CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Facebook bukan saluran lepas marah

[Copy link]
Post time 3-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kegagalan mengurus emosi dan keghairahan mendapat perhatian menjadi dua faktor utama berlakunya penyalahgunaan laman sosial Facebook sehingga berisiko mengakibatkan pergaduhan antara individu.\rPengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata asasnya, Facebook adalah satu alat media yang mempunyai kesan positif dalam mengeratkan perhubungan dan mendekatkan komunikasi masyarakat.\r\n\n\n\n\r   Katanya, laman sosial Facebook yang ketika ini menjadi fenomena dunia adalah satu saluran komunikasi berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej.\r\r\n\n\n\n\n   “Namun, ramai individu yang dilihat menggunakan Facebook bagi menyalurkan permasalahan atau melepaskan marah mengenai sesuatu perkara termasuk berkaitan individu lain,” katanya ketika dihubungi.\rBeliau mengulas laporan Berita Harian, semalam, berhubung kejadian seorang pelajar perempuan berusia 5 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan di Kangar, Perlis pada Selasa lalu.\r“Jadi, dalam isu Facebook ini, saya ingin nasihatkan, pemilik akaun perlu bijak dan lebih peka ketika melayarinya bagi mengelakkan kesan negatif,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036807 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list