CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Pemandu bas diterbangkan bersama tangan putus

[Copy link]
Post time 4-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
IPOH: Seorang pemandu bas parah dan terpaksa diterbangkan dengan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama-sama pergelangan tangan kirinya yang putus, selepas diserang dua lelaki bertopeng di rumahnya di Taman Raja Muda Musa, Sitiawan, semalam.\rK Rajendran, 51, mulanya dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) oleh jiran selepas diserang dengan senjata tajam oleh suspek yang dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa dalam kejadian jam 7.30 pagi, tetapi doktor tidak dapat menyambung tangannya, sebaliknya meminta bantuan TLDM untuk menerbangkan mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara untuk rawatan.\r\n\n\n\n\r  Berikutan itu, Pusat Operasi Markas Armada TLDM menghantar sebuah pesawat Fennec untuk menerbangkan mangsa kira-kira jam 11 pagi dan tiba di PPUM 50 minit kemudian.\r\r\n\n\n\n\n  Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata siasatan awal mendapati mangsa diserang oleh anggota keluarganya sendiri berikutan masalah rumah tangga.\r\"Kita sudah mengenal pasti suspek dan sedang mengesan mereka, tetapi setakat ini (malam tadi) polis belum menerima laporan daripada mana-mana ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rSementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Markas Armada TLDM Lumut, Leftenan Komander Noorlida Rahaman, berkata TLDM melakukan penerbangan ihsan selepas doktor memaklumkan mangsa parah akibat putus pergelangan tangan kiri dan perlu disambung dalam masa tiga jam.\r“Pesakit diiringi Pegawai Perubatan HSM, Dr S Basumathy diterbangkan dari tapak penerbangan TLDM KD Rajawali dan tiba di PPUM kira-kira 50 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.\r\n\n\n\rPesawat Fennec itu diterbangkan oleh Komander Khalid Md Lepi dengan dibantu Leftenan Komander Zunairi Abu Bakar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.223043 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list