View: 97|Reply: 0
|
Dana RM1.5b tak jejas pencarum
[Copy link]
|
|
Kerajaan sentiasa lindungi kepentingan KWSP, rakyat berpendapatan rendahMARANG: Kerajaan menjamin dana RM1.5 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang digunakan untuk Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi rakyat berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarumnya.\n\n\n\n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata skim yang dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi. \n\n\n\n\n “Soal kepentingan KWSP kita sentiasa lindungi kerana ia berkait rapat dengan pencarum,” katanya jumlah yang terbabit dengan skim itu juga tidak begitu besar berbanding saiz dana KWSP. Beliau mengulas kritikan sesetengah pihak terhadap penggunaan dana RM1.5 bilion KWSP untuk membiayai Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).Najib berkata, skim itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.“Ini adalah skim mesra rakyat, bagi golongan berpendapatan rendah,” katanya.\n\n\nPerdana Menteri turut meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menjelaskan perincian skim itu bagi mengelakkan kekeliruan. Skim itu akan beroperasi 1 Mac ini, dilancarkan Najib pada 28 Januari lalu setelah Kabinet meluluskannya selepas dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.Skim berkenaan akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan dana pembiayaan daripada KWSP.Di KUALA LUMPUR, Raja Nong Chik berkata KWSP dijangka menikmati kadar keuntungan 5.5 peratus setahun daripada pembiayaan RM1.5 bilion untuk skim itu.“KWSP tidak rugi. Ia pinjaman bercagar. KWSP akan memperoleh 5.5 peratus pulangan bersih setahun. Pada masa sama, KWSP membantu rakyat yang memerlukan.“DBKL turut memberi jaminan untuk membeli semula rumah jika pembeli gagal membayar balik pembiayaan dan menjualnya kepada mereka yang dalam senarai menunggu yang berjumlah 25,000 orang,” katanya selepas sesi penerangan skim itu yang dibuat Pengarah Eksekutif YWP, Datuk Mohd Idris Mohd Isa.Sesi itu dihadiri Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penduduk Perumahan Awam DBKL, Anuar Sudin; Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Datuk Paul Selva Raj dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Michael KC Yam.Raja Nong Chik berkata, KWSP juga mensyaratkan Dana Rizab Pembelian Semula diwujudkan bagi memastikan DBKL mempunyai dana untuk membeli semula rumah yang gagal dibayar balik oleh pembeli iaitu sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan rumah.“Dana ini tidak boleh digunakan DBKL selain untuk tujuan ini,” katanya.Selva Raj berkata, pihaknya berpuas hati penerangan diberikan dan yakin pembiayaan itu tidak menjejaskan caruman rakyat lain.Kam juga berpendapat skim itu bagus kerana mampu memberikan pulangan kepada KWSP dan pada masa sama memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah. Sementara itu, Mohd Idris, berkata hanya mereka yang mempunyai rekod baik dan tidak mempunyai sewa tertunggak diberi keutamaan untuk ditawarkan rumah dalam skim berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|