CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 1

CUEPACS gesa mesyuarat semakan SBPA lebih kerap

[Copy link]
Post time 2-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu. \rPresidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan.\r\n\n\n\n\r  Omar berkata, beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat pasukan petugas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang dijadualkan 8 Februari ini di Putrajaya.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya yakin jika pasukan itu dapat berjumpa dan bermesyuarat lebih kerap, kebuntuan berhubung isu SBPA yang membabitkan lebih 1.2 juta kakitangan awam dapat diselesaikan segera,” katanya ketika dihubungi, semalam. \rBulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penubuhan pasukan khas semakan semula SBPA turut menetapkan tempoh tiga bulan sehingga 16 April depan untuk menyiapkan semakan mereka.\rDalam pada itu, Omar mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kerana menerima tiga lagi pemimpin kanan kesatuan berkenaan bagi menganggotai pasukan petugas khas SBPA.\rKelmarin, Mohd Sidek berkata, pertambahan pemimpin kanan CUEPACS dalam pasukan petugas khas itu adalah lebih bagus kerana membolehkan kerajaan mendapat lebih maklum balas dan pandangan untuk penambahbaikan SBPA.\r\n\n\n\rTiga pemimpin kanan CUEPACS yang dimaksudkan Omar ialah, Timbalan Presiden I, Aziz Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangannya, Jaafar Mansor.\rSementara itu, Omar berkata, Jawatankuasa Bertindak SBPA yang ditubuhkan CUEPACS, termasuk untuk menerima maklum balas daripada kakitangan awam mengenai skim itu akan tetap meneruskan tugasnya sebelum menyediakan kertas kerja komprehensif untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 08:19 AM | Show all posts
setujuk ngan dato omar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.381735 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list