View: 3498|Reply: 5
|
[Edisi Sains Am]
Tekanan Penafasan Di Udara
[Copy link]
|
|
Fakta Saintifik:
Pembentukan atmosfera tidak diketahui sehinggalah Pascal membuktikankewujudannya pada tahun 1648. Dia membuktikan bahawa tekanan udaraberkurangan apabila kita mendaki lebih tinggi di atas paras laut. Hanyasetelah itu diketahui bahawa udara di lapisan bawah atmosfera adalahlebih padat. Sekitar 50% dari kepadatan udara berada di antarapermukaan bumi dan 20.000 meter di atas permukaan laut, dan 90%terletak di antara permukaan bumi dan 50.000 meter di atas permukaanlaut. Oleh kerana itu, kepadatan udara berkurangan secara menegaksehingga udara mencapai kekurangan maksimumnya (tekanan minimum) dilapisan-lapisan atmosfera yang tertinggi sebelum benar-benar hilang diluar angkasa.
Ketika manusia mendaki lebih tinggi dari sepuluh ribu(10.000) kaki di atas permukaan laut, ia tidak mengalami masalah yangserius, kerana sistem pernafasan dapat menangani ketinggian 10.000hingga 25.000 meter di atas permukaan laut; walau bagaimanapun, jikaseseorang memasuki ke ruang angkasalepas, jumlah tekanan dan oksigenmengalami penurunan menyebabkan kesempitan dada dan sesak nafas(dyspnea). Kemudian, proses bernafas menjadi sukar kerana kekuranganoksigen (kelaparan oksigen) dan sistem pernafasan sepenuhnya gagal,menyebabkan kematian.
Aspek Saintifik Yang Menakjubkan:
Umum mengetahui bahawa ketika ayat Al-Qur’an ini diturunkan,pengetahuan mengenai pelbagai lapisan-lapisan atmosfera masih belumditemui pada waktu itu. Oleh itu, perkara tekanan rendah dan penurunanoksigen di lapisan atmosfera yang lebih tinggi, yang mana kedua-duanyadiperlukan untuk hidup manusia, , juga tidak diketahui. Orang-orangpada waktu itu tidak mengetahui fakta-fakta ini, sebaliknya merekapercaya bahawa setiap kali orang mendaki lebih tinggi, dia akan merasalebih tenang dan bahagia dan dapat menikmati keanyaman udara/anginnya.
Ayat Al-Qur’an di atas jelas menunjukkan dua fakta yang hanyaditemui akhir-akhir ini oleh ilmu sains moden: yang pertama adalahbahawa kesesakan nafas (dispnea ) berlaku apabila seseorang mendaki dilapisan atmosfera lebih tinggi kerana kekurangan oksigen dan penurunantekanan udara. Yang kedua adalah keadaan kesesakan nafas yangmenyebabkan kematian berlaku apabila seseorang mendaki lebih dari30.000 meter di atas permukaan laut. Ini disebabkan oleh penurunandrastik tekanan udara dan kekurangan oksigen yang ekstrim.
Penting untuk dicatat bahawa betapa keajaiban dari kata ‘mendaki’yang mengakibatkan keadaan kesukaran ini dan menggambarkan rasa sakitdan penderitaan yang dialami padanya. Ini merupakan petunjuk yang yakinbahawa kata-kata ini benar-benar dari Allah Yang Maha Mengetahui danMaha Bijaksana.
Terjemahan artikel: CONSTRICTION OF BREASTS IN THE SKY
Petikan dari : Assabiel.com Last edited by midory on 4-4-2013 09:02 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
p=poe^(-h/ho)
di mana p ialah tekanan dalam fungsi ketinggian, h
bila h makin tinggi, maka tekanan udara makin berkurang.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu bila kita naik tempat yang tinggi..telinga kita akan rasa seolah-olah tersumbat dan pedap.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i copy n paste(http://psipum.org/kesesakan-nafas-ketika-berada-di-langit/)
Firman Allah SWT:
فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya:
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki akan Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit (untuk menerima Islam), seolah-olah ia sedang mendaki/naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al-An`aam 6: 125) |
|
|
|
|
|
|
|
thanks modmid...modmid ada jual tacang rupanya...
teringat lak pasu masa temankan adik ngan anak buah baru habis pantang...
naik kereta dari KL ke Selama Perak...
perjalanan lepas dari Ipoh. semakin tinggi..pasu rasa berdengung telinga...
baby yang pasu pegang..dah resah...pujuk-pujuk tak lelap gak mata dia...nak bagi susu, dah abis sebotol masa berenti kat Ipoh...
then, sumbatkan dia puting..baru dia lelap...pasu lak makan gula-gula nak hilangkan pedap telinga.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aiikk..mod dauswq pun jual tacang...
terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|