan hati. Cuba komer perhatikan ca ...
zzcbr Post at 13-1-2012 09:36
wj tak paham pengiraan dan penjelasan tahap engineer mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kjaan sebat...dealer sebat....oklah tu rakyat tetap ok |
|
|
|
|
|
|
|
wj tak paham pengiraan dan penjelasan tahap engineer mcm ni
wanitajelita Post at 13-1-2012 09:31 PM
eh eh eh...engineer apanya... tu tahap matematik mak cik tomyam aje tu
Contoh: Katakan Harga CIF RM10k
kalau duti/cukai semuanya dikira berdasarkan harga CIF
Duti import = 10k x 30% = 3k
Duti Eksais = 10k x 75% = 7.5k
Cukai jualan = 10k x 10% = 1k
Total duti/cukai yang kena bayar = 11,500
Tapi ini cara yang kastam guna utk kira duti/cukai
Duti Import = 10k x 30% = 3k
Duti eksais = (10k + 3k) x 75% = 13k x 75% = 9,750
Cukai Jualan = (10k + 9,750) x 10% = 19750 x 10% = 1,975
Total duti/cukai yang kena bayar = 14,725
sebab apa pengiraan kastam lebih tinggi, sebab cukai eksais dikenakan ke atas nilai import duti. Manakala cukai jualan pula dikenakan ke atas duti eksais dan duti import. Tak ke itu dinamakan pengiraan dua/tiga kali
kalau masih tak jelas, sila jumpa di Gulam mee untuk program pencerahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
moral crita: beli laa keta 2nd hand........... |
|
|
|
|
|
|
|
beli kete 2nd...masuk NGV....lagi puas dari kete hybrid..... |
|
|
|
|
|
|
|
moral crita: beli laa keta 2nd hand...........
Acong Post at 14-1-2012 02:25
2nd hand pong terkesan gak daripada harga jualan asal |
|
|
|
|
|
|
|
beli laa 5th hand punya....... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasiblah rakyat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# assaffah
car dealer x kaya mana pun ..masih ingat x AP QUeen ? dia la kaya raya sampai blh build up company sendiri pakai nama XXXX .. ki..ki..ki..bayangkan berapa banyak AP dia bantai pi kompeni dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# wanitajelita
tahap engineer adalah ISO 17025 , ISO GUM .. measurement uncertainty equation ..itu baru pening kepala duduk fikir buat sehari suntuk x keluar jawapan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# zzcbr
x payah susah susah ..pi port klang beli kereta curi dari Jepun .. Evo terbaru pun below 100K ..masuk declare kereta potong padahal sebiji sebiji masuk .. buat geran keluar , then bawa pi singapore tukar nombor casic dan no engine ikut geran .. pastu masuk balik malaysia ..kan senang ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# zzcbr
oh kalau x silap hanya beberapa jenis kereta yang nombor casic tu bawah seat tu dekat dengan tulang kereta yang x dapat nak tukar nombor tersebut .. problem sikit .. ki..ki..ki.. masih dalam RnD tgh study camner leh edit nombor tersebut ..lol .. ahaks ahaks ... |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan malaysia nak paksa semua rakyat malaysia beli proton la ni...no choice for u... |
|
|
|
|
|
|
| |
|