CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Islam menang 75 peratus undi

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penguasaan Muslim bimbangkan  kelompok konservatif Mesir\rKAHERAH: Keputusan akhir pilihan raya Mesir menunjukkan puak Islam memenangi tiga perempat daripada kerusi Parlimen Mesir dalam pengundian pertama negara itu sejak bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan tahun lalu.\r\n\n\n\n\rPenguasaan puak Islam di Parlimen Mesir menimbulkan kebimbangan kelompok konservatif mengenai perlembagaan  negara yang bakal dipinda dan dipercayai lebih berteraskan Islam.\r\r\n\n\n\n\nTidak dapat dipastikan sama ada pindaan perlembagaan akan dilakukan ketika tentera masih berkuasa atau selepas pilihan raya presiden pada musim panas ini.\rAhli Parlimen daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed el-Beltagi, berkata anggota parlimen yang dipilih pengundi dalam pilihan raya terbaru kali ini, mencerminkan hasrat rakyat Mesir bagi masa depan mereka.\r“Walaupun wujud beberapa keraguan, tidak dapat dinafikan  pilihan raya kali adalah yang paling bersih pernah diadakan,” katanya.\rDalam pengundian dewan rendah, pakatan parti Islam sederhana Ikhwanul Muslimin menang 47 peratus atau 235 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan, manakala parti ultrakonservatif Salafi Al-Nour menduduki tempat kedua dengan 25 peratus undi atau 125 kerusi.\r\n\n\n\rSalafi Al-Nour yang memberi kejutan besar dalam pilihan raya kali ini mahu menguatkuasakan undang-undang Islam di Mesir secara tegas, manakala Ikhwanul Muslimin yang lebih sederhana secara terbuka menyatakan  ia tidak akan menguatkuasakan pandangannya mengenai cara hidup Islam yang sesuai bagi rakyat Mesir.\rKedua-dua parti dijangka tidak bergabung berikutan perbezaan ideologi, tetapi Salafi Al-Nour dan Ikhwanul Muslimin sejak sekian lama sudah melaksanakan banyak usaha kebajikan di negara yang dilanda masalah kemiskinan tegar itu.\rKelompok liberal yang mendalangi pemberontakan menggulingkan Mubarak, bagaimanapun tidak menang banyak kerusi berikutan perpecahan yang dialami dan tiada banyak pengalaman dalam politik.\r“Keadaan ini menyebabkan kumpulan liberal kehilangan upaya untuk menjadi suara utama di parlimen, kecuali jika ia mengadakan tunjuk perasaan jalanan,” kata timbalan pemimpin Parti Pembebasan Rakyat Mesir, Mohamed Abu-Hamed. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042145 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list