CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Fenomena telur berdiri bukan mitos

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Dibukti secara saintifik graviti bumi, manipulasi medan magnetik  membolehkan telur tak tumbang \rKUALA LUMPUR: Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.\r\n\n\n\n\rPakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.\r\r\n\n\n\n\n“Kawasan  mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.\rBeliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam.\rJurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ.\rSeorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.\r\n\n\n\r“Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri.  Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya. Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya.\rAhli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list