View: 228|Reply: 0
|
Kastam unjur pungutan cukai RM31.057b tahun ini
[Copy link]
|
|
JABATAN Kastam Diraja Malaysia menyasarkan pungutan cukai sebanyak RM31.057 bilion pada 2012 ini, meningkat 2.23 peratus berbanding kutipan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM30.379 bilion yang dicatatkan tahun lalu.Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, berkata pungutan cukai jabatan itu sebelum ini tidak pernah melepasi RM30 bilion dan jumlah pungutan tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini ialah sebanyak RM28.6 bilion pada 2008.\n\n\n\n Dari segi jenis cukai, beliau berkata peningkatan ketara tahun lalu adalah cukai perkhidmatan yang berjumlah RM4.982 bilion, meningkat 27 peratus berbanding tahun sebelumnya.\n\n\n\n\n\n Beliau berkata, tahun lalu, bahagian penguat kuasa jabatan itu berjaya merampas barang yang belum lulus kastam dan larangan bernilai RM524.92 juta berbanding RM507.7 juta tahun sebelumnya serta menyelamatkan hasil cukai berjumlah RM471 juta.“Kejayaan besar yang dicapai tahun lalu itu adalah hasil usaha gigih seluruh warga kastam menerusi perkongsian bestari dengan pihak swasta dan sokongan padu orang awam dalam menyampaikan maklumat,” katanya pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-30 di Petaling Jaya semalam.Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Mohamed Khalid berkata, kenderaan bermotor adalah penyumbang kutipan hasil cukai tahun lalu iaitu sebanyak RM10.65 bilion atau 35.06 peratus.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata angka itu merosot berbanding kutipan hasil 2010 sebanyak RM11.127 disebabkan penurunan pungutan cukai eksais dan cukai jualan terhadap kenderaan pemasangan tempatan yang terjejas berikutan bencana tsunami di Jepun dan banjir di Thailand.Komoditi lain yang menjadi antara penyumbang utama kutipan hasil 2011 adalah rokok sebanyak RM3.418 bilion, petroleum mentah RM2.005 bilion dan telekomunikasi RM1.253 bilion.Sementara itu, Ahmad Husni dalam ucapan perasmiannya berkata jumlah perdagangan Malaysia dijangka meningkat 88 peratus dalam tempoh 15 tahun akan datang.Beliau berkata, perdagangan antarabangsa adalah sumber pertumbuhan ekonomi yang amat penting untuk negara dan pada 2010, Malaysia adalah negara perdagangan ke-24 terbesar di dunia.“Jumlah nilai perdagangan negara tahun lalu adalah AS$363.5 bilion, meningkat 29 peratus daripada AS$281.3 bilion tahun sebelumnya,” katanya.Beliau berkata pencapaian perdagangan negara itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|