Post Last Edit by Jaza2008 at 6-2-2012 00:22
testing testing testing
Hari ini hari yang paling bersejarah dalam hidupku. Tidak pernahaku terfikir untuk berkahwin dan menghabiskan masa bersama bestfriend akusendiri. Orang yang aku anggap sudah seperti abangku sendiri. Kadang-kadang akutertanya-tanya adakah dia jodohku..?
“Aku terima nikahnyaErina bt Luqman dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai” lafaz Shahril. Usai doa dibaca, upacara menyarung cincin dilakukan. Air mata akumengalir ketika Shah menyarung cincin di jari manisku dan setelah itu diamencium dahiku. Mata kami bertemu dan Shah hanya menghadiahkan senyuman yangmanis kepadaku. Aku keliru ketika itu adakah dia benar-benar mencintaiku atau perkahwinanini hanyalah sebagai satu alasan bagi dia memenuhi syarat untuk menjadipengurus di syarikat bapanya itu.
Selepas tetamu semua beransur pulang ke rumah masing-masing, Shahmengajak aku masuk ke biliknya. Aku hanya menurut kehendaknya. Entah kenapa akumenjadi tidak keruan selepas apa yang berlaku malam itu.
“ Aku tau kau masih lagi bingung sekarang ni” Shah memulakan bicaranya.Aku hanya mendiamkan diri. Salah aku jugak kerana bersetuju untuk bernikahdengannya.
“ Jangan risau.. Ni semua sekejap je.. Aku terpaksa buat semua ni untukdapatkan pangkat tu.. Kau fahamkan?” ujar Shah lagi.
“ Aku faham.. Kau kan bestfriend aku.. Aku kena lah tolong” aku mulabersuara. Aku cuba menyembunyikan rasa hati yang mula kecewa. Walaupun akutidak pernah menyimpan perasaan terhadap Shah, namun aku akan cuba untukmengekalkan hubungan kami ini selama-lamanya.
“ Lepas ni panggil aku Abang.. abang nak kita hormat antara satu samalain” pinta Shah.
“ Err.. perlu ke? Erm.. not bad.. ok abang” aku mengangguk tandapersetujuan selepas sejenak terdiam.
Kehidupan aku dan dia seperti dalam drama tv yang mengisarkan rumahtangga yang dibina bukan sebab rela. Aku dan dia masih seperti dulu tanpapengetahuan sesiapa.
bersambung.. (if rmai yg respon br nak smbg..smgt ckit..hehe..komen jgn x komen kwn2) |