CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

PETRON cadang labur dalam industri minyak, gas negara

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PETRON Corporation, syarikat minyak dan gas terbesar Filipina, bercadang untuk melebarkan operasinya dalam industri minyak dan gas Malaysia menerusi pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia yang diambilalih oleh syarikat induknya, San Miguel pada Ogos lalu.\rPetron Corporation berkata, pihak pengurusannya secara umumnya sudah menyatakan persetujuan dengan rancangan pelaburan dalam operasi hiliran ExxonMobil Malaysia itu.\r\n\n\n\n\r  “Jawatankuasa Eksekutif Petron Corporation sudah meluluskan pelaburan syarikat dalam perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia, dengan jumlah dan peratusan perkongsian akan ditentukan kemudian,\" kata syarikat itu dalam makluman kepada Philippines Stock Exchange baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  Petron Corporation menjelaskan butiran lanjut mengenai pelaburannya dalam perniagaan hiliran itu akan diumumkan sedikit masa lagi.\rDifahamkan Lembaga Pengarah Petron belum membuat keputusan sama ada syarikat itu akan membeli sebahagian atau keseluruhan kepentingan San Miguel dalam ExxonMobil Malaysia.\rSan Miguel mengambil alih 65 peratus pegangan ExxonMobil International Holdings Inc (ExxonMobil) dalam Esso Malaysia Bhd (EMB) tahun lalu dengan urus niaga bernilai AS$610 juta (RM1.82 bilion).\rPerniagaan ExxonMobil Malaysia meliputi penapisan, penghantaran dan pemasaran produk pet-roleum. Ia mengeluarkan 88,000 tong minyak sehari di loji penapisan minyaknya di Port Dickson, Negeri Sembilan dan mempunyai tujuh terminal pengedaran dan 560 stesen minyak.\r\n\n\n\rSan Miguel sebelum ini dilaporkan merancang menaik taraf loji penapisan ExxonMobil di Port Dickson bagi membolehkannya memproses lebih banyak minyak mentah.\rSementara itu Petron Corporation pula sudah memulakan kerja menaik taraf loji penapisan minyak di Bataan, Filipina bagi membolehkan ia menapis pelbagai jenis minyak mentah dan juga menyokong perniagaan petrokimianya.\rIa adalah syarikat penapisan minyak mentah dan pemasaran terbesar di Filipina dan membekalkan hampir 40 peratus keperluan bahan api di negara berkenaan.\rProduk Petron dari loji penapisannya dihantar menerusi laluan laut ke 32 depoh dan terminal minyaknya di seluruh Filipina. Ia juga mempunyai lebih 1,300 stesen minyak di negara berkenaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.461511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list