CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Fragmen: Jangan mudah jatuhkan hukum

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ANTARA tugasan pertama sebagai wartawan hiburan sekitar awal 90-an ialah membuat liputan persembahan kesenian di perkampungan al-Arqam di Sungai Penchala, di Damansara, Selangor.\rDisebabkan Sungai Penchala ketika itu terletak jauh di pinggiran Kuala Lumpur, mereka sanggup datang ke Balai Berita menjemput dan menghantar kita bersama-sama jurugambar yang membuat liputan persembahan kesenian itu.\r\n\n\n\n\rSaya tidak mahu bercakap mengenai pertubuhan ini, tetapi apa yang penting ialah cara mereka mengembangkan dakwah menerusi seni, khususnya menggunakan elemen hiburan seperti muzik, lagu, nyanyian, visual, video dan sebagainya.\r\r\n\n\n\n\nSaya juga sudah tidak ingat dan tidak tahu individu yang menjayakan persembahan itu kerana tumpuan lebih kepada pelancaran album berjudul Nada Murni, kalau tidak silap saya.\rMemperkatakan soal artis dan dakwah, apatah lagi membabitkan agama Islam dalam dunia hiburan memang sangat sensitif. Ia adalah sesuatu yang dianggap taboo. Silap cakap, kita akan dibelasah cukup-cukup oleh pihak tertentu.\rHakikatnya, hari ini kalau hendak mendengar lagu bercorak dakwah, kerohanian atau keagamaan, tak semestinya kena cari kumpulan nasyid.\rLagu seperti itu boleh didengar dalam apa juga rentak muzik asalkan tidak melalaikan pendengar. Kalaupun kita mendengar nyanyian daripada kumpulan nasyid, tapi dek kesyahduan muziknya yang mendayu-dayu dengan liriknya yang memuji-muji kebesaran Allah, tidakkah ia boleh menjerumuskan kepada kelalaian?\r\n\n\n\rApa yang penting semua ini adalah datang daripada diri sendiri untuk menentukan apa yang baik dan buruk.\rHari ini kita menyaksikan ramai artis melalui penghijrahan kehidupan. Syukur alhamdulillah. Bersesuaian dengan penghijrahan itu, mereka tampil dengan imej berbeza.\rKalau artis perempuan tampil bertudung dan berpakaian labuh, manakala yang lelaki pula sering dilihat berjubah, berkopiah putih dan berjanggut nipis.\rNamun, artis yang tidak tampil dengan imej seperti itu janganlah pula dianggap sebagai tidak Islamik. Ada artis mempunyai pegangan dan amalan yang lebih baik, jauh daripada yang kita sangkakan sebaliknya. Ramli Sarip, tetap dengan imej rocker. Tiba pada waktunya, mengerjakan amalan yang dituntut agama kita. Cuma, kita tidak melihat Ramli berjubah dan berkopiah.\rWalaupun berpakaian seperti itu adalah sunnah, tapi janganlah pula ia dijadikan sebahagian daripada kosmetik diri semata-mata.\rArtis dan selebriti yang sudah berhijrah ini difahamkan sering mendapat undangan untuk memberikan ceramah kepada masyarakat. Kita anggap ini satu penghormatan kepada artis dan selebriti itu sendiri.\rBercerita, berceramah atau meluahkan pandangan, selalunya adalah berkaitan dengan pengalaman sendiri sebagai anak seni. Kala ada kesempatan memang kita teringin mendengar cerita peribadi setiap artis ini.\rCuma, kalau boleh janganlah sampai bercakap seolah-olah hendak menghukum atau menjatuhkan hukuman, menyindir, mencerca atau menghina rakan yang masih mencari rezeki dalam bidang hiburan. \rJanganlah buat kesimpulan \'pukul rata\' semua artis \'rosak\', kerjaya sebagai penyanyi, pelakon dan lain-lain berkaitan hiburan sebagai tidak elok.\rOrang yang baik dan tinggi ilmu tidak akan mengatakan dirinya sudah menjadi lebih baik daripada orang lain.\rDua dekad lalu, selepas membuat liputan persembahan kesenian di perkampungan al-Arqam, muncul beberapa kumpulan nasyid dari sana, antaranya dikenali sebagai Hijjaz, Rabbani dan Raihan. Muzik dan lagu mereka berkembang mengikut aliran zaman. Dan setahu kita, belum pernah mana-mana anggota kumpulan nasyid terkenal memperkatakan perihal atau peribadi artis lain, malahan mereka cukup berhemah sehingga ada artis atau selebriti menghormati serta mengagumi mereka. \rAda orang kata, memberi hidayah dan petunjuk itu hak Allah. Kalau Allah boleh memberikan hidayah, Allah juga boleh menarik balik hidayah yang diberi dengan sebab hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Wallahualam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list