CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Konspirasi cuba singkir Azizan

[Copy link]
Post time 6-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin, ahli PKR dalang penyebaran isu cuba jejas imej MB Kedah\rALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).\r\n\n\n\n\rSumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika  pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.\r\r\n\n\n\n\nBerikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.\r“Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatan segelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.\r“Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.\r“Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada  pembangkang. \r\n\n\n\r“Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang,” katanya di sini, semalam.\rBeliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang. \r“Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS,” katanya.\rKelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang. \rPengerusi Perhubungan UMNO  Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang  sendiri.\rBeliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.759051 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list