Post Last Edit by midory at 20-1-2012 13:41
JuanHinestroza dari Cornell University, AS dan kumpulan penyelidikannya telah berjaya membangunkan transistor dari gentian kapas. Bunyinya agak aneh tetapi itulah yang dilaporkan dalam hasil penyelidikannya. Hinestroza menyatakan bahawa, inovasi tersebut merupakan satu langkah maju yang mampu menghasilkan perkakasan elektronik yang lebih kompleks seperti rangkaian elektronik yang berasaskan gentian kapas.
“Penyelidikan memajukan transistor dari gentian kapas semulajadiakan membawa perspektif baru dalam integrasi antara elektronik dan industritekstil. Keberhasilan penyelidikan tersebut berkemungkinan besar akan dapatmenghasilkan peranti baru di masa hadapan dengan harga yang lebih murah sepertiyang diimpikan oleh semua penyelidik dan pengguna” kata Hinestroza.
Aplikasi yang boleh dimajukan hasil dari penyelidikan itu menurut beliau misalnya ialah untuk membuat pakaian yang mampu mengesan perubahan lansung suhu pemakai.Secara automatik, ia akan dapat menghangatkan atau menyejukkan pemakai menurut perubahan cuaca dan suhu persekitaran. Selain itu pakaian elektronik itu juga berkebolehan mengukur degupan jantung serta tekanan darah dan juga mengawasi latihan fizikal para atlet. Peranti tersebut juga berguna untuk orang ramai yang prihatin tentang kesihatan diri mereka. Mungkin di masa hadapan,komputer juga akan menggunakan transistor yang diperbuat dari gentian kapas,ujar Hinestroza lagi.
Menurutnya, kapas dipilih kerana harganya yang sangat murah dan mudah diperolehi, ringan serta fizikalnya yang lembut. Dalam kajian beliau, nanopartikel emas, bahan semikonduktor dan polimer konduktif digunakan. Langkah pertama eksperimen transistor berasaskan kapas ialah dengan membuat lapisan nanopartikel emas terlebih dahulu ke atas gentian halus kapas. Kemudian lapisan bahan semikonduktor dan konduktor dimendapkan pada lapisan seterusnya. Dua transistor organic electrochemicaltransistor dan transistor organic field effect juga digunakan. Kedua-dua jenis transistor ini digunakan secara meluas dalam pelbagai perkakasan elekronik seperti telefon bimbit, televisyen dan konsol permainan video.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Hinestroza adalahkerjasama di antara penyelidik-penyelidik di Cornell University, University of Bologna, University of Caligary di Itali serta Ecole Nationale Superieure des Mines de Saint-Etiennedi Perancis. Hasil penyelidikan ini diterbitkan di dalam jurnal OrganicsElectronics, 13 September 2011 yang lalu.
credit to majalahsains
|