CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 1

Padah guna identiti abang

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam.\rTsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan lesen abangnya sebelum dia meninggal dunia, untuk pergi ke mana-mana tempat.\r\n\n\n\n\r   Ini disebabkan lesen Oizumi, 58, sudah dibatalkan kerana dia didapati berulang kali melakukan kesalahan lalu lintas, lapor akhbar Mainichi.\r\r\n\n\n\n\n   Apabila abangnya jatuh sakit dan menemui ajal dalam usia 56 tahun pada 2008, Oizumi memutuskan untuk menggunakan identiti itu sepenuhnya.\rPada masa itu, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu adalah dirinya. Malah, doktor yang berurusan dengan mayat abangnya tidak mengesyaki apa-apa, kata akhbar Asahi Shimbun.\rMayat abangnya kemudian dibakar, sesuatu yang biasa di Jepun.     Oizumi terus menuntut manfaat keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibu mereka yang sudah tua dan uzur di rumah.\rNamun, selepas tiga tahun, Oizumi menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan Jun lalu kerana ‘rasa bersalah,” kata Asahi.\r\n\n\n\rPolis yang mengambil masa beberapa bulan  membuktikan kebenaran pengakuan Oizumi, menahannya kel marin.\r“Dia didakwa menyamar sebagai abangnya yang sudah mati dan mendaftarkan data palsu untuk sijil rasmi,” kata jurucakap polis.\rAkta Daftar Banci menetapkan, sijil kematian mesti ditandatangani dan diperakui seorang doktor. \rApapun, doktor yang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap abangnya percaya Oizumi apabila dia berkata: “Saya abangnya dan orang yang mati adalah adik saya,” katanya.\rSeorang pegawai kanan di pusat perubatan Adachi, berkata: “Sijil kematian adalah berdasarkan pemeriksaan dan  laporan doktor.\r“Jadi, adalah sukar untuk mengesan   penipuan itu,” katanya. – AFP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 09:32 AM | Show all posts
aku edit..poning nk baca

TOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam.Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan lesen abangnya sebelum dia meninggal dunia, untuk pergi ke mana-mana tempat.  Ini disebabkan lesen Oizumi, 58, sudah dibatalkan kerana dia didapati berulang kali melakukan kesalahan lalu lintas, lapor akhbar Mainichi. Apabila abangnya jatuh sakit dan menemui ajal dalam usia 56 tahun pada 2008, Oizumi memutuskan untuk menggunakan identiti itu sepenuhnya.Pada masa itu, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu adalah dirinya. Malah, doktor yang berurusan dengan mayat abangnya tidak mengesyaki apa-apa, kata akhbar Asahi Shimbun.rMayat abangnya kemudian dibakar, sesuatu yang biasa di Jepun.     Oizumi terus menuntut manfaat keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibu mereka yang sudah tua dan uzur di rumah.Namun, selepas tiga tahun, Oizumi menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan Jun lalu kerana ‘rasa bersalah,” kata Asahi.Polis yang mengambil masa beberapa bulan  membuktikan kebenaran pengakuan Oizumi, menahannya kel marin.“Dia didakwa menyamar sebagai abangnya yang sudah mati dan mendaftarkan data palsu untuk sijil rasmi,” kata jurucakap polis.Akta Daftar Banci menetapkan, sijil kematian mesti ditandatangani dan diperakui seorang doktor. Apapun, doktor yang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap abangnya percaya Oizumi apabila dia berkata: “Saya abangnya dan orang yang mati adalah adik saya,” katanya.Seorang pegawai kanan di pusat perubatan Adachi, berkata: “Sijil kematian adalah berdasarkan pemeriksaan dan  laporan doktor.“Jadi, adalah sukar untuk mengesan   penipuan itu,” katanya. – AFP/Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.292773 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list