CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5619|Reply: 12

Sarapan Pagi, Penting atau Tak

[Copy link]
Post time 4-2-2012 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by midory at 4-2-2012 02:00

Sarapan Pagi, Penting atau Tak

Petikan Rencana tulisan wartawan Berita Harian berjudul

"TakSarapan, Minda Tumpul

Nor Afzan Mohamad Yusof[email protected]
      2012/01/10



Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak


SENARIO1 : “MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluarrumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kataHalimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknyasebelum melangkah ke sekolah.


Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatiankerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkanpengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberitumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.


SENARIO 2 : “MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biardia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.


SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapamasih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untukmemastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalamkelas.


Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidakmakan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi. Bagi Muhammad pulauntuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mula mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mula mengelamun kerana mengantuk.



Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatiankerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkanpengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberitumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.


Tanpa sarapan pagi,kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.


Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapanjam tidur, terutama otak.


Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makananyang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.


“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Merekaturut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.


“Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digorengkurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikanhidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah danapam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggilemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,”katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.


Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makanbanyak pada satu-satu masa.


Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatunberkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yangberlebihan akan menyebabkan mengantuk.Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukanlagi satu yang asing.


“Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minumandalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikhluput untuk setiap makanan komersil,” katanya.


Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.


“Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan merekadan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasainikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat.Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada dimeja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanyamemerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.


Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagimereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikananak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.



Jaga pemakanan kanak-kanak obes


SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.


Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali.


Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberisecara berpatutan.Kerjasama pihaksekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjualmakanan yang tidak berkhasiat.


“Pihak sekolahperlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktivitibersukan sekerap mungkin.


“Kanak-kanak obesperlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yangrendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur dan buahserta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diprosesserta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka bergerak,bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,” katanya.


Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan beratbadan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan. “Makanan yang mudahbasi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat iniibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau,warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan,” katanya.


INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.- Pemakananberkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenagakepada tubuh badan.- Dapat memberi lebihtumpuan serta prestasi di dalam kelas- Lebih tenaga ataukudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang- Membantumerendahkan tahap kolesterol.


Jenis sarapan:

- Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyakdan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.

- Kuih-muih yangdibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik.Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dangaram. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.


Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.



kredit to majalahsains

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 10:46 AM | Show all posts
fentinggggg
biasanye lees bekfes ngan milo jer

if lees bekfes berat ...cam mee ..mihun ...nasi lemak ..nasi blauk ... nasi dagang nyumm nyummm ....lees akan skip lunch
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by LEES at 4-2-2012 11:24

ni bekfes lees yg sempat amik piccca   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 01:30 PM | Show all posts
fentinggggg
biasanye lees bekfes ngan milo jer

if lees bekfes berat ...cam mee ..mihun ...nas ...
LEES Post at 4-2-2012 10:46



   penting kan...
tp aku slalu skip breakfast..
terus aje lunch dlm pukul 1 atau 2 petang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 10:33 AM | Show all posts
aku ske bkfes yg berat2..then,skip lunch..diner plak ak mkn b4 kul 8pm..no supper..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 11:06 AM | Show all posts
breakfat amat penting bagi i.....yg penting berkhasiat. suka oatmeal ngan kismis.
takpun wholemeal bread ngan tuna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2012 11:24 AM | Show all posts
salam....

dulu, masa pasu stat je sekolah darjah 1 (tak penah masuk tadika)..mak pasu akan pastikan pasu ngan abang pasu b/fast dulu sebelum pegi sekolah..walau lambat cemane pun...samaada:
1) telur separuh masak /
2) bubur nasik + bovril /
2) air milo + roti

berperang gak ngan mak..kadang-kadang memang nak skip b/fast....tak nampak relevan sarapan2 nih.. sebab ada duit saku..boleh beli kat kentin apa...

tapi, sekarang....bila jauh ngan mak..kenangan bersarapan adalah yang paling indah sekali...kasih-sayang seorang ibu....hahaha..

tu intro...

sekarang ni, sarapan dah jadik habit..at least roti/biskut atau milo panas...
petang-petang nanti baru ambil makanan berat...
malam..tak makan dah..
esok paginya baru sarapan semula.....

mungkin ini kunci BMI menten..160cm:55kg.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 01:21 PM | Show all posts
SGTTTTTTTT PENTINGGGGGGGGGGGGGG HOOKKAAAAAYYYYYYYYYYYYYYYYY..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 05:04 PM | Show all posts
Sangat2 penting...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 08:20 PM | Show all posts
amat200x penting, lg2 student sebab boleh tajamkn minda n senang nak masok ilmu. kalo saya jd menter ...
bawaku_terbang Post at 9-2-2012 20:14



   kalau tak breakfast nnti lapar.. mmg tak blh nk concentrate pon kat kelas.. asyik terpikir pasal mknn dgn bile nk makan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 11:58 AM | Show all posts
Selalu x breakfast.Bad habit tapi dah biasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 07:33 PM | Show all posts
Reply 7# pasuoren

ni jenis sarapan yg biasa dibuat ibubapa sblm ke sekolah...


saya sarankan ibubapa sediakan susu sebagai minuman at least 5 kali seminggu, makanan spt disarankan dia atas...

susu mempunyai protein dan kalsium
dalam sekelip mata, badan anak anda akn membesar dan meninggi bila sampai usia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:16 PM | Show all posts
aku kalo bekpes aku akan sakit perotttt..

nak2 kalo mak aku wat milo..terus rasa nak berak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045762 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list